Tuesday, July 24, 2012

Makaroni Sup

Assalamualaikum....

Pagi ni sekadar berkongsi resepi Makaroni Sup yang mudah tetapi sangat disukai oleh anak2.  Bagi orang dewasa pula kalau nak lebih ummphh... jangan lupa hidang dengan sambal kicap & bahan2 tambahan yang lain.  Mungkin juga sesuai dijadikan menu berbuka jika dah kehabisan idea nak masak apa... Tapi hari ni baru je masuk hari ke empat berpuasa kan... tentu masih berderet2 lagi menu yang tersenarai yang ingin dicuba sebagai juadah berbuka nanti... hehe... 

Takpelah.. MaDiHaA kongsikan juga resepinya di sini sebab ini salah satu menu kegemaran anak2.  Boleh juga dijadikan rujukan buat diri sendiri.  Kalau masak ni berulang2 anak2 makan.   Anak2 memang suka menu yang ringkas sup2 macam ni.. Nanti bolelah masak lagi sebagai menu berbuka puasa pula...

 
Makaroni Sup
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
250 gm makaroni - direbus lembut kemudian cuci di air paip & ditos
1/4 ayam (bahagian dada) - dipotong kecil
1/4 kubis (saiz kecil) - dipotong kecil
1 biji carrot - potong saiz kegemaran
1 biji kentang - potong kiub
10 cawan air
2 kiub sup bunjut knorr
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam (sukat lada hitam yg dah dikisar/tumbuk)
1 inci halia - diketuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
minyak untuk menumis

Bahan Tambahan
Daun sup & daun bawang (takde stok kali ni)
Bawang goreng
Sambal kicap (segengam cili padi + 1 ulas bawang putih dikisar + 1 sudu besar gula + 1/2 cawan kicap manis/ secukupnya)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk yang agak besar sedikit. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris berserta halia yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau rata.  Masukkan 10 cawan air, 2 kiub sup bunjut Knorr & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih.
2. Sementara itu sediakan sambal kicap & bawang goreng (sekira nak goreng sendiri) & hiriskan daun sup.
3. Bila sup dah mendidih, masukkan kentang & carrot. Selang 3 minit masukkan pula kubis, serbuk lada hitam & garam secukup rasa.  Bila kentang sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus & kacau rata.
4. Hidang makaroni sup dengan bahan2 tambahan sekiranya suka.


Selamat mencuba!

11 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya suka makaroni bakar. tapi dah lama gilaaaaaaaaa tak buat. malas. hehe

Mas said...

makan masa bersahur...
best gak kan kak..
selamat berpuasa kak...

Qasey Honey said...

mmg sedap kalau ditambah dgn sambal kicap...perghhh pasti trangkat dbuatnye...hehe...menu diet2 jugak ni...hihi

Cho Zila said...

ehm terangkat... pandaijer nak bagi sedapkan tambah kicap cili kot idak tak berapa jalankan...

Mulan said...

tq tq sis.. ada idea nak masak ni nnti..

inahar ali said...

sedaapnyer madihaa..buka pose ngan sup makaroni cenggini mmg sedpa lg menyihatkan..kan! hehe..

Nuwairani said...

akak! walaupun dah berbuka, berair pulak mulut kite tengok ni! terliur dengan sambal kicap tu. pedas2 tu kite suke!

Aliza said...

assalam kak :)

lama saya tak komen, tapi kali ni komen jugak sbb makaroni sup ni lah menu saya bersahur pagi tadi :D :D :D

harap2 akak sekeluarga sihat ye.....

Nujum Kosmopolitan said...

Hai la.Pagi ni teringin nak makan sup makaroni terus cari kat Internet, masuk kat blog ni. Terima kasih ya, saya kongsi resipi.

Unknown said...

Baru je buat. Alhamdulillah sedap, terima kasih jazakillahukhair share resepi

Nur haura afeeya said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...