Assalamualaikum...
Sempat bertemu kali kedua hari ni... alhamdulillah kesibukan sudah sedikit reda.. jadi dapatlah berkongsi satu lagi resepi dalam blog kesayangan ku ini....
Kuih Serimuka Delima ini juga dicuba pada bulan yang lepas.. Lama juga simpan resepinya. Baru kini dapat mencuba. Dah ramai juga kawan2 yang dah mencuba. Alhamdulillah sedap kuih ni. Rasanya memang rasa serimuka cuma bezanya serimuka ini takde rasa pandan & lebih kepada rasa kastad. Atasnya sedikit lembut & kalau mahu potongannya jadi lebih cantik mungkin boleh tambah sedikit je lagi tepong kastad supaya atasnya lebih pejal sedikit. Tapi jangan risau.. rasanya memang sedap.
Sebenarnya hasil Serimuka Delima ku ini kurang cantik berbanding yang sepatutnya. Sebabnya.. kesilapan merendam sagu terlalu lama dengan air yang mungkin terlebih tu buatkan sagu jadi terlalu kembang & lembut.. jadi waktu mencampurkan sagu dengan pulut tu.. warna pada sagu turun sikit pada pulut. Tak mengapalah kan.. belajar dari kesilapan.
Apa2pun MaDiHaA nak ucapkan terima kasih pada Alongroz kerana sudi berkongsi resepi ini di blog beliau dimana resepinya diperolehi dari pakej belian trio steamer dari Chef Asma. Mohon izin dikongsikan kat blog MaDiHAa pula ye... Thanks again!
Serimuka Delima
Sumber : Alongroz beli dari Chef Asma (bersama trio steamer)
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Saiz loyang: 10" persegi (atau guna 7" persegi utk separuh adunan)
LAPISAN BAWAH:
500g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam
300ml Santan Pekat
300ml Air
2 st Garam
20g Sagu - rendam dgn air & pewarna merah/pink
CARA2:
1. Tapis beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam.
Kukus selama 30 minit.
2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.
Kukus selama 30 minit.
2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm tin yg di sapu mentega.
LAPISAN ATAS:
250g Gula
100g Tepung Kastad
400ml Santan Pekat
400ml Air
4 bj Telur
1/2 st Garam
Beberapa titik Esen Vanilla
Pewarna Kuning (HomeKreation: tak perlu sbb tpg kastad dah kuning)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas).
Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.
3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.
Selamat mencuba!
15 comments:
salam madihaa...nampak sungguh menyelerakan.Mai sepotong :D
salam dinda ratna...cantik menawan...kak ilah pernah buat 2 thn lepas...kak ilah namakan pelangi sebab byk kala mala hehehe
as-salam MaDiHaA a.k.a Ratna
Looks totally amazing!!!
Assalam ratna,
dah cantik dah pada akak kuih serimuka delima ni..
tulah resipi yang dibeli ni pun akak belum cuba lagi..
sedap nampknya tu..
cantiknya kejadian serimuka tu, memang bak delima merkah, kak
Ayu sekali nampak serimuka delimanya tu Madiha.... alahai bila tengok hasil air tangan kawan-kawan memang teringin nak buat, tapi tak tahu bila... harap-harap satu hari nanti terbuat jugaklah.
Waa...
Tergodanya i....sedapnya talam seri muka...lama tak buat kuih talam...tapi bole singgah mkn kat sini kan...hehe.
salam madihaa..waduh sedapnye nmpak serimuka delima nih..bak akak 2 potong..ada lg x?
nampak sedap..
juadah utk berbuka puasa nanti..
suspekk betul le ngan akak ni..suka buat kuih kukus2 ni dan semuanya menjadi dengan jayanya...kite suka mkn...tp terasa memalu kucen nk cuba buat...hehehehehhe
Kak ratna..mieza ni suka dengan seri muka tapi tak pernah sekali pun cuba buat..macam tak confident nak wat sendiri huhuhu
Assalamualaikum Madiha,
Kalau bagi akak dah kira A++ dah ni.....nampak cantik dan yummyyy
salam kak... aduhaiii cantik giler giler kuih nih! ada lagi tak kak?? dah abes tolong buatkan! hihihihi
cantik ni... mesti sedap..!!! nak sikit..!!
Salam madiha, ambik order karipap frozen lg tak? Email yarti ye kt yartie@ gmail.com
Post a Comment