Apa khabar semua? Harap semua pun sihat2 belaka ye... Hari ni rehat sekejap dengan entry masak2 ye. Kita cuci2 mata dengan gambar2 kenangan semasa MaDiHaA sekeluarga ke Kuala Terengganu pada awal bulan Oktober yang lalu dengan tujuan utamanya menguruskan beberapa perkara di sana. Alang2 dah sampai ke sana buat kali ke dua pada tahun 2012 ni, kami ambil peluang untuk bawa anak jalan2 pula selepas urusan utama selesai. Bak kata orang sambil menyelam minum air. Kalau tak kerana nak menguruskan hal yang berkaitan.. rasanya tak sampai kami ke Kuala Terengganu ni begitu acap dalam tahun ni. Maklumlah soal ongkos perkara utama yang perlu difikirkan tiap kali nak berjalan dalam jarak jauh ni. Tu lah dia.. ada hikmah bagi setiap apa yang berlaku. Melancong yang tak di rancang2 gitu.. hehe..
Oklah layan gambar pula ye.. gambar agak banyak juga walau hanya ambil guna kamera handphone 5 megapixel saja. Jadi harap maklumlah gambar2 yang ada memang tidak berkualiti & janganlah nak dibandingkan dengan gambar dari DSLR ye... sekadar kenangan untuk kami sekeluarga... jadilah daripada takde...
Kami dialu2kan dengan dekorasi ini di hadapan homestay yang kami sewa pada waktu tu... Homestay ni terletak ditengah2 bandar Kuala Terengganu. Homestay yang sangat simple bila dilihat dari luar tetapi hiasan dalamannya sangat cantik & selesa sekali. Homestay ni 2 tingkat ada 4 bilik & 2 bilik air. Kalau datang dengan 3 atau 4 buah kereta pun rasanya masih muat lagi sebab ada disediakan tilam tambahan yang banyak! Cuma.. nak komen pasal tilam je kurang selesa sebab ada tilam (bukan semua) yang 'tenggelam' bila tidor... sakit pinggang dibuatnya. Harap tuan punya homestay boleh upgrade sikit jenama tilam yang digunakan ye... itupun kalau tuan punya homestay ni terbaca blog MaDiHaA la.. ni komen & pandangan ikhlas dari kami.. jangan tuan rumah berkecil hati ye. Kata orang tu.. komen membina gitu.. hehe..
Hubby disuruh possing depan homestay sebagai kenang2an. Ramai juga yang posing sebenarnya.. tapi tak laratlah nak tayang semua... gambar banyak jadi pilih mana yang sesuai ajelah..
Destinasi kami pagi tu kononnya nak jalan2 sekitar Pasar Payang... Nampak bangunan lama yang cantik ni, tapi aku tak pasti ni bangunan apa... orang2 Terengganu pasti tahu kan...
*baru updated* : Menurut Kak Nor & Diana, bangunan ini adalah Masjid Putih. Terima kasih kak Nor & Diana kerana sudi bagitau ye. Waktu tengok bangunan ni fikiran MaDiHaA teringatkan Bangunan Sultan Abdul Samad yang berada di tengah2 Kuala Lumpur tu. Tak sangka rupanya bangunan ini adalah masjid sebab ianya terletak betul2 ditengah2 persimpangan tiga di jalan besar dalam bandar KT.. hehe.. ingatkan bangunan lama yang masih digunapakai..
Sebelum ke Pasar Payang... ambil gambar kenangan kat sini dulu dengan anak dara kecik & bam-bam ni... Kat belakang tu tempat orang naik bot penambang ke Seberang Takir & Pulau Duyung. Ma cakap masa ma "berkampong" kat KT dulu ma pernah sewa bot penambang & pusing menyusur sungai Terengganu dengan adik2. Dapat tengok Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam dari tengah sungai. Aku pun apa lagi.. terujalah! Dah lama tak naik bot penambang.
Anak daraku & sepupunya.. sama umur 3 tahun tapi berlainan saiz... hehehe... anak sapalah tu...
Bergambar ramai2. Tunggu di sini sementara bot penambang sampai. Kami nak ke Seberang Takir dulu jalan2 tengok kampong walaupun tak kenal sapa pun kat sana.. saja nak jalan2.. hehe..
Bot penambang ke Pulau Duyung gerak dulu.... sementara kami naik bot penambang ke Seberang Takir dengan tambang seringgit bagi dewasa & 50sen bagi kanak2...
Wajah3 teruja... hehe.
Kakak Dini & abang Haziq yang sama2 teruja...
Adik Alin pun sama... asyik sangat dia tengok air dari tepi bot...
Dah sampai pun ke jeti Seberang Takir dan bertanyakan dengan orang2 kat sana... maka menujulah kami ke kedai Keropok Lekor Hajah Kamariah ni... dekat je dengan jeti tu.. jalan kaki tak sampai 5 minit pun.. hehe..
Macam2 ada kat sini.. keropok lekor fresh baru keluar dari kawah.. panas2 lagi.. keropok keping pun ada.. & lain2 hasil laut seperti ikan kering, belacan dan sebagainya.. Masing2 boronglah mana yang perlu.. Saja je beli sini.. kalau ikutkan kat