Assalamualaikum...
Pertamanya MaDiHaA ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada teman-teman yang memberi kata2 semangat & berdoa akan kesejahteraan kami sekeluarga rentetan dari dugaan yang sedang kami hadapi ini. Semoga dengan berkat doa dari kawan2 semua kami dapat hadapinya dengan tenang & temui penyelesaiannya nanti... amin... Kepada kawan2 yang tak sempat MaDiHaA buat kunjungan balas tu harap tidak berkecil hati ye. Sebabnya.. di meja kerja MaDiHaA sekarang masih ada sedikit lagi saki baki kerja2 yang tertunggak yang perlu diselesaikan disebabkan bercuti lama tempohari.. Jika diizinkan Allah... ada masa terluang memang teringin nak BW blog teman2.. rindu sangat pada teman2 semua...
Oklah.. hari ni sekadar pos resepi yang tertunda sejak sekian lama kerana sejak hampir 2 minggu ini daku tak sempat membuat sebarang eksperimen resepi2 terbaru. Mungkin beberapa entry selepas ini pun semua adalah hasil masakan dari bulan lepas yang belum sempat di pos di sini. Takpelahkan... asalkan ada org kata... jadi tidaklah blog ni senyap sunyi lagi spt seminggu yang lepas...
Lantaran buah avocado yang masih berbaki tempohari.. MaDiHaA ulang buat lagi kek avocado menggunakan resepi yang sama.. tetapi dengan penambahan sedikit kismis kerana anak2 suka makan kismis... Dengan adanya kismis tu kek avocado ni terasa lebih sedap di tekak kami... sekejap je licin kek ni jamu suami & anak2 masa masih suam2...
Kek
Avocado Raisins
Adaptasi
dari : grouprecipes
By : MaDiHaA
aka Ratna
Bahan2
¾ cawan gula
kastor
½ cawan
mentega
2 biji telur
(A)
1 cawan
avocado (ranum) yang dilecek
½ cawan
buttermilk (½ cawan susu segar + ½ sudu besar cuka & biarkan sekejap)
¾ tsp soda
bikarbonat*
½ tsp baking
powder*
1 ½ cawan
tepong gandum*
½ tsp serbuk
buah pala* (optional)
½ cawan kismis hitam + kismis kuning
Cara
Menyediakan
1. Ayak
bahan2 bertanda *. Kemudian panaskan oven 175C.
2. Putar
mentega & gula kastor sehingga gebu & bertukar warna. Masukkan telur
& putar lagi.
3. Tambah
buttermilk & putar seketika. Masukkan avocado yang telah dilecek &
putar sebati.
4. Masukkan tepong sikit demi sikit & kacau sebati menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan kismis & dikacau rata.
5. Tuangkan
ke dalam acuan (7" x 7" atau acuan pilihan) yang telah digris &
dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Bakar selama 35 - 40 minit atau
sehingga kek masak sepenuhnya. (bergantung oven masing2) Uji kek dengan lidi
penguji untuk memastikan kek masak sepenuhnya.
Selamat mencuba!
13 comments:
Akak, nak kek 5 potong! Sedapnya ada avocado :)
as-salam MaDiHaA a.k.a Ratna
sungguh menarik sekali Kek Avocado Raisins ni..mmg npk sedap..
sangat kreative you, avacado pun boleh di kek kan, pasti sedap
Assalamualaikum Kak Madihah,
lama tak singgah sini, harap akak dan keluarga sihat walafiat...rajinnya akak mengekek, ni kek lain dari yg lain..tentunya sedap..tq berkongsi resepi, lenkali leh cuba ni..
As salam kak,
sedapnya nmpak kek nie.....bole cuba la nnti....
wah..resepi terbaru ni..nampak sedap sangat kek itu..
sedapnya kek avocado ni...
tang merekah lagi sedap...
waaahhh... mesti sedap ni.. kalo kukus boleh tak agaknya kak?
Mesti sedap ni
assalam kak Madiha
semoga kita diberi kesabaran yg tinggi utk menghadapi ujian hidup ini kan.
As'salam Ratna
Ct tak tahu apa yang sedag bergolak dalam diri Ratna tika ini, apa pun ct sebagai seorang kawan mendoakan agar apa yang terjadi ada hikmah semuanya. berbanyakkan bersabar selalu.
tak pernah lagi ct makan kek yang diletak buah avocado ni Ratna, kalau dapat merasa tentu sedap rasanya :)
salam kak madiha
insaallah segala kekusutan pasti akn terlerai nnt.
zila pun x pernh mkn buah avocado nie..kalau dibuat kek apalah rasanya kan..mesti wangi.
salam kak madihaa.. unik betul kek avocado.. nmpk sgt moist. tun terlepas cerita apa, tp semoga Allah permudahkan semua urusan akak sekeluarga, insyaAllah.
Post a Comment