Monday, July 30, 2012

Tahu Anura yang marbelessss....


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... sudah pun masuk Ramadhan ke sepuluh hari ini... sekejap betul masa berlalu... sedar2 nanti dah pun nak menghampiri Syawal.. Bagi ibu2 tentu sedang sibuk dengan persiapan raya kan.. maklumlah.. kalau ditunggu hingga ke saat akhir nanti kelam kabut pula... Jadi sebaiknya kita membuat persiapan awal terutama bab mencari pakaian raya anak2 yang masih kecil.  MaDiHaA pula ambil kesempatan minggu cuti hubby Sabtu kelmarin untuk mencari pakaian anak2. Dah settle semuanya bab pakaian.. cuma bab kasut je yang belum settle lagi.. maklumlah lain2 tempat.  Setiap tahun.. baju anak2 biasanya kami suka cari di The Store Klang saja.. manakala kasut pula kami suka cari di IOI Puchong.. hehe... Bukan apa.. di Puchong ada beberapa cawangan kedai kasut Princess..  sebab ibunya ni lain tempat memang susah nak cari kasut..hanya kat Princess je yg senang nak cari. Sebenarnya ibunya ni bukanlah kata kasut untuk beraya sangat.. tapi lebih kepada kasut untuk kerja sekali.. kira 2 in 1 jugalah kan...


Hmm... baju raya anak2 dah siap.. tapi kami sendiri pun tak tau kemana arah kami nak beraya tahun ini.. di kampong halaman kami di Pahang kah? Atau di Kuala Terengganu kah? Semuanya belum dapat ditentukan lagi... Tapi yang pasti tahun ini memang giliran beraya di sebelah ku sebab tahun lepas dah beraya di rumah mertua... Begitulah rutin kami setiap tahun giliran beraya tetap diteruskan supaya masing2 berpuas hati.. hehe.. Cuma tahun ini kami belum dapat membuat keputusan beraya di mana.. Semuanya bergantung keperluan kerana dugaan yang melanda kami baru2 ini belum lagi dapat penyelesaiannya.  Seandainya perlu kemungkinan kami akan beraya di KT kerana ma sudah pun menyewa sebuah rumah di sana selama sebulan.. Dah tak larat nak sewa resort maupun homestay ikut hari atau minggu kerana kosnya terlalu tinggi... sewa terus dengan ikat janji sebulan-sebulan jika perlu.. dapatlah diskaun & dapatlah berjimat sikit...  Apa2pun.. segalanya masih belum dapat ditentukan... Rasanya.. raya tahun ini adalah raya yang amat menyedihkan bagi kami sekeluarga setelah yang terakhir pernah berlaku 10 tahun yang lalu dimana raya Aidilfitri kami pada tahun 2002, kami telah kehilangan ayah tercinta 4 hari sebelum raya menjelang. Tahun ini ianya mungkin berulang kembali... cuma situasinya saja yang berbeza.. sedihnya bila dikenang2 kembali....
Oklah.. barang yang lepas usah dikenang...  kita teruskan dengan tujuan asal untuk berkongsi resepi ye.  Mohon maaf kerana kebelakangan ini MaDiHaA banyak meluahkan perasaan & cerita2 peribadi di sini.. Bukan bertujuan untuk meraih simpati tetapi ianya sekadar buat kenang-kenangan kami... 


