Tuesday, March 26, 2013

Mee Kari Ipoh (si ikan tamban)



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Sekarang ni dah masuk cuti sekolah, ibu-ibu di rumah pastinya sibuk & tak menang tangan melayan kerenah anak2 di rumah.  Antara yang pasti menjadi agenda utama mestilah bab masak memasak kan? Seronok bila ramai2 berkumpul.. mood nak memasak macam2 menu buat anak2 terutama anak2 yang balik bercuti dari sekolah asrama memang sentiasa ada.  Kalau boleh tu macam2 nak masakkan untuk mereka.  Apakan tidak... bila mereka di asrama... nak masak yang istimewa sikit.. hati pasti teringat2 je kat anak2 di asrama kan?  Macam tu lah yang selalunya jadi pada MaDiHaA sendiri.  Bila teringin nak masak yang agak istimewa dari hari2 biasa... terpaksa pendamkan dulu sebab teringat kat kakak Dini di asrama.  Ni dia cuti ada kat rumah.. bolehlah masak macam2.  Tapi tulah..  masa MaDiHaA kat rumah pula hanya pada cuti hujung minggu & selepas waktu pejabat saja.. jadi.. hanya weekend jelah dapat masak something special untuk keluarga..  Takpelah kan.. sekurang-kurangnya.. kita dah mencuba yang terbaik buat keluarga..



Ok banyak pulak merepek2 hari ni.  Sebenarnya MaDiHaA nak berkongsi resepi istimewa yang MaDiHaA baru je jumpa di blog Quinnie.  Belum pernah rasanya terjumpa di mana-mana resepi Mee Kari Ipoh ni.  Istimewanya mee kari ini tidak menggunakan isian seperti ayam, udang atau kerang.  Tapi mee kari ni hanyalah dihidangkan bersama2 dengan bebola ikan, kuih ikan (fishcake), tauhupok & tauhu.  Haa.. itu yang MaDiHaA suka tu sebab senang kerja & jimat belanja.. hihi... Boleh juga dicampurkan dengan pelbagai bebola yang lain seperti bebola sotong atau bebola udang. Asal jangan masukkan bola tenis atau bola pingpong sudahlah ye... hehehe...

Dapat seperiuk besar kuahnya.. kepekatan kuah bergantung citarasa masing-masing ye..

Perencah utama yang menjadi bahan yang paling penting untuk kuah Mee Kari Ipoh ni ialah dengan menggunakan ikan bilis tamban.  Ikan bilis tamban ini saiznya lebih besar dari ikan bilis yang biasa.  Menurut Quinnie.. jika tiada ikan bilis tamban boleh juga gunakan bilis ikan termenung (ikan kembung) kecil.  Jika ada yang tak tahu bagaimana rupa ikan bilis tamban.. kat bawah tu sempat MaDiHaA snap gambarnya sebelum direbus untuk dijadikan stok ikan bilis.

 Ikan bilis tamban

Ok jom kawan2 kita tengok apa ramuan yang digunakan untuk memasak Mee Kari Ipoh ni... Pada Quinnie.. akak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni di blog.  Dapat juga kawan2 lain mencubanya.  Nak harapkan merasa yang dijual tentulah susah nak jumpa selain dari di Ipoh atau di Perak kan... Jadi.. dengan adanya resepi ni.. bolehlah kami merasa.  Rasanya memang ada kelainannya sikit sebab menggunakan rencah ikan bilis yang diblender & juga stok ikan bilis tamban.


 
MEE KARI IPOH (SI IKAN TAMBAN)
RESEPI: Qasehququinnie
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Untuk Kuah:

100 gm ikan bilis tamban
1 bawang besar*
6 bawang putih*
segenggam ikan bilis* (blend bahan bertanda*)
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 tangkai daun kari
5 serai diketuk
5-6 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili kering
santan secukupnya (MaDiHaA perah santan dari sebiji kelapa)
air utk merebus ikan tamban sebagai kuahnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis


 

Bahan Pelengkap 
2 bungkus mee (450 g x 2) ~ dicelur sekejap & tos
Taugeh
Sawi jika suka ~ dicelur
Daun sup dan bawang
Tauhupok dan tauhu goreng (MaDiHaA guna sepeket besar tauhupok (harga kat sini rm3.50/pek) & tambah terus dlm kuah)
Pelbagai jenis fishcake dan fishball (MaDiHaA guna sepeket fishcake & 2 peket fish ball & campur terus dalam kuah)
Bawang goreng
Cili padi dipotong2 utk yg nak makan pedas
Telur rebus
 


Cara2
1. Mula2 buat air rebusan/stok ikan tamban dulu....ambil ikan isi dalam periuk (cuci dulu ye) bersama air secukupnya utk dijadikan kuah...rebus selama  lebih kurang 30 - 45 minit. dah masak...tapiskan ikan tamban ni dan ambil airnya sahaja. (isi ikan tamban tu MaDiHaA tak buang.. tapi simpan & boleh dibuat rencah untuk nasi goreng.. tak baik membazir tau.. hihi..)

