Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum...
Quick update ye hari ni... tak sempat nak berceloteh panjang.. terus je ke resepi yang ringkas tetapi sedap ni.. Sambal Tumis Sotong Kembang sedap dihidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih... Jom tengok resepi...



Sambal Tumis Sotong Kembang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm /2 ekor sotong kembang ~ dipotong kecil, basuh & tos
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
aji (jika perlu)
1 sudu kecil (penuh) asam jawa ~ diramas dengan sedikit air ambil jusnya
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan dikisar halus
20 tangkai cili kering ~ dikerat & rebus kejap
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar saiz sedang
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan (dilayur/bakar kejap)
2 biji buah keras
 

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau2 tumisan sehingga garing, wangi & terbit minyak.  
2. Masukkan gula, air asam jawa & sotong. Masak sehingga sotong lembut sambil dibalik2kan.  Jika perlu boleh tambah sedikit air.  Masukkan garam & aji secukup rasa. Biar sehingga kuah agak pekat.  Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.



Selamat memasak!

10 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam madiha..xpernah beli/makan sotong camni...biasa tgk org jual nasi lemak lauk sotong ni kan?

Anna Qawina said...

aslmkm kak...suami suka sgt sotong ni tp saya tak makan..rasa2 gitu je..kdg dia beli gak soh masak..hehe..tp bnyk kali dia beli yg dah siap jer..hikhik..

Zaliedana said...

Assalam kak..Sedap kan sotong nih mkn ngan nasi lemak..Kalo mkn ngan sotong kangkung pon sedap nih..Terliur nengok kak Sekbek dah lunch,hehe..

tun_telani said...

sotong kembang? sotong kering ek? yg kene rendam air dulu baru masak tu kan.. hihi.. sedapnyer kalau ada nasi lemak ni.

ijayuji said...

Salam kak madiha!!!! lamaaaaaaaaaa sgt dah tak buat sambal2 giniiii..ni yg terasa nak buat sambal jerr tp syg betul nak guna lada blender kita yg dah duk dlm freezer tu sbb takut habis hihhi.. ilyas ank sulong kita kalau ninja tu suami kita :D

cikmanggis said...

hai sedapnya tapi tak de sotong la pulak:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer..

anymz said...

salam Diha,dah lama akak tak masak sotong kembang ni tau..rasa nak buat lah hujung minggu ni nanti.leh makan dgn nasi lemak kan?...

kak ina kl said...

salam madiha..tak pernah tenguk dan makan telur tebu tu. hairan gak bila menenguknya.
mee udang tu mcm sedap..nanti nak cubalah

Hana Kirana said...

Salam Kak Madiha..
Hana Kirana.. guna resepi akak ni wat sambal tumis sotong basah.. ptg ni husband balik nak jamu dengan ikan masin sepat....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com