Monday, July 23, 2012

Ayam Masak Kicap Berkentang

Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah dah masuk hari ke tiga kita di bulan yang mulia ini...  Sepanjang 2 hari berpuasa kami berbuka & bersahur secara sederhana & alakadar sahaja.  Tiada persediaan yang berlebih2an... malahan anakanda berdua yang berpuasa pun hanya berbuka dengan bubur lambuk sahaja.  Walaupun Sabtu & Ahad ku tak bekerja tapi mood nak buat kuih macam takdelah pulak.. mungkin sebab kurang sihat agaknya..

Alhamdulillah.. abang Haziq berjaya menghabiskan puasanya selama dua hari yg lepas.. harap2nya dapatlah dia meneruskan puasa yang berikutnya sehingga habis juga. Walaupun ibu, ayah & kakak terpaksa memujuk2 juga bila dah menjelang tengahari.... hehe..  

Pagi tadi di sekolah tadikanya pun ku berpesan pada cikgunya yang Haziq berpuasa.  Bukan apa.. takutlah cikgu bagi makanan pulak pada Haziq sebab kalau hari2 biasa menurut Haziq kalau murid2 yang tak bawa bekalan ke tadika cikgu akan bagi biskut.. heee....  Tahun lepas semasa Haziq umur 5 tahun.. dia hanya bertahan berpuasa penuh selama 5 hari saja.. manakala hari2 yang lain hanya mampu berpuasa separuh hari.. Harap2 tahun ni dapatlah dia buat lebih lagi dari tahun lepas... 

Oklah.. berpuasa kali ni kena masak ikut selera anak2.. antara kegemaran anak2 ialah Ayam Masak Kicap Berkentang ni... Oklah layan menu sempoi hari ni yer...

Ayam Masak Kicap Berkentang
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong beberapa bahagian
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2 biji kentang ~ kupas & potong wedges
1 biji carrot saiz sedang ~ potong bulat
½ cawan kicap manis atau secukupnya
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air atau secukupnya
2 keping asam keping
2 biji cili merah ~ dibelah 2
Minyak masak secukupnya

Bahan Tumis
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 biji bawang besar saiz kecil ~ dimayang
1 inci halia ~ dihiris batang mancis

Cara menyediakan
1. Kentang yang dipotong wedges digoreng hingga masak. Angkat & toskan. Ayam dibersihkan & gaul garam & kunyit. Goreng ¾ masak, angkat & tos.
2. Kurangkan minyak dalam kuali tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan hingga wangi kemudian tumiskan bahan2 yang dihiris hingga layu & wangi.
3. Tambahkan kicap & air & masukkan carrot & ayam yang digoreng tiga suku masak. Bila mendidih & carrot nampak lembut masukkan asam keping, kentang & cili merah. Biarkan kuah mendidih & secukup rasa.  Sesuaikan rasa & bolehlah dimatikan api.


Selamat berpuasa...

11 comments:

izahdaut said...

AKAKKK... BOLEH LA NAK TIRU MASAK GAYA AKAK NI PULAK. ANAK2 SAYA SUKE JE KLAU MASAK GINI BBIOR BERSELERA SIKIT,

AKAK TQ RESEPI CUCUR UDANG RANGUP. BARU SEMPAT POST KE BLOG TADI. DAH BANYAK KLI BUAT PUN SAMPAI DAH INGAT DAH SUKATANNYA

Fazleyatul Aini said...

alamakkk pagi2 dah tengok ayam masak kicappppp

FnF Simple Life said...

nih memang feveret anak2 kan... berselera diorang mkn nasik kalo ada lauk masak kicap cam ni.

kurus said...

mak aihhh
saya jarang masak kicap ayam kak
selalu buat ubuh kentang nie masak kicap daging
wahhhhh kecur liur saya tgk kak

hubbby akk untung , makan nasi lauk2 akk mask konperm sedapp tu yg dia x nak makan benda lain ;))

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedap ni, suka letak kentang banyak2, berebut2 dalam mulut ayam dan kentangnya, hehe

Ummi said...

Assalam Ratna, masak2 ayam berkicap kentang segala camni mmg laku la kalau sahur2 or berbuka kat rumah akak. Hb siap pesan, puasa2 ni jgn la masuk lauk pelik2...takut masa sahur x tertelan...hehheee... Tengok lauk Ratna, rasa jugak laaa nak masak ayam kicap pulak...td baru terfikir nak wat kari kepala ikan...hahaha, *konfiuss otak dah ni...

hazila said...

Saya pun suka letak kentang kalau masak kicap ayam.

rahel said...

kita pun suka kentang..lagi2 klu letak dlm ayam masak kicap..berselera sangat makan nasik..

tun_telani said...

kak madihaa.. menu camni mmg cepat laku kak.. tun mesti amik penuh pinggan ngan lauk je. hihi

nOOrsha said...

salam kak madiha..ayam masak kicap n ape2 berlauk kicap mmg peberet en somi... blh wat time sahur ni :)

selamat berpuasa ye kak :)

Qasey Honey said...

asslm Kak Madihaa...QH pon suka juga kentang...kalau masak mesti nk buh kentang...bselera la pulak tgk lauk ayam kicap tu...bbunyi dah perut ni...opppsss...lupa posa..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...