Monday, March 25, 2013

Kari Ikan Kembong Tanpa Santan

Assalamualaikum & selamat pagi...


Menu sempoi je update pagi ni ye.  Sekarang ni suka sangat masak kari ikan tanpa santan ala2 kari mamak ni.  Disamping boleh berjimat tak perlu beli santan atau kelapa parut, boleh juga elakkan diri dari pengambilan santan.  Yang mana kita boleh elak.. kita elak.. bak kata Saiful Apek.. elak.., elak... hehehe...

Oklah malas nak merapu lebih2 pagi ni.. idea pun tak berapa ada nak tulis panjang2.. jom tengok resepi ringkas ni ye.. kari ni sedap ada rasa masam2 sikit.. kalau yang tak suka masam tu.. boleh kurangkan kuantiti asam jawa tu ye...



Kari Ikan Kembong Tanpa Santan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 ekor ikan kembong saiz besar ~ dibersihkan, buang sisiknya juga ya (guna ikan lain pun boleh je)
3 sudu besar rempah kari ikan ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 sudu besar asam jawa ~ campur dengan air kat bawah & ambil jusnya
1/2 cawan air (untuk bancuh asam jawa)
minyak masak secukupnya
1 biji terung bulat ~ dibelah 6
bendi secukupnya (MaDiHaA letak banyak sebab suka!)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumis
2 hirisan halia ~ hiris halus
1 ulas bawang putih ~ dimayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
3/4 sudu kecil halba campur
2 pelepah daun kari

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 hiris, halba campur dengan daun kari hingga naik bau.  Masukkan rempah kari yang dijadikan pes & tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan air & air asam jawa & biarkan mendidih.
3. Masukkan terung bulat, garam & serbuk perasa & biar hingga terung nampak agak lembut.
4. Akhir sekali masukkan ikan & juga bendi. Masak hingga bendi lembut & biar hingga secukup rasa.  Bolehlah dihidangkan.



Selamat mencuba!

7 comments:

beta kupu said...

akak ni klu tepek resepi apa2 pun, smua nmpk sedap!

lina_pg said...

wah pepagi lagi menayang kari...sedapnya tengok kari ni.Saya la ni sejak pandai wat kari tanpa santan...keje dok ulang meny kari jer haha

faa.rosli said...

waaaaa...rimdu nak makan kari macam ni masa belajar kat kedah dulu..

Qhaifa Nur said...

macam makan kari kat kedai mamak...
mesti sedap tanpa santan...

ieda immi said...

mak aihhh
mask kari macam nie bagus !
x der santan kurang kalori ;)

Melly Octaviana said...

Sedap nya, best tak pakai santan..nyam

Seri Nian said...

sedapnye
Info Sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...