Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, July 24, 2012

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum....


Sambung lagi entry untuk hari ni yer... masih lagi dengan gambar2 lama.... jangan marah yer..  Sayang pula kalau tak update ke blog...lagipun.. blog ni memang tempat ku nak kumpulkan segala resepi yang pernah dicuba... Kalau ikutkan memang banyak lagi resepi2 & gambar2 lama yang belum sempat nak pindahkan ke blog ni.... pelan2lah kot..

Nampaknya bulan puasa kali ni belum kesempatan lagi masak menu2 special untuk berbuka puasa... Seronok tengok kawan2 dengan menu2 iftar yang special2 semua... Kami berbuka ala kadar je.. Ingatkan semalam balik dari kerja sempatlah nak masak sebelum berbuka sebab rasa badan dah sihat sikit & lagipun.. dapat pelepasan balik awal setengah jam kat ofis ni..  Dah janji dengan en. abang lauk pauk ku masak & kuih muih nak suruh dia beli je kat bazar... Sekali lepas jemput semua anak2 nak menghala ke Federal Highway jalan jem giler! Kesudahannya sampai rumah hampir 7 malam....  Bila sampai rumah nampak en. abang sedang memasak kat dapur... phewww!! Mujur!  Tanya dia nak masak apa lagi.. katanya tinggal sayur je belum bersiang lagi.. maka bergegaslah tolong siangkan sayur bayam & digorengkan sekali... & Daging Tumis Asam Jawa yang en. abang masak dah hampir siap... Cuma kuih muih je tak sempat nak beli sebab masa tu pun dah lewat en. abang nak bersiap ke tempat kerja lagi... sudahnya berbukalah anak2 dengan bubur lambuk yang ambik kat rumah tokcu dorang... Mujurlah tokcu sendiri yang buat bubur lambuk.. jadi takdelah segan nak ambik hari2.. hehe....  Takpelah.. yang penting en. abang dapat bawak bekal nasi untuk bersahur... Takdelah susah2 dia nak kena keluar kul 4, 5 pagi mencari makanan untuk bersahur...

Oklah. panjang pulak membebel... meh nak kongsi resepi pemanis mulut yang dicuba ni.  Resepi ambil dari Chef Hanieliza.  Masa buat ni dulu khas untuk adik2 ipar yang datang bertandang... alhamdulillah.. semua pun suka.. rasanya sesuai juga jika nak hidang untuk pemanis mulut waktu berbuka puasa.. Terima kasih ye kak Liza utk resepi ni...


Puding Roti Karamel
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan-bahan Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan2 B
1 buku roti (MaDiHaA guna 7 keping roti murah je )
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach (MaDiHa guna buah peach)
2 biji telur  (MaDiHaA guna 4 biji)
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach
ceri (jika suka)

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B & tapis (MaDiHaA masukkan dlm blender ajer.. pastu kisar & terus tuang dlm loyang berisi gula karamel tadi)
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis. (tak tutup pun)
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan & bolehlah dihidang

Nota dari MaDiHaA: sebelum terbalikkan ke dlm pinggan.. renggang2kan (guna pisau kecil) sikit puding dari bahagian tepi loyang supaya tiada bahagian yg melekat. 


Selamat mencuba!

15 comments:

hazila said...

Kalau saya, mesti kutip makan buah peach tu dulu....

EmbunRosaliza said...

Menariknya puding roti, cantik ada buah2 atas tu, nk mkn pun sayang..sedap ni

rahel said...

Walllaaaa...
Menawan sungguh puding karamel itew...daku tergoda...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tengok puding tu kak.. minta sepotong untuk berbuka pose ehe :D

Ummi said...

Ratna...sedapnya karamel....mmg x jemu makan kalau karamel ni kan....nak nak sejuk gitu... Ptg ni masak apa lak Ratna, kasi idea sikit...buntu lak ni..hehe

Nieza said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa kak, sedap tgk puding roti ni kak..teringat roti saya yg dah nak exp tu nanti boleh cuba ni:)

rostina76 said...

salam k.madiha.....cantiknya puding roti caramel akak. buat juadah berbuka ok gak ni. selamat berpuasa buat k.madiha & keluarga ;)

tun_telani said...

salam kak madihaa.. gambar recycle pun xpe kak, asal gambar sendiri, bkn yg org. betul x? cantik betul puding karamel akak ni. terliur nengok buah2 pic tuh.

Alinka said...

Your puding is looking delicious.

FnF Simple Life said...

kak Ratna... cantiknya puding roti akak...siap ada buah2 peach tersusun tuuu...aduhai... terbaek la kak.

LinRosly said...

Salam Madiha...
Selamat Menyambut Ramadhan....

Note : Cantik Puding Roti Karamel Tu...

zila norazila said...

salam kak madiha
cantik jew puding akk tue..tergoda tgk..buah pic tu pun..waalaa melampau posing he hehee mcm nk amik satu jew :)kita pun sama kak hari2 rempuh jem..aduii haii sampai umah cepat2 masak..:)

norzila said...

salam kak madiha,
nak tanya boleh loyang yang ada gula tu nak panaskan berapa lama...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

w'salam norzila
sebenarnya tempoh masa tu bergantung berapa besar api yg digunakan. tapi sebaiknya gunakan api perlahan saja supaya gula tak cepat hangus. pastikan gula ditabur rata dlm loyang & tunggu hingga semua gula cair dan bertukar warna jdi coklat muda (jangan sampai jd warna coklat gelap pulak nnt air gula jadi pahit) nak lebih mudah boleh panaskan gula dlm oven tp kena selalu intai2 lah ye... kalau atas dapur.. pastikan sekali sekala loyang digoyang2 tau di alih2 supaya gula cair rata.

Mieza said...

Kak Madihaa..mieza pun br 2-3 ari lepas buat puding ni..anak2 semua suka..kecuali hubby sebab dia tak suka puding mcm ni...dia suka puding roti yg dibakar je hahahah..cantik puding akak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com