Ok jom MaDiHaA kongsikan resepi yang sedap nih!  Tertunda2 nak mencuba resepi dari Azian ni disebabkan kesibukan.  Tapi petang semalam gagahkan diri juga membuatnya sebab dah lama teringin nak merasa kesedapannya.  Pagi Sabtu kelmarin lepas hantar kakak Dini ke kelas tambahan terus singgah kedai untuk membeli tahu kering atau tahu pok bahan utamanya.  Manakala bahan2 yang lain semua dah ada kat dapur tu.. Kalau sebut tahu atau tauhu saja... MaDiHaA memang tak tolak punya... malah.. rasa tak sabar2 nak merasa..  Bila Azian menceritakan kesedapan Tahu Anura ni hingga dia berjaya membuatnya sendiri disebabkan keluarganya terlalu sukakannya.. Jadi pada hemat MaDiHaA tentu resepi ini sangat sedap & istimewa.. jadi bertambah2 tak sabar nak mencuba. Akhirnya petang Ahad barulah dapat membuatnya sebab petang Sabtu tu.. kami ke Klang mencari baju raya anak2.. Alhamdulillah.. tercapai juga hajat hati nak merasa Tahu Anura ni.. Memang betul2 sedap & menyelerakan!  Kakak Dini berkali2 suruh buat lagi.. hehe... Hubby pun cakap sedap... InsyaAllah.. pasti ada ulangannya..

Menurut Azian.. Tahu Anura sangat femes di Pasar Ramadhan Taman Melawati 12 ~ 13 tahun dahulu.. (dan mungkin juga sehingga kini)  Ianya adalah tahu kering yang disumbat dengan isian kentang yang dimasak terlebih dahulu.  Kemudian semasa menghidang dicurahkan dengan sosnya yang istimewa tu.. sebelum dimakan jangan lupa tabur bawang yang digoreng sendiri serta sedikit bijan yang disangai.. Tentu bertambah wangi & sedap dengan adanya bawang goreng tu.  Kemudian bolehlah rasakan kesedapannya tu... Aahh... malaslah nak goda lebih2 bulan2 puasa ni tak baik.. nak tau akan rasanya.. silalah cuba buat sendiri ye... Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan pada Azian kerana berkongsi resepi specialty keluarganya dengan kami semua... Bukan senang tau orang yang dah berjaya mencipta sendiri resepi hanya dengan deria rasanya dari resepi yang asal kemudian nak berkongsi pula dengan semua orang.  Bukan senang tu... pasti dah buat ujikaji berulang2 kali untuk mendapatkan resepi yang serupa dengan resepi asalnya kan.. Thanks ye Azian.. Mohon diletakkan di blog MaDiHaA pula buat rujukan masa depan & mungkin juga buat teman2 atau peminat tahu macam MaDiHaA yang ingin mencuba...



TAHU ANURA 

BAHAN A

Tahu kering secukupnya (MaDiHaA guna 1 peket besar yg harga RM3.50 tu  & pastikan yang ada logo halal ye..)
(tahu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1/2 cawan Frozen mix vegetable
2-3 ulas bawang putih
1 cawan air
2-3 biji telur
lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng 

Bawang goreng secukupnya (MaDiHaA goreng sendiri bawang)
Bijan yg disangai


CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.  Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar) kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti..  (tahu kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang menggunakan sudu sehingga penuh.]
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)

BAHAN B ( bahan sos)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
2-3 keping gula melaka (MadiHaA guna gula merah yang dimasak dengan sedikit air & tapiskan)
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
1/2 cawan air
bijan untuk tabur.
minyak masak

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa.  Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5. Apabila kuah pekat taburkan bijan.

Nota Azian: Kuah Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa masam dan manis.


Haa.. pasal kuahnya tu.. pandai2lah ejas akan rasanya ikut citarasa sendiri ye... MaDiHaA semalam mujur kakak Dini tak boleh puasa.. jadi suruh dialah jadi tukang rasanya.. hehehe...  kalau tak.. susah juga nak ejas2 rasa sosnya tu sebab baru pertama kali buat memang tak reti nak main agak2.. kalau gulai or lauk pauk tu bolehlah nak agak2... Disebabkan dapat banyak & kakak Dini pun cakap sedap.. confident sikit & dapatlah bagi kat jiran2 juga... hehe...

Selamat mencuba ye!

