Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, November 12, 2010

Sosej Puff

Salam semua...

Ni update breakfast kami sekeluarga pagi ni... buat sosej puff ni sebab dah berjangkit dari Kak Nor Secubit Garam http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/11/sosej-puff.html hehehe.. aritu Kak Nor bukan main happy lagi sebab dah dapat barang yang diidam2kan.. punyalah seronok diaaaaaaa...! hehe... Yang aku ni pulak.. benda tu memang dah ada lama dah dok bertapa dlm freezer tuh... siap ada 2 peket lagikk.. takde le pulak terasa rajin nak membuat.. Bila tengok Kak Nor buat.. tiba2 je angin R datang.. lagipun.. sosej pun dok ada gak dlm freezer tu.. mudah kerja sbb tak perlu susah2 nak sediakan inti bagai.. so balik dr kerja semalam.. terus keluarkan bahan2 dari freezer semua sementara memasak lauk dinner.  Lepas je dinner terus kerjakan bahan2 yg dikeluarkan tadi.. senang je rupanya....... maka menjadilah sosej puff yg tak berapa cun ni.. hahaha.. almaklumlaa.. aku pun baru 1st time guna puff pastri tu.. susah gak nak jumpa kat pasaraya kat rumah aku ni.. dapat 2 pek tu pun suruh hubby tinjau2 kat pasaraya dekat ngan tempat kerja dia.. 

Ok.. nak ucapkan terima kasih pada Yani yang berkongsi idea cara2 membalut sosej tu yer.... nampak cantik sangat macam beranyam gitu.. insyaAllah lenkali nak try buat cara lain lak.. kat blog Mat Gebu pun byk gak entry pasal puff ni.. cuma rasa malas lg nak cuba tu sebab tak sempat nak sediakan inti tu.. biasalah kan.. ibu2 bekerja ni sentiasa sibuk.. mana nak masak utk dinner lagi.. mana nak berkemas, nak settlekan kain baju dah tu.. bila masa nak bereksperimen?  Kena tunggu ada masa yg terluang betul2 barulah syok bereksperimen yg rumit2 tu.... Ok Yani.. akak minta izin tepek resepi yg akak copy dari blog Yani ye.. kalau nak tengok cara2 melipat puff boleh klik kat blog Yani.. Terima kasih Yani & Kak Nor yg berkongsi idea sarapan mudah ni... anak2 semua suka..

Bahan-bahan:-
  • kulit puff pastri
  • sosej
  • telur
Cara-cara:- 
 








  1. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  2. keluarkan kulit puff dari peti sejuk. Biar sekejap sehingga lembut.
  3. Buat seperti dlm gambar di http://decochoco.blogspot.com/2010/10/sardin-puff_18.html Last sekali sapu dengan telur (MaDiHaA guna kuning telur). Bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang.
 




















Nak update juga tips yang dikongsikan oleh Kak Nor yang diperoleh dari Hana.. TQ ye Hana & Kak Nor.. mintak izin tepek kat sini pulak utk dikongsikan dengan kawan2..

TIPS DARI HANA : dah dpt penjelasan dr org di sana, nun di Jepong. Puff ni perlu dibakar dlm suhu yg tinggi lebih kurang 190 - 200C (bakar lebih kurang 20min). Kena pastikan oven dah betul2 panas baru masukkan puff yg dah siap dibentuk. Ini utk menghasilkan puff yg fluffy. Tq Ina.. :)
Selamat mencuba!

3 comments:

K.Nor said...

yes!!!! dah terjangkiit dah sorang! haha... berjaya gak akak menyebarkan virus.. cantik anyaman madiha dan puff tu pun nampak fluffy jer.. nanti akak tayang puff versi lain lak petang ni.. tungguuuuuuuuuuu hehe

Ayu said...

kita pun dah lama cari pastry ni..belum terjumpa..
kat johor pun cari tak ada..
kalau jumpa memang borong satu lorry..hehe

Anonymous said...

kak... kulit puff pastri ni nak dapat kat mana yer.. n cap apa yer yg o.k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...