Sunday, December 26, 2010

Sambal Mackerel Berkentang

Salam & selamat tengahari semua.. 


Menu ringkas aje kali ni... selalunya kalau dulu2 kat kampong orang masak ikan kurung ni time musim2 banjir.. biasanya waktu musim tengkujuh atau musim banjir.. susah nak beli lauk2 bagai sebab nelayan pun tak turun ke laut sebab ombak besar.. jadi selain ikan masin atau ikan kering.. ikan kurunglah yang jadi pilihan..

Resepi ni asal dari cik abang ku.. kalau dulu aku masak sardin / mackerel a.k.a ikan kurung guna cili kering kisar.  Tapi sekarang.. dah ganti dengan cili padi & tak lupa kunyit hidup, asam gelugur & serai sebagai pelengkap.. Ada lagi syaratnya! Bahan2 tumbuk tu semua mestilah ditumbuk ya.. kalau kisar tak sedap.. memang berbeza dari segi rasa & yang penting.. tak terasa hanyir kerana kunyit, asam & serai yang membantu hilangkan rasa hanyir ikan kurung nih.. Jomlah cuba sendiri & rasakan kelainannya..!

Sambal Mackerel Berkentang by MaDiHaA

Bahan2
1 tin besar ikan mackerel bersos tomato dlm tin (nak guna sardin pun ok)
2 biji kentang ~ kupas kulit & potong baji (boleh juga nak ganti dgn sayur lain.. kdg2 MaDiHaA guna buncis, bendi atau kacang panjang)
7 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
1 - 2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
aji jika suka
sedikit air
Minyak masak secukupnya

Cara2 memasak
1. Panaskan minyak & goreng kentang yg dipotong baji hingga empuk.  Angkat & ketepikan dahulu.
2. Tumbuk bahan2 yang bertanda * hingga lumat.  (MaDiHaA tak tumbuk cili padi sebab baby nak makan sama.. so cili padi letak sebiji2 & kami gigit je cili2 tu masa makan utk rasa pedas)
3. Tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi & garing.  Masukkan sedikit air untuk kuah. (terpulang nak kuah cair atau pekat ikut selera masing2). Masukkan ikan mackerel berserta sosnya. Biarkan mendidih.
4. Bila dah mendidih.. masukkan kentang yg digoreng, asam gelugur, garam & aji secukup rasa. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa.  Buangkan asam gelugur sebelum ditutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!

1 comment:

cikmanggis said...

cicah dgn lempeng gandum pun sedap ni.salah satu lauk yang Cm suka ni ..pekena dengan telur dadar:)..bertambah tambah makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...