Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, May 19, 2011

Tumis Ketam Berserai


Assalamualaikum & selamat petang semua...

Agak sibuk sikit pagi tadi... tak sempat nak update blog.  Tapi masih sempat terjah blog kawan2 kejap tadi.. itupun secara random ajer... Maaf ye kalau tak sempat nak melawat semua blog kawan2... nanti ada masa MaDiHaA BW kat 'rumah' kawan2 yang lain pula...

Ni baru je lepas lunch.. hari ni tapau kuetiau goreng ajer.. Tengok Kak Ummi dok tayang kuetiau goreng tersentap tadi.. terus tersentap ku dibuatnya.. hehehe.. bukan tersentap apa.. tersentap terasa nak makan.. kwangkwangkwang... Oklah... untuk resepi kali ni.. nak share resepi mudah & ringkas aje ni.  Tapi yang penting.. sangat sedap sehingga habis kuahnya dihirup dek anak2.. hehe.. Kalau nak sedap lagi cili padi mesti nak kena ada.. tapi kali ni aku terpaksalah skip memandangkan ada dua budak kecik yang masih belum boleh makan pedas2 ni... Kesian pulak kat dorang.. macam biasalah.. ayah ibu kena byk mengalah..

Sabtu lepas.. sempat pegi pasar besar PJ sebab hantar kakak Dini yang bersekolah ganti.  Itupun sebab tumpangkan dua orang budak kecik tu kat rumah makcik sekejap.. jadi bolehlah ibunya meronda pasar kejap.  Kalau budak2 tu ikut... memang takde maknanya nak masuk pasar tu.. dahla licin sana sini.. memang tak sesuai langsung bawak budak kecik dalam pasar.  Itulah dia setelah bertahun tak masuk pasar besar PJ.. akhirnya Sabtu lepas dapat jugak melepaskan rindu.. sampai ada kakak2 & abang2 yang tegur lama tak nampak muka. Hmm.. bila dah masuk pasar tu.. ada ler benda yang dah lama diidam2kan boleh dapat kat situ.. Adalah beli sikit2 benda yang agak payah nak jumpa kat kedai2 lain.  Antaranya ketam ni lah.. Sebenarnya kat kedai lain ada juga dijual.. tapi serik nak beli sebab pernah terkena yang tak fresh.. Lagipun.. jarang jumpa ketam yang besar2 kalau kat kedai.. yang ada semua kecik2 jer.... tak semangat nak masak sebab dok teringat kang wat penat je kopek ketam kecik2 sebab isi sikit. Kali ni nampak ketam saiz besar... terus rembat 4 ekor.  Bila timbang.. mak oii.. 1.7 kg beratnya.. tapi takpelah.. puas hati makan sebab isinya banyak..

Oklah.. sebabkan ketam ni dah banyak kolesterol... tak perlu ler nak tambah kolesterol dengan santan2 bagai.. kita masak tumis ajelah yer.. resepi sihat pulak kali ni.. Jom tengok resepinya..!


Tumis Ketam Berserai
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 ekor ketam saiz besar (berat anggaran 1.7 kg yg MaDiHaA masak ni) cuci bersih & kerat 2 setiap ekor
1 biji carrot ~ potong baji (atau terap bunga2 kalau nak cantik mcm yg Kak Nor selalu buat tu.. MaDiHaA ni nak ekspress je hehe..)
1 biji tomato ~ potong 4
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
2 hirisan lengkuas
1 cm halia ~ hiris nipis
5 batang serai ~ diketuk
5 ~ 6 biji cili padi ~ diketuk (kali ni MaDiHaA skip sebab kesian kat anak2 nak makan)
4 cawan air
garam secukup rasa
aji jika suka
sedikit minyak masak

Bahan dikisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara2 menyediakannya
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar & tumis sehingga wangi.  Masukkan hirisan bawang besar, halia, lengkuas & serai.  Biarkan sehingga terbit minyak & bangkit baunya.
2. Masukkan air, ketam, carrot, cili padi, garam & aji.  Biarkan air mendidih.  Sesekali dibalik2kan ketam biar ia masak rata.  Rasakan biar kuahnya secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato & balik2 sekejap lalu padamkan api.
3. Siap sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih & lauk pauk yang lain.


Selamat mencuba!

13 comments:

Ayu said...

Assalam madiha, sedap ni ketam masak gini..hirup kuahnya then kesip2 ketamnya tu..aahlah ada anak kecik yang tak boleh makan pedas, memang gitulah madiha..akak ni kalau masak kena at least 2 lauk satu pedas satu tak..yang tak pedas tu biasalah masak air..budak2 yang dah besar pulak tak suka hari2 masak air..dia orang suka pedas..heheh..wah ini mesti memborong banayk kaa pasar tu ya..kita nantikan recipe apa yan keluar kan..hahah

gerhana luka said...

Salam, ketam antara lauk kekemaran ni... saya suka buat ketam bercili, kalau buat ketam masak telur masin pun sedap tapi tak tau camane nak masak

cikmanggis said...

Ketam menjadi menu pilihan anak lelaki Cm yang besar tu..masak cara apa sekali pun jika ketam memang menambat seleranya.Lala pun sedap jugak jika dimasak begini.

izahdaut said...

woo skali skala lauk mewah gini.. upss ni kategori mewah la kan.. ingat masa kecik2 dulu, mana pernah makan ketam gini.. susah la nak dapat. 10 tahun sekali kot.. hehehe..

sedap la kak madihaa buat gitu. dapat lak yg fresh. hmmm tak mau cakap banyak la kan.. hehe

hani said...

ampunnnnnnnnnn...lazat

CT NoArIzAh ArIs said...

Ya Allah...meleleh air liur sy ptg2 ni tgk ketam tu... ni yg dh kenyang jadi lapar blk ni !!

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! encik crab ada lagi tak kak? dpata yg sepit2 dia tu pun kira ok hihihi... lama dah tak makan ketam, seronok makan ketam sbb kita sorang2 jer yg makan :D

Citarasa Rinduan said...

SANGAT2 MENGIURKAN

tapi...
ketam dah dilarang keras masuk dapur rumah....
kalaulah en zalie sembuh cepat..
ayu tarik semula larangan, so ketam boleh di bawa masuk..
heheh..

so nak save dulu resepi ketam berserai nie utk akan datang..
thnaks kak ratna

Diana @ Melley Mey said...

memang sedap ketam d masak mcm nie kan akak... suka kat kuahnya tu.... dah terasa dah kat tekak nie bila tgk gambar ketam yang akak masak nie.. sedaaappp!!!

Naz said...

Assallamualaikum Kak Madiha..
Sihat ke kak? Naz suka ketam.. Masak dgn serai..emmmm mesti sedap..Lebih2 lagi ada bau serai yg wangi tu..I like!

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

antara byk2 lauk, jarang masak ketam..

Ozzy Choc D'Luscious said...

aduhai kak madiha..sangat teringin nak makan ketam cili api...........(-_-")..

Deliah's Deli said...

x pnh lg mkn ketam msk mcm ni...nmpk sedap..bt sy kecur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com