Monday, March 4, 2013

Bendi Goreng Telur Asin

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah.. syukur ya Allah kerana KAU telah sembuhkan anakku Alin yang hampir seminggu demam & tak sihat.  Syukur sangat2 kerana KAU mendengar rintihan & doa dari hambaMU ini... Genap seminggu iaitu hari Sabtu kelmarin barulah nampak perubahan ketara anakku.  Dah tak panas lagi badannya & selera makan pun dah ada.  Tapi mungkin sendi-sendinya masih sakit & lenguh-lenguh.. jadi kadang2 dia hanya berbaring saja.  Tapi takpelah sebab dia dah nak makan walaupun tak banyak.. sekurang2nya.. perutnya terisi sikit jadi takdelah dia mengadu sakit perut lagi.  Barulah lega hati ni nak datang kerja..

Oklah.. takmau panjang2 mengomel... sekadar berkongsi resepi sayur bendi yang sedap ni...  mana tau ada yang nak bertukar selera bolehlah mencubanya ye... Sayur bendi antara sayur feberet MaDiHaA... kalau masak asam pedas atau kari... suka letak bendi banyak2.  Pastu tak payah masak sayur lain dah.. hihi... Tapi kalau kebetulan bendi takde.. tak dapatlah nak campurkan... guna apa yang ada sajalah...



BENDI GORENG TELUR ASIN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
20 biji bendi ~ dicuci & tos
1 biji telur asin
1 biji telur ayam
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 biji capsicum merah/kuning
2 sudu sos tiram
minyak masak secukupnya

Bahan ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara menyediakannya
1. Pecahkan telur asin & telur ayam dalam satu mangkuk. Hancurkan kuning telur asin & kacau sebati dengan telur ayam.
2. Hiris tebal kacang bendi yang sudah ditos.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hiris & bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bancuhan telur. Tutup sekejap kuali dengan penutup periuk/penutup pengukus. Bila nampak telur beku sedikit kacau rata & hancurkan.
4. Masukkan bendi, capsicum & sos tiram. Kacau rata. Tutup lagi & sesekali dibuka penutup & kacau & tutup lagi. Pastikan sehingga bendi lembut. Rasakan jika kurang masin boleh tambahkan sedikit garam. (sebab kdg2 ada jenis telur asin yang kurang masin). Jika sudah cukup masin tak perlu ditambah garam.  Pastikan bergaul rata & bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba!

13 comments:

lala yusof said...

nak cuba nanti ni;-)lapar lakx

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ermm terliur...

hazila said...

Kita suka bendi. Selain masuk dalam kari ikan, kita suka rebus buat ulam.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rumah saya kalau ada bendi ni berebut2, hehehe

Qhaifa Nur said...

gabungan yang sagat sedap...

PH said...

PH pun suka makan bendi tapi tak pernah pulak dengan telur asin. Nak cuba hujung minggu ni :)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..Semoga Alin cepat2 kembali sihat seperti sedia kala..Alhamdulillah dah beransur pulih dari demam..

Saya suka bendi goreng telur ni tapi belum pernah cuba campurkan dengan telur masin...Sesekali mencuba kelainan best gak ni..

tun_telani said...

Alhamdulillah..moga alin cepat2 sihat mcm biasa..
tun pun hantu bendi. hihi.. baru je goreng bendi utk lunch td. goreng bodo2 ngan sos tiram je. hihi

Rinna said...

Nyum2 sedapnyaa nengok.. :)

Amie said...

ooo.. campur telur ye Madiha... mesti sedap ni.

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.madiha
sy memang suka bendi samada yg msk dlm kari, asam pedas atau goreng he hee sampai sy tanam kat belaknag umah tp bolehlah sikit2 makan
biasa goreng dgn telur dan masuk kicap tp kelainan ni goreng dgn telur asin tu kan emmm blh cuba nanti

Mulan said...

suka bendi..!!! yummmehh..

Rohah said...

salam kak..biasanya kita tumis kan bendi ngan telur biasa je..nti bila2 nk try yg ada telurmasin lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...