Assalamualaikum & selamat pagi semua....
Apa khabar semua? Moga semuanya sihat2 saje ye... Pagi ni berkongsi menu Nasi Ayam Zai kegemaran anak2. Buat pun dah lama... tapi kongsi jugaklah sebab ini my mom punya resepi yang biasa ma masak masa ma berniaga kedai makan tak lama dulu... Ma berniaga kedai makan ni selepas setahun ayah meninggal.. sebab masa ayah meninggal ma dah takde hati nak berkebun sayur sorang2 sebab katanya.. hatinya selalu teringat kat arwah ayah kalau dia ke kebun.. Jadi dia tukar dari bidang pertanian ke bidang masakan pula.. hehe.... Tapi tak lama pun ma niaga.. lepas adik2 dah berkawin ma dah tak niaga lagi... cukuplah dengan rezeki kebun sawit yang ada... alhamdulillah...
Nasi Ayam Zai
Resepi dari ibuku Zainab bt. Muda
Resepi dari ibuku Zainab bt. Muda
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Ayam Goreng
1 ekor ayam – dipotong 4 ~ direbus
Bawang merah*
Bawang putih* Kisar halus bahan2 bertanda *
Halia*
Kicap
Madu/gula
Aji
Cara
Perap ayam yang direbus dengan semua bahan2 anggaran 1 jam. Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu garing nanti isinya keras & tak juicy.. .
Air /kicap perapan jangan dibuang.. simpan utk buat kicapnya

Nasi
4 pot beras
6 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji (atau boleh gantikan aji dengan 1 sudu besar pati ayam.. & kurangkan garamnya)
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis
Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.

Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan
Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji. Tabur dengan daun bwg & daun sup ketika menghidang.
Sambal cili
5 biji cili merah*
10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih *
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa
Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.
Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.
Sayuran yg digunakan
Timun
Salad (non stok pula kali ni..)
Tomato
Selamat mencuba!
10 comments:
nasi ayam kegemaran kami sekeluarga, kalau buat selalu pun mmng tak jemu....menyelerakan sungguh tngk set nasi ayam k.madihah.
Anak2 KakNi memang suka sangat nasi ayam. KakNi rajin gak dok survey tenet nak cari resepi ayam dan sambal yang sedap, sajer lah cuba2. Rasa nya nasi ayan ni sambal nyer tu kalau sedap memang gempak lah, makan dgn nasi putih pun jadi. Terima kasih kerana berkongsi resepi.
favourite sy, nasi ayam madu :)
adui kak, ni kalau bulan pose tengok ni, habis lah.... haha
lain kali saya nak cuba pulak Nasi Ayam Zai ni, mesti sedap sebab resepi asli tauke nasi ayam..bulan puasa ni memang sesuai, kan..
lama tak buat nasi ayam,....nyum33
Sedapnya nampak...td tgk knoor brunei bt nasi ayam gak utk anak2 dara yg blk dr jauh...anak2 ros pun suke nasi ayam. Puas hati klau bt nasi ayam sbb licin
laparrrr....
samalah kita Madiha nasi ayam yg berwarna kuning lagi menyerlahkan kesedapan nya kan,tapi U punya lebih sedap lah akak tengok,kalau dekat dapat tukar2 nasi ke ayam ke kan hee
sedapnyerr!!!!! kalau kt kg ni, seminggu sekali mesti nk buat nasi ayam sbb mmg semua org suka makan.
Post a Comment