Wednesday, May 18, 2011

Puding Mangga dengan Sos Vanilla


Salam & bertemu lagi di petang hari... 

Sementara ada masa terluang sikit ni.. update dulu pencuci mulut yang dibuat minggu lepas.  Dek kerana cuaca yang begitu panas.. teringin pulak nak makan yang sejuk2.  Lagipun.. mr. hubby dok beli buah mangga terlampau banyak.. sampai budak2 ni naik jemu nak makan termasuk ler ibunya sendiri... Jadi  ibunya pun rajinkan diri godek2 puding ni sebagai pencuci mulut sebab teringin nak makan jenis puding berkuah.  Dah lama benor tak makan... Puding ni kalau makan macam tu je tak berapa ummphh.. mesti kena ada sosnya juga... sosnya tu kemanisan ikut tekak masing2 ye... kuantiti gula tu dah ingat2 lupa letak berapa sudu...  tu main agak2 je.. so pandai2 ejas kemanisan sosnya ye.. biar terasa manis sikit... Puding ni actually aku masak sebelah malamnya.. esok pagi barulah masukkan dalam tupperware bawak bekal ke opis sebagai dessert..   Dapat jugak bagi kat pengasuh anak sekali.. Gambar2 ni pulak.. balik dari kerja tu barulah sempat diambil.. hehehe...

Jom tengok resepi ringkas ni...


Puding Mangga Dengan Sos Vanilla
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Puding
665 ml santan sederhana pekat
400 ml air
100 gm tepong kastard
80 gm gula
200 gm isi mangga (tanpa kulit & biji)
sedikit pewarna kuning jika perlu 


Bahan2 Sos Vanilla
1 tin susu sejat
1 tin air (sukat dengan tin susu sejat)
1 tsp esen vanilla
3 tbsp tepong jagung
6 tbsp gula (kemanisan ikut selera sendiri ye!)


Bahan Sampingan
Hirisan buah2an kegemaran 
(MaDiHaA guna mangga & kiwi.  Boleh guna buah peach dalam tin, strawberi, laici & lain2 juga)



Cara2 menyediakan Puding
1. Kisar isi mangga dengan sebahagian air jadikan puri halus.
2. Bancuh tepong kastard dengan lebihan air lalu tapiskan ke dalam kuali.
3. Masukkan puri mangga, gula, santan dan esen vanila.  Titiskan sedikit pewarna kuning jika suka. Kacau kastard menggunakan whisker tanpa henti dengan api perlahan sehingga kastard menjadi pekat & nampak berkilat2.
4. Tuangkan ke dalam acuan kegemaran.  Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais sebelum dihidang.


Cara2 menyediakan Sos Vanila
1. Bancuh tepong jagung dengan sedikit air lalu tapiskan ke dalam periuk.  Campurkan kesemua bahan2 lain lalu masak sos dengan api perlahan sehingga gula larut & sos masak sepenuhnya.  Sejukkan sebelum hidang.
2. Hidang puding mangga dengan sos vanilla beserta hirisan buah2an kegemaran.



Selamat mencuba!

13 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,wah rajin update n3 skang kak,berkat lappy baru kot,hehe..Sedapnyer puding akak nih..Kat sini hujan lbat skang nih..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ZALIEDANA: w'salam ct.. mungkin le kot hehe.. sebabnya.. boleh taip resepi dalam draft dulu sikit2 sebelum publish... so.. taklah guna masa lama sgt time kerja ni kan.. itupun kalau si kecik tak kacau ler.. kalau idak payah gak.. hehe..

Azlita Aziz said...

sedapnyer puding mangga.. hari tu masa suami ita bawak balik mangga ita dok lah mencari resepi puding mangga ni... bila dah habis baru akak keluarkan N3 puding mangga ni... aii ni nak kena cari lagi mangga ni...

farah said...

SEDAPNYA....

izahdaut said...

pergghhh.bestnya kak madihaa..
waduh dapat sejuk2 ni sedap bangat

cikmanggis said...

mangga banyak dalam peti sejuk..boleh cuba ni.nampak sungguh sedap.

Unknown said...

Assalammualaikum Kak madiha, wah puding ni memang my fav ni....sedapnya terasa sejuk jer tekak ni..harus dicuba ni jap nk pi cari mangga dulu..hehe

KakAsma said...

waaa,boleh masuk list juga nie..baru tadi ada apek lalu jual mangga..tapi.....nape tak beli!!! aduhhh...kalu idak boleh buat..

ijayuji said...

Salam kak!!!!! kalau puding2 ni akak tak yah ajak2 kita kita dgn tak malunyer dtg sendirik mintak hihihi..pulak2nyer berkuah banjir gituuuuu.. aduhhhhh sedapnyer kalau dpt makan sejuk2 kak :D

Wanieyra said...

Salam. Nak buat juga le. kat peti ais kita ada 2 bila mangga yang dah agak masak. tak de siapa yang makan. boleh gak buat puding.

Ummu Aqil said...

salam akak...
sedapnye nampak puding tu...bile nak rajin nih...adehhh...

Ayu said...

Assalam ratna,
waduh mewah betul puding tu..ini sekali hadap
mesti kenyang lepas tu tersengeh aje..heheh..sedap nampknya tu..slurpppp

CT Delima said...

As'salam Ratna

sedapnya kalau dapat makan puding2 yang sejuk dgn buah2 yang sedap tu.. ditambah lagi dengan bentuk2 yang cantik2 lagi. geramnya tengok :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...