Wednesday, July 18, 2012

Sinagol Ikan Yu


Assalamualaikum...

Salam ceria buat teman2 semua.... walaupun tuan punya blog ini tidaklah seceria kebiasaan tapi besar harapan ku semoga kawan2 semua sentiasa dalam kebahagiaan, ceria & dirahmati Allah S.W.T sentiasa.. amin..

Pagi ni nak kongsikan satu masakan yang jarang (atau tak pernah) ditemui di Semenanjung dengan teman2 sekalian.  Jika tak silap MaDiHaA masakan Sinagol Ikan Yu ini adalah hidangan masyarakat kaum Bajau, Semporna, Sabah (kalau silap tolong betulkan ye terutama kawan2 yang berada di Sabah tu ye...).  Ini merupakan kali pertama MaDiHaA mencuba menu tradisi dari negeri Sabah...  Kalau Sarawak tu dah pernahla juga beberapa resepi yang dicuba seperti Bubur Pedas SarawakLaksa Sarawak, Mee Kolok (yang belum update ke blog), Kuih Ketupor & yang terbaru Kek Kelasi Mabuk... hehe..


Kebetulan baru2 ni suami ada beli ikan yu... buntu dibuatnya nak masak apa dengan ikan yu tu.. Nak dibuat Kari Ikan Yu Berdaun Kesum pun dah rasa jemu sebab asyik menu tu je dimasak bila hubby beli ikan yu.  Akhirnya MaDiHaA cuba google resepi berasaskan ikan yu maka bertemulah dengan resepi ini.  Walaupun pada mulanya macam takut2 nak cuba sebab resepinya tidak disertakan kuantiti setiap bahan.. tapi akhirnya berani2kan diri juga meneka2 kuantiti bahan2 yang diguna.. bila dah siap dimasak alhamdulillah... sedap sangat rasanya... cukup segala rasa.. ada pedas, lemak, masin & masamnya yg tidak terlalu ketara memang kena dengan selera kami.  Suami pun kata sedap.. malah anak sulung yg takut2 nak makan ikan yu akhirya suka juga dengan masakan ni hehe... Sesekali rasa seperti makan Ikan Pais pun ye jugak... hehehe...  Cuma cara pembuatannya aje yang berlainan... Selain menggunakan ikan yu... ikan pari pun sesuai juga dimasak begini.  Menurut Eca tuan punya resepi kadang kala orang2 di Semporna menggunakan ikan buntal sebagai bahan utama. Tapi awas ye! sebab ikan buntal kalau tak pandai nak kendalikannya bahaya untuk dimakan sebab ikan buntal ada bahagian beracun dalam badannya.  Hanya orang2 yang pandai sahaja yang boleh membuatnya... Jadi kita yang tak pandai ni jangan berani2 nak cuba guna ikan buntal pulak ye... nanti kita pulak yang terbuntang... hehehe...

Oklah.. di bawah ini MaDiHaA sertakan resepinya mengikut kuantiti bahan2 yang MaDiHaA anggarkan sendiri kerana tuan punya resepi hanya tulis bahan2 tanpa kuantitinya..  Jadi mohon dikongsi di sini ye Eca.. Terima kasih berkongsi resepi di blog Eca ye..

Kalau tengok rupa Sinagol Ikan Yu yang Eca buat ikan yu tu nak kena hancur sikit ye.. umpama serunding gitu... & serai pula tak dikisar.. letak yang diketuk je..

Sinagol Ikan Yu 
Resepi : Eca
(Tulisan biru italic apa yang MaDiHaA gunakan)

Bahan-bahan
Ikan Yu (pilih yang lembut isinya) (MaDiHaA guna 500 gm bahagian isinya sahaja.. jadi kalau kwn2 guna ikan yu yg masih punya kulit, kepala & tulang tu.. kenalah lebihkan ye..)
Bawang merah (MaDiHaA guna 6 ulas)
bawang putih, (2 ulas)
halia, (1 inci)
serai, (2 batang)
kunyit. (1 inci)
Cili giling (2 sudu besar)
cili padi (nak pedas,tambah banyak-banyak) (8 biji)
Air asam jawa (1 sudu kecil & ramas dlm 1 cawan air)
Lada hijau (2 biji)
Kelapa parut (1 cawan kelapa bahagian putih sahaja)
minyak,
garam, (& ada juga tambah gula & aji sikit)
air (2 cawan lagi selain air asam jawa tadi)
air tambahan utk rebus ikan


