Tuesday, May 31, 2011

Daging Lompap

Assalamualaikum....

Bersua kita dihari terakhir dalam bulan Mei.... Esok dah masuk bulan Jun.... cepat sungguh masa berlalu.. dah nak masuk setengah tahun kita mengharungi tahun 2011.  Pejam celik pejam celik... nanti tanpa disedari.... dah masuk hujung tahun.. hmmm...


Oklah.. tak tau dah apa nak tulis.. nanti kalau sambung lagi.. merepek2 pulak.. apa kata kita tengok resepi untuk hari ni pulak yer.. Resepi ni dikongsikan oleh Kak Chek kat blog beliau tak lama dulu.  Menuruk Kak Chek resepi ni beliau belajar dengan hubbynya.. kiranya.. resepi asal dari keluarga mertualah kot yer.. Katanya lagi.. sekarang resepi ni dah jadi kegemaran keluarganya.  Masa Kak Chek dok tayang tu dalam hati dah berkenan.  Dah boleh agak mesti sedap lauk ni sebab ada guna cili padi & ramuan2nya yang tersendiri.  Aku pun copy ler resepi senyap2.. bukan apa.. kalau bagitau.. takut tak buat nanti tuannya tertunggu2 pulak.  Selalu macam tulah.. bila kita bagitau kita ambik resepi tu.. mesti kesudahannya resepi tu tertunggak tak buat2.. ataupun kalau buat mesti ambil masa yang lama.. hehehe.. 

Cerita pasal resepi Daging Lompap ni.. baru2 ni Kak Chek tayang lagi Daging Lompap buat kali ke dua.. katanya.. anak daranya yang masak... amboii.. makin terliur dibuatnya!  Pastu nampak pulak Kak Ayu, Singapore pun dah cuba jugak... haii.. terus tak boleh tahan... aku pun masak ler jugak.  Seperti yang diduga.. ternyata sememangnya sedap lauk ni... Cik abang ku pun suka.. Lagipun.. gandingan daging dengan celeri tu sememangnya kena sangat.  Sangat sedap! Terima kasih banyak2 ye Kak Chek.. izinkan MaDiHaA letakkan resepi kat sini pulak untuk rujukan akan datang & rujukan anak2 nanti.  


Daging Lompap
Resepi : Kak Chek

Bahan2

500 - 600 gram daging ~ dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik...
2 biji cili merah dipotong serong2..
1 batang celery dihiris2...
1 ketul chicken cube
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 keping asam keping...
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air....

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Kisar bahan2 yang bertanda  *.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga naik baunya.
3. Masukkan daging.... kacau sebati.... tutupkan kuali... kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk. (kalau daging belum empuk.. boleh tambah air lagi sehingga daging empuk)
4. Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api... 


Selamat mencuba!

10 comments:

izahdaut said...

saya pun masuk list jugak resepi ni. nmpk sedap basah2 gitu kan..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
nmpk sedap... nak masuk list gak ler...

Lydia Miza said...

terliur tgk...tp takda daging la pulak hr ni..sedappppppppp

CT Delima said...

As'salam Ratna

Bila tengok daging ni mesti sedap kalau makan dengan pulut kuning, tapi dua kali tengok lagi sedap makan dengan nasi serai..alalala..semunya sedap. dah terliur2 nak masak daging pulak daaa.. hahaha.

Zalieda Zaliedana said...

Kak madihaa,sedapnya..Nak try lah nanti,daging da tuh..Dari tadi nak komen,duk sibuk ngan dak berdua nih..

ijayuji said...

Salam kak! sama kes mcm kak ayu bila kak ayu post resepi ni kita ingat daging lombap wakakaka... kita kena tunggu daging btg piang kesayangan kita ada stok skrg ni tak de stok daging tuk steak jer ada stok skrg ni hihihi...

anymz said...

salam diha.
daging lompap ni sejenis masakan daging yg berasal dr N.Sembilan.yang di panggil lempap..maknanya..selepas daging di cuci dan di bersihkan daging di gaul dgn garam dan terus di jerang atas kuali hingga lembut.yang versi cik cek buat ni ialah versi yang sudah di modenkan..kami org2 negori selalu buat daging lompap ni masa hari mantai nak raya puasa atau raya korban..org2 n.sembilan selalu menyambut hari mantai sehari sebelum puasa,sehari sebelum raya puasa dan juga masa hari raya korban..dpt daging fresh terus di lompapkan..sedapkan?..harap penerangan akak tntg asal usul daging ni dpt menambahkan pengetahuan adik2 semua tntg jenis2 masakan org negori dan terima kaseh pada cik cek sebab mempromosikan jenis masakan ini.:)

Unknown said...

wahh menarik tgk masakan daging ni kak....baca cerita kak anim baru ler tau kisahnya....baru 1st time dgr daging lompap ni.

Ayu said...

Daging lompap sedapppp..
memang boleh dibuat lagi lain kali..akak pun sukalah ratna..lagi2 buat pedas2 dan kena pulak dgn celerynya tu..uish kecurlah temgok daging lompap yg ratna masak ni!!

Mama Gee said...

tak pernah tau ada resepi daging lompap...seb bek tak lompat...hehe..nnti leh try...cik abg suka daging

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...