Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, July 31, 2012

Bingka Suji


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harapnya semua pun sihat2 sentiasa ya.  Pagi tadi sempat juga MaDiHaA BW beberapa blog geng masak2.  Ada antaranya dah pun mulai membuat kuih raya.. Seronok pula tengok kuih2 raya yang kawan2 buat.. cantik & menarik!


Kat rumah pun kakak Dini ada juga bertanya tahun ni ibu nak buat kuih raya tak? Lalu ku jawap.. manalah ada hati ibu nak buat kuih raya kakak... sedangkan kita sendiri pun tak tau lagi nak beraya di mana... tak usah fikirlah pasal kuih raya... tak sampai hati ibu nak beria2 sambut raya sedangkan tokma masih lagi dalam keadaan yang tidak stabil ke sana ke sini bagai kucing kehilangan anaknya.. hmm.. entahlah.. tapi bila difikirkan balik.. kasihan pula pada anak2 yang teringin nak makan kuih raya kan... Bak kata teman2... apapun yang berlaku.. hidup harus diteruskan... Setiap tahun kalau ibu terasa rajin nak buat kuih raya.. kakak Dinilah yang selalu menolong ibu.. Tahun ini.. belum ada kepastian samada nak buat atau tak... tunggu & lihat sajalah..

Jom nak kongsi resepi kuih bingka yang sedap nih!  MaDiHaA ni kalau cerita pasal makanan semua pun sedappp.. hahaha.. Ehh.. tapi ni memang betul sedap.. kalau tak sedap kita diam2 je.. kalau sedap kenalah puji lebih2.. Tapi sedap atau tak tu sebenarnya bergantung pada selera masing2 jugalah kan.. Ada sesetengah orang kurang suka kuih2 jenis lembut macam ni dan dah tentu2lah dia akan kata kuih ni tak sedap.. hihi..


Ok kuih ni sebenarnya ku buat pada pagi Sabtu lepas untuk berbuka puasa. (buat pagi sebab petang nak ke Klang) Lepas hantar kakak Dini ke kelas tambahan singgah kedai untuk beli tahu pok untuk buat Tahu Anura kemudian sempat juga capai tepong suji & santan untuk buat kuih Bingka Suji ni.. Sempatlah godek & bakar sebelum jemput kakak Dini balik dari tuisyen.  Dah beberapa kali ku buat kuih ni sebabnya kuih ni kegemaran semua termasuk hubby!  Bukan senang en. abang nak makan kuih2 jenis macam ni.. tapi Bingka Suji ni dia suka la pulak.. Kalau nak baca cerita masa mula2 MaDiHaA buat dulu.. ada ceritanya kat sini.  Hehe.. memang kenangan.. kelakar pun ada.. tak boleh lupa bila hubby komplen kuih ni kenapa lembik.  Yelah.. apa tak lembiknya.. kuih baru je masak dah nak di'korek'nya.. haha.. Sebenarnya masa tu hubby tak tahan dengan bau Kuih Bingka Suji yang harum semerbak semasa kuih sedang di bakar. Tu yang panas2 dah nak di rasanya.. hihi...

 ni gambar lama masa mula2 buat dulu...
Bingka Suji
Resepi :  Chef Norzailina Nordin (terima kasih!)
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 biji telur (MaDiHa guna gred A)
180-200 g gula kastor
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa) (MaDiHa guna 200 ml santan kotak dilute dgn air menjadi 300 ml)
100 ml susu cair
6 - 7 helai daun pandan, hiris halus & dikisar dengan 150 ml air untuk jus pandan (air tu.. bukan air yg 550 ml tu tau!)
550 ml air
½ camt garam
140 g marjerin
50 g tepung gandum
1 camt vanila

Cara membuatnya:
1. Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.
2. Pukul gula dan telur hingga sebati.
3. Tuang adunan telur ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air.
4. Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat.
5. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila. (MaDiHa ayakkan tepung sikit demi sikit terus ke dalam kuali sambil dikacau)
6. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.
7. Bakar selama 1 jam dengan suhu 200C atau hingga keemasan. Gril sebentar biar permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah, masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan).

Selamat mencuba!

6 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum K.Madihah,
waduhhhhh kuih kegemaranku, mmng sedapkan bingka suji ni...Yatie pernah buat gak tapi resepi ambil dari AlongRoz...lenkali leh cuba resepi ni plk..

Salmi Khairil said...

ermm.. nampak sangat menarik dan sedap

ijayuji said...

Salam kak madiha! uuuwaaaa...kita suke bingka2 gini, nak buat skrg ni mcm malas sbb kita yg kena abiskan :( klu nak buat kena buat loyang paling kecikkkkkkkk sekali hihihi... sedapnya!

Haslina Harun said...

Assalammualaikum dan salam ramadhan
wah akak rasa nak melompat sebab ada resepi tahu anura..memang tercari resepi ni..
insyallah nak buat gak nanti

Mamasya said...

Salam Ratna.bingka suji belum pernah mkn tp kalau bingka suka bhg atasnya...part kerak itu.
K.Dini nak buat biskut....bagus..rajin tlg ibu. moga family Ratna kembali ceria menjelang lebaran ni...
nengok resepi tahu anura kat bawah tu...kuahyanya mcm YTF mmg nampak sedap...

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna,
Perhhhh bingkanya mengancam!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com