Cara memasaknya

1.  Didihkan air dan lembutkan (rebus) ikan yu tadi.
2. Setelah ikan lembut, bersihkan kulitnya. [Kulit ikan yu ne kasar ye, so korang kena bersihkan  @ buang je senang ceta..hikhikhik] (MaDiHaA guna isi ikan yu yang dah siap dibuang kulit dari pasar... jadi terus je rebus ikan sampai bertukar warna kemudian dicarik2kan - MaDiHaA gunting2 je isi ikan tu guna gunting dapur yg bersih.. isi ikan yu ni pejal2 sikit jadi ia tak mudah hancur kalau nak guna tangan)
3.  Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit. (MaDiHaA blender kering bahan ni semua termasuk serai sekali)
4.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk/blend berserta serai.
5.  Setelah naik bau, masukkan cili giling dan tumis sehingga keluar minyak.
6.  Setelah keluar minyak, masukkan ikan yu dan hancurkan isi ikan yu. (MaDiHaA tak hancurkan dah... masih nampak berketul2 lepas digunting tadi)
7.  Selepas tu, masukkan air asam jawa & air.
8.  Selepas agak sedikit kering, korang masukkan pula lada hijau yang dihiris nipis dan biarkan ia masak seketika.
9.  Masukkan pula kelapa parut, garam, gula serta aji dan gaul sebati.
10.Biarkan dalam api sederhana sehingga kering. (eca suka yang kering, so tunggu lama)

Nota Eca: "sinagol" ikan yu ne sedap dimakan bersama nasi putih yang panas-panas. Kalau orang Semporna, mereka juga gunakan ikan buntal bagi menggantikan ikan yu ne, tapi perlu 'skill' sebabnya perlu buang racun ikan buntal tu dulu. Ikan pari pun boleh juga, tapi eca dah biasa guna ikan yu, even ikan yu sekarang dah tak banyak lagi dan tak boleh ditangkap lagi. hikhikhik.

Ok kawan2.. jangan lupa mencuba ye... lain dari yang lain.. selamat mencuba!

14 comments:

Saya Disini said...

xpernah mkn..

Unknown said...

eemmm....nmpak sedap...
first time tgk ikan yu msk cam gini...:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wahhh!! Salute dgn Kak Madiha yang berani mencuba resepi ni..

adda syuhada said...

xpernah makan lagi...dengar pun tidak...tp nmpak sedap..

FnF Simple Life said...

Tu diaaa...sekali keluar resepi sinagol...tak penah tau pun sinagol tu apa kak... terbaek lah akak... pastu bluberi muffin tu sungguh le menggoda jiwa...

Qhaifa Nur said...

nampak sangat sedap...macam serunding pun ada...

kurus said...

SEDAP NYEE kak
seyes sya x pernah dgr nama masakan nie
hurmmm nampak macam serunding pun ye jugak erkk kak

ps : kak memang punn payah ya amat nak cari baju amanina huhu , saya biasa cari baju dia di bhgian lelaki di the store .. tgk yg ala2 macam perempuan utk tshirt lah .. jenama ladylike @ TOMS ..
kalau seluar , saya banyak beli di pasar mlm @ borong kak .. situ je ada size besor .. kalau di mall , saya pernah beli saiz wanita ngandung sbb perut dia besar .. ( ukur lilit ) huhuh puehh kak .. ada tuu sampai saya nie menangiss sbb x tahu nak cari mana dah huhuh

ecadwinkyasha said...

wah...xsangka ada yg brani cuba resepi ne.hehehe.
padanlah eca nmpk ada ketul2.....klu xketul2 tu lagi sedap :)

Zezebel Lair said...

sangat suka makan sinagol ni..

Unknown said...

hidangan sinagol ikan yu ni bukan spesific di semporna sahaja...bajau itu ada di merata negeri sabah...so better cakap "hidangan masyarakat bajau...:)

Unknown said...

Knpa sinagol ni warna dia lain? Mak aq masak dia selalu warna kuning. Tapi apa pun sinagol memang sedap

Hana Niki said...

Mungkin kesan gambar jer, sinagol selalunya warna kuning, sinagol ni hidangan masyarakat bajau, yg berada di serata sabah, paling banyak di sempornalah. Saya kalau masak sinagol tak taru kelapa parut, sebab tak suka. Dan kalau ikan yu tu liat sangat saya tumbuk dgn lesung, sinagol ni paling sedap bahagian kulit ikan yu tu

Unknown said...

Eh.... sedap ni... try la... bru 1mgu lalu mkn mcm ni....

Unknown said...

Ank2 memg fevret dgn sinagol ni tapi sy x letak klapa parut. Stelh rebus ikn tadi buang pepasir yg trdpt pd kulit ikn, bhn smua sama cuma sy tmbh daun kemangi dn daum limau purut hiris nipis2. Isi ikn d lenyek hingga hncur. Sebb klu sinagol biasanya isi ikn kena hncur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...