Assalamualaikum...
Kali ni nak kongsi masakan yang baru pertama kali dicuba. Sebenarnya dah lama nampak kengkawan masak Udang Ketak... Antaranya ialah... blogger Ita Masam Manis dan CT Faridah yang MaDiHaA kenali di alam Fotopages tak lama dulu. Cik Mat Gebu pun pernah bercerita pasal kebaikan udang ketak ni. Terdapat juga versi udang ketak saiz yang agak besar yang kawan2 pernah masak seperti di blog Diana dan blog Hazila. Memang belum pernah mencuba masak atau makan udang ketak saiz kecil atau besar... & keinginan untuk merasa tu memanglah ada. Cuma masalahnya... jarang2 ternampak udang ketak dijual kat kedai2 yang biasa aku beli lauk2 basah & sayuran. Baru2 ni berkesempatan pegi ke pasar malam.. ternampaklah satu gerai ikan yang menjual udang ketak ni.. Walaupun saiznya tak begitu besar.. tapi tetap jugak teringin nak beli.. Terus mintak hubby belikan satu longgok.. Rasanya selonggok tu anggaran 800 gm ~ 1 kg kot.. Udang ketak dengan nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.).. ada juga yang memanggilnya dengan nama yang lain seperti udang kertak, udang gertak, udang lipan & udang mentadak.
Bila dah beli tu.. tak reti pulak nak menyiang udang tu.. maka ku gogel2 ler kat internet.. terjumpalah satu blog yang ada mengajar cara2 yang betul nak menyiang udang ketak ni.. Kalau nak tau cara2 menyiang udang ketak dengan betul.. silalah ke blog Mimieziss ini yer. Jika cara menyiangkannya betul.. nak makan pun senang.. Terima kasih kepada Mimie yang sudi mengajar cara2 yang betul menyiang udang ketak ni.
Terima kasih jugak pada Hana Memories untuk resepi yang ku adaptasi dari resepi Ketam Goreng Bertelur ni yer. Tapi maaf ye sebab ada sikit ubai suai kuantiti bahan2 ikut selera aku.. Ramai yang kata isi udang ketak lebih sedap dari udang biasa & juga ketam. Mungkin jugak kot.. tapi yang tak bestnya sebab isinya tak begitu banyak macam makan udang biasa. Ada yang mengatakan untuk mendapatkan udang ketak yang isinya penuh.. kena beli semasa bulan penuh sama seperti membeli ketam jugak.. barulah isinya banyak & penuh.. Wallahualam.. Jom tengok resepinya!
Rupa udang ketak sebelum disiang & dimasak
Adaptasi dari resepi Ketam Goreng Bertelur Hana@hanamemories
Source: Kak Zai @Dapurcomelku
Thanks both of u!
Bahan-bahan
800 gm ~ 1 kg udang ketak
Bahan Sos
*1 biji bawang besar saiz sedang
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia - bahan * tumbuk@kisar
4 sb cili kisar
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 biji telur
Garam dan gula
Hirisan daun ketumbar
Cara-cara
1. Udang ketak disiang & cuci bersih (rujuk SINI untuk panduan menyiang udang ketak)
2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram serta air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
4. Masukkan udang ketak dan gaul mesra. Biar sehingga udang ketak bertukar warna. Kecilkan api, kocok2kan telur dan dalam mangkuk kecil dan tuang ke atas udang ketak tadi. Gaul sebati sehingga telur masak.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Selamat mencuba!
17 comments:
sedap udang ni....saya panggil udang lipan ni kak...lama dah tak mkn ni...suka sangat kalau dapat ratah gitu jer...rebus gitu bubuh bawang serai pun sodap..:)
tak pernah mkn udang ni kak ratna...kena google dulu cara bersihkan dia . Tapi kat qatar ni kulit dia kuning...cam keras je tgk..huhu
ermm..sedapnya..mylady pun suka makan udang ni..tambah2 kalau di buat kuey teow kuah, memang sedap, hubby suka di goreng kunyit. Kalau nak beli udang lipan yang ada telur, tengok ada warna oren2 dekat badan dia...fuh..sedap...
rasanya blog ini yang paling mengancam jiwa...cantik makanan yang tersedia....lapar2...
haaa ni la satak yang nampak kat blogkak diana tadi. haha.. daha da kat sini lak. akak brapa sekilo udang ni kak?
hihihi.. tataw knp takleh nak mkn udang ni, nak pegang pun takut, tapi bila madiha kata sedap, teringinlah plak
my mom cakap, udang ni elok untuk ubat asthma. i tak penah makan before. then one day, my mom bought kat tepi pantai, RM8 sekilo. buat tomyam, tersangatla sedapnya. it's also called crayfish kan?
as-salam
npk sedap udang tu ..tapi tak pernah mkn udang macam tu..
1st time tgk udg ni rasa ngeri jetapi bila dah mkn..waduh..waduh..jatuh cinta pula kak...=)
isinya manis dan sedap tapi isinya sikit la...
klu kat kg sy panggil udang ni udang lipan...mgkin rupanya iras2 lipan kot..hu..hu...
Salam kak madiha!!! udang ketak ni tak de pulaklah jumpa kat sini yg byk udang galah jerrr! hihihi.... kita lom masak dinner ni kak tumpang makan kat sini ya :D macehhhh!!
Udang ketak? Sedap ke? Tak pernah makan ni. Nampak macam sedap jer ;)
mmang kan., ramai yang kata udang nie banyak khasiat..
tapi..
dah nama udang, (makanan laut) ayu pantangkan...
moga2 akan datang bolehlah makan.....
a'aa kan akak... berbeza sungguh saiz dan rupanya... tapi mungkin jenisnya sama kan akak... suatu hari nanti diana pun nak masak macam nie.. nmpk sungguh sedaaap
Kak udang nih kalo kat sini da juai isi saja yg dah siap kopek,panjang2 xpecah pong isi dia,slalu kalo beli yg dah siap kopek,sy celup tepung wat cam sotong goreng tpung,sedapp sgt,kalo yg xperisi lagi,sy goreng kunyit n rebus letak serai cicah sos ajer..
Mantis shrimp
Mantis shrimp
Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik
Post a Comment