22 comments:

Unknown said...

sangat mabeles...

kalau kak ratna nak tau, pekerja ayu gelar `brontak`. mmg sebiji ginilah cara membuatnya..

ayu suka makan, sbb seminggu sekali depa akan buat.. tapi, ayu tau cara2 nak sediakan

Qasey Honey said...

asslm Kak Madihaa...sedapnye..fav QH ni...masih ade lg kak kt bazar tmn melawati tu..rm2 kot 1 ketuii tu...dh ade resepi buat sdri aje la nti...tq

FnF Simple Life said...

alahai kak...terliur ni tengok tahu anura... best nye... makanan cam ni memang le memikat selera

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Madihaa..Sedapnya tauhu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhh, bila baca coretan Kak Madiha, hati ni memberontak2 nak merasanya..

Qhaifa Nur said...

macam boleh ubuh dalamnya...sedappp

Azueriena said...

sedappnyer kak..... tahu tu....boleh ler try..buatt....nanti...

Ayu said...

Assalam ratna..nampak pun dah tahu sedap ni...bolehlah masuk list..tq for sharing buat ratna & azian juga..

ida said...

sedapnya,smlm baru beli tahu sumbat tp tak puas mkn sbb kembar pun suka.ni kak long dah tayang tahu ni rasa nak try plak

inahar ali said...

salam madihaa..ni mmg menu wajib akak beli setiap kali bulan pose di bazar ramadhan t.melawati..x pernah try lagi wat sendiri..kena simpan dulu resipi azian ni..selamat berpuasa ye!

Rohah said...

menjilat jari bila tgk sos tu meleleh kat tauhu..tak pernah makan n x pernah buat macam ni..tapi bab tauhu2 ni, mmg saya suka..

~Pastries Delight~ said...

ooo cek ngah dah sewa umah sana yer
ari tu pa dgn ma adalah gi sana tp tak dpt jumpa sbb waktu melawat pg aje lepas kul 1 x blh.lg pun abg kuar lun blk tunggu dah lama sgt pa dgn ma pun blk

hazila said...

Teruja nak tengok tauhu Anura, kat Shah Alam ada nama Anura tapi Salon Rambut yang selalu saya pergi. Nampak pun menyelerakan.

Azian Nd said...

Dah tau kesedapannya kan...memang susah nak luahkan selagi tak cuba....apapun tq kerana berjaya buat... Saya pun belum buat lagi dalam bulan puasa ni...Jiran-jiran memang selalu nya menanti menu saya yg satu ni....

hana said...

jiran sini bila nak bagi kak? ala tau doh jwpn akak.. "g buat sendri!' hahahaha... leh la masuk list! en.somi sgt suka tauhu

zila norazila said...

nampak sedap la kak..mableess :)

Zalieda Zaliedana said...

Wah bila akak promot baik punya nih,sy pon dah tingin ni kak,insyaAllah nk wat juga nnti2,ambk rcp dulu kak,tq wat akak n kak azian..sy suka sgt tauhu pok,klo ltak lam mee kari ke,fuhh bestnyer..
Pstt kak walau apa pun problem n dugaan akak hope akak n family sentiasa dibawah lindunganNya n moga akak tabah..

izahdaut said...

tauhu kering ni yg mkan ngan mee kari tu ye kak. hehe sya mmg jarang beli tauhu, pulak soping kat pasaray, bile tengok logo halal tapi tengok kilnag nama cina, mmg terus terbantutu hasrat. huhu..kalu beli kat produk muslim tu kengkadang je ada stok. tapi bile tengok tauhu kak diha ni traasa2 kerangupan n juicy nyer bile terkena kuahnyer tu. bestt nyerrr

Unknown said...

Assalamualaikum Ratna,
Mak datuk hai! rajinnya adik ku seorg ni, tak dinafikan tahu bakar mmg sedap....selalu Kak Lin beli jer....

Unknown said...

assalam kak, 1st time saya dgr nama tahu anura ni...nampak sedap sgt.

Unknown said...

#tauhuanora follow us on facebook and instagram for more updates . Peace out

Amy said...

Nmpk sedap. Nnt kita try. TQ for the recepi. Murah rezeki nnt 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...