2. Kemudian panaskan minyak dalam periuk... isi bahan blend dan tumis hingga naik bau.... masukkan rempah 4 sekawan... daun kari dan serai.... kacau2 rata dan masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air....tumis hingga pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak.. masukkan santan dan stok ikan tamban.... masak hingga didih serta kuah masak.... isi garam dan gula... akhir sekali masukkan tauhupok dan tauhu..... lepas 5 minit boleh tutup api.

4. Hidangkan mee bersama sayur2 ...daun bawang dan sup...cili potong... pelbagai fishcake dan ball yg telah dicelor serta bawang goreng. kalau suka nak letak telor rebus pun boleh.
 
Nota Q: kuah kari ni lebih sedap dimasak awal...macam masak pagi utk makan petang...sebab kuah dia lebih mesra....ikan tamban tu jgn di blend ye...nanti rasa pedo atau pahit kuah karinya nanti. ambil air dia sahaja..kalau kuah terlebih air atau rasa kurang pada kuahnya...kuah yg tengah dimasak tu....ambil separuh dan masak balik dgn ikan tamban kita dah tapis tadi....lepas tu tapis balik dan masukkan kuah dalam periuk...utk naikkan rasa ikan dalam kuah....kalau terkurang rasa la....kena pandai adjust tang ni utk dapat rasa kuah cam kat kedai tu...:)


Selamat mencuba!

23 comments:

ucubakery said...

As salam Madiha...
lama tak jenguk sini..
selalunye ucu buat goreng sambal jer ikan ni...tak sangka blh dibuat kuah kari....

Qhaifa Nur said...

samalah dengan Ucu Faridah...selalu goreng saja...lagilah bertambah sedap kuah mee kari ni..

Dkna Abza said...

sedapnyaaaaaa menu..

Tengkubutang said...

aduh.. laparnya.. teman dh lea belum kn lagi ni.. aduii.. gastrikk sudaa.. hu3

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

MamaFaMi said...

Waahhhh kalau guna ikan bilis dan ikan bilis tamban ni... macam ada harapan nak rajin. Tapi kalau kena siang ikan bagai... ampun.. malas! Hehehe... Dapnya mee kari Ratna ni...

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. dtg bw mangkuk nih. mangkuk kosong je sbb mee kari yg tun buat mesti akk dh bosan makan, mee kari ipoh ni tun xpenah merasa lagi.. ikan bilis yg ada yg kecik2 biasa tu je, xpenah beli ikan bilis besar2 gini.

SITI NOARIZAH ARIS said...

SAlam Madiha...sy tak pernah beli ikan tambam nampaknya kena cari ikan ni nak wat mee kari ipoh ni gak nampak senang dan sedap:)

kurus said...

mak aihh kak
kecur liur saya nie
haaa ikan tamban kan ..
hurmm kena cuba nie ;)

Hafizah Mohamad said...

salam kak...sedapnyer mee kari ikan tamban ni...selalunya bilis tamban ni fiza buat grg bawang ja...jarang2 beli ikan bilis ni...pasni boleh la try plak...sedapnyer...

adda syuhada said...

Akak, anta la sini semangkuk...erkk 2 mangkuk la takut berebut lak ngn En Hubby..hihiih

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah, sedapnya mesti lain darimee kari biasa, sbb ada isi ikan tu kan, dan ikan bilis, sedap tgk,

Unknown said...

amboi kak.. mewah btl mee kari ni.. mcm2 ada.. bestnya.. mkn panas2 mmg best..

M a W a D D a H said...

waahhh..sedapppnyaaa..rasa dah meleleh dah air liur nie..gulp.

cikmanggis said...

tadi singgah kt dapur Tun pun ada mee kari.sekarang kat dapur madiha pun ada Mee kari..tak boleh jadi ni..terus rasa lapar balik walaupun baru makan nasi hehe...first time dapat tahu ikan tamban kecik tu boleh buat air rebusan untuk mee kari.tentu special rasa mee kari madiha ni.pasti nak cuba nanti...

Betol tu,semasa anak-anak tinggal di asrama selalu tunggu dorang balik baru masak sedap-sedap.Tetapi bila anak-anak dah kahwin ,tunggu dorang ziarah baru nak masak sedap...begini lah jadi ibu..selalu ingatkan anak-anak ...sampai ketua..ingat kat cucu pulak...naluri si ibu..

dari dapur nasya said...

salam kak...xsangka senang betul resepi ni,bhn pun xbyk....Nanti nak try masak laa kak..

Delima Zamrud said...

Terliur D5 tgk kuah kari tu, xpenah buat guna ikan tamban nnt nk cuba gak lah, nampak sedap thanks akak kongsi resepi nie :)..

HomeKreation said...

Aslmkm. Wah, unik nya ya letak ikn tamban... mesti sedap ni!

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ratna.. terliur lg tgk kat sini.. ari tu dh tgk kak Q tayang..hmm bila lah nk cuba nih.. mst sedap ^^

Unknown said...

ALAHAI KAK MADIHA SEDAPNYA MEE KARI TU TERLIUR DIBUATNYA BANYAK ISI PERENCAHNYA

Azueriena said...

alamakk dah lama azue x buat mee kari teringin ler pulokkk...sedappnyerr..yummeh2

quinnie said...

terima kasih kak ratna sudi cuba mee kari ni...:)

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...