Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, May 13, 2011

Gulai Ayam Trengganu Style


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dengan cuaca yang begitu panas & berjerebu sekarang ni.. badan pun rasa tak berapa sihat.. Mood nak berblogging tiba2 merudum walaupun hari2 memasak.. hehe.. (ada kaitan ke alasan ni? ) Oklah.. kali ni nak kongsi resepi gulai ayam cara Trengganu resepi dari Kak Nor Secubit Garam.  Ye.. walaupun aku anak Trengganu.. tapi  aku mengaku tidak berapa mahir sangat masakan Trengganu ni sebab aku tak membesar di sana..  Ibu bapa berhijrah ke Pahang semasa umurku lebih kurang 6 ~ 7 tahun.. 

Terima kasih pada Kak Nor yang bersusah payah sudi berkongsi resepi gulai style Trengganu ni special untuk saya.. hehe... Dah lama dah simpan resepi ni... tak terbuat2... ni baru sempat mencuba.. tapi dah lama jugak tau.. kira2 lepas masak gulai rebung tempohari..  Cerita pasal gulai style Trengganu ni.. kalau balik kg.. pandai makan aje sebab orang dah  siap masakkan untuk kita... so tak sempat nak menuntut ilmu.. hehe.. So hari ni cuba masak sendiri pulak dengan resepi yang Kak Nor kongsikan.. Tun pun dah pernah masak gulai ni tak lama dulu... Masa tengok kat dapur Tun.. terus godek kat dapur sendiri sebab terliur sangat.. kebetulan rempah gulai pun ada yang sepupuku bagi tempohari..

Mintak izin ye Kak Nor nak kongsi resepi kat sini pulak..

Ini rempah gulai yang digunakan.. rasanya hanya dijual di Trengganu saja kot..

Gulai Ayam Trengganu Style
Resipi : Kak Nor Secubit Garam
Sumber : Rabiatun Sweet Touch

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak
Tomato ~ MaDiHaA tambah

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang


Cara2 Menyediakannya

   1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
   2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
   3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
   4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
   5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
   6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
   7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
   8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
   9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan. (MaDiHaA tambah tomato semasa hidang.. kalau suka boleh dimasakkan sekejap tomato.. tp MaDiHaA lebih suka tomato mentah)

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.


Selamat mencuba!

8 comments:

K.Nor said...

salam ratna, kurang merah la nampak gulai tu kan.. kena lebihkan cili mesin dan rempah sket kut.. dan kurangkan kunyit sbb nampak lebih kuning hehe.. sori.. banyak komplen lak ya.. hehe

mekasih sudi try ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAKNOR: saya pun perasan jugak gulai saya kurang merah berbanding yg kak nor punya.. hehe.. lenkali kena tambah cili mesin.. gamaknya cili mesin saya cair sikit kot.. hehe... TQ kaknor..

hani said...

kak madihaa
wow, terangkat ni...nakkkkk

Zaliedana said...

Assalam kak,haa sifu dah bgi komen tuh..Sy pong da rempah nih n rempah masak,kakak bgi..Yg rempah masak tuh punya lah byk peket,huhu..Btw,nmpk sedap kak,nnti leh la try resepi sifu nih..

Ctnaemah said...

kak..sy dulu mmg confius cara nak guna rempah bunga ni..dah bergaul dgn org ganu..tau ler kaedahnya camne..hahahah

tun_telani said...

owh.. tu rempah yg wat gulai nasi dagang ^^
tun yg membesar kt ganu pun xtau gulai nih.. hahaha.. rempah kari adabi aje ada kt umah tu..

Naz said...

Assallamualaikum Kak Madiha..

Heheheeee... Gelak baca komen tun kat atas tu...
Ye la masa membesar, tau makan jer kan.. Dah beso ni baru nak memasak..kan..kan..heheheee.. Naz pun baru tau rempah yg tu... tp mmg pernah jumpa cuma tak pernah guna..

Sedap kak nampak gulai akak tu.. Kalau dapat makan lagi best..

gulai said...

gulai ayam lezat banget dinikmati bersama keluarga tercinta, cara membuat nya pun mudah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...