Monday, May 23, 2011

Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dengan Telur Tebu

 
Assalamualaikum...
Bersua lagi di petang Isnin.. Agak keletihan pagi tadi nak bersiap ke tempat kerja.  Mungkin kepenatan sebab sibuk melayan anak2 semasa xtvt di masjid berhampiran rumah makcik semalam.  Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, PJ mengadakan Karnival Kesihatan & banyak acara yang diadakan seperti pertandingan mewarna bagi kanak2 (2 kategori), treasure hunt, pertandingan bayi sihat, demo masakan, pusat derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma & juga jualan pelbagai barangan kesihatan & lain2.  Tak ketinggalan.. sepupuku Ida Marlida pun turut buka gerai kat situ menjual tudung2nya tu.. hehe..

Mr. Hubby kerja.. jadi hanya aku yang pergi.  Bawak anak2 seawal 8 pagi ke masjid.  Rupanya ada goodies beg untuk 100 pengunjung terawal.. Rezeki.. Anak2 bukan main seronok lagi... bertemu pulak dengan ramai rakan2 sebaya mereka.. apalagi.. berlari sana sinilah jawabnya.  Itu yang buat penat sebab dok main kejar2 dengan dorang tu.. mujur ada kazen2 yang turut ikut.. bolehlah sama2 pantau budak2 tu. Yang bestnya.. kebanyakan acara dibuat dalam dewan berhawa dingin.. jadi.. pengunjung semua tentunya selesa & takdelah kepanasan walaupun dalam cuaca yang panas.  Kakak Dini masuk acara treasure hunt (soalan klu semua dalam tulisan jawi) & Abang Haziq pulak masuk acara mewarna.  Dua2 tak menang apa2.. dapat saguhati aje.. hehehe.. takperlah..  itupun dah seronok anak2 dapat goodies bag. 

Oklah... dah panjang benor melalut.. cerita pasal Karnival Kesihatan berserta gambar2nya nanti akan ku ceritakan dalam fotopages ku.. cuma bukan skrg.. lambat la sikit..  Oklah jom tengok menu utk hari ni.. Alhamdulillah dapat lagi makan telur tebu walaupun hanya dapat 3 batang je.  Jadilahkan.. Sebenarnya dah lama dah masak lauk ni.. nak update asyik tertunda2.. sebab malas nak tulis resepi.. hehe.. Telur tebu tu dapat dari  pokok tebu kat rumah ma masa balik kg tak lama dulu... untuk pengetahuan.. telur tebu hanya boleh didapati dari pokok tebu yang tersendiri.  Batang tebunya bersaiz halus & takde air macam tebu yang biasa dimesin airnya tu.  Asyik je lupa nak snap gambar pokok tebu yang mengeluarkan telur ni.. hehe.. cuma gambar telur tebu je yang aku ada ambik..

Telur tebu yang masih berkulit.. kulitnya seakan2 kulit jagung


Telur tebu yang dah dikopek kulitnya.. isinya seakan2 cauliflower

Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dengan Telur Tebu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
3 ~ 4 batang telur tebu (seperti dalam gambar) ~ kupas kulit & dipotong
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
sejemput ikan bilis dikopek/ udang kering# ~ cuci & rendam kejap
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan
1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa dan masukkan telur tebu. Masakkan sekejap lagi hingga telur tebu nampak empuk. Tak perlu lama kerana telur tebu cepat lembut. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.


Selamat Mencuba!

15 comments:

Umm Mymoonah said...

Totally a new dish to me, looks rich and creamy.

hani said...

kak mahihaa,
saya pestime dgr telur tebu...tapi masak lemak itu mmg menyelerakan..yummmy

Ateh Nour said...

Sallam kenal,

Tebu telor...
Lama tak makan, biasa saya buat gulai masam tempoyak dengan ikan tenggiri,,,
Gulai lemak tu emm..sedapp...

Yat Maria said...

Salam Madihah..

kita kat sini...konfirm tak pernah makan cam nih..nak cari umbut kelapa kat sini punya la susah...apa lagi telur tebu..so dpat tgk u tayang, jadi gak..

samsulaili said...

pertama kali su dengar dan tengok gambar telur tebu.macam manalah rasanya..

Nuwairani said...

kak madiha..1st time tahu ada telur tebu.suke2!

Ayu said...

sedapnya nampak lauk ni ratna!!!!
tapi akak belum pernah jumpa dan rasa telur tebu tu..

cikmanggis said...

tak pernah lihat bagaimana rupanya telur tebu ni .apatah lagi makan.Rasanya dalam post yang terdahulu Madiha dah tulis pasal telur tebu ni kan?

Lee said...

Hello, I think looking at your this lovely dish, tentu tiga pinggan nai lichin, ha ha. Add sambal belachan, itu la best.
You ada black belt in cooking I can see.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

ijayuji said...

Salam kak madihaaaaa!!!! tak pernah tgk telut tebu jakun niiii :D apa rasa ya? mesti manis2 gituuu... uuuwaaaaa...pucuk ubiiiiiii!!!! sedapppppp!!!! kalau ada sambal belacan ni kak, alalaalla.... terliur dah niii!.. btw, bwkkan akak puding mangga :D

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
ermmm.. x per2... cuba lg lain kali... kan kan..

akak..
diana pertama kali tengok telur ubi tu... sedap yer akak... kalau ler ada kat cnie.. nk juga cubanya..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Kalu saya, panggil tebu telur... Pyh nak jmp skrg.. Last sy makan 22 tahun yg lepas.... Skrg ni dah x jmp dah... Xtau plak leh wat msk lemak....

Lia...

Anonymous said...

Teringinnya telur tebu ni....dh hmpir 25 tahun x makan telur tebu ni.....saya dh cari merata Tempat tp x jumpa....boleh x bgtau kt mna boleh jumpa telu tebu ni lg....berhajat sgguh ni sbb rasanya mmg sedap...

Anonymous said...

Assalammualaikum...Makanan ini berasal dari mana ya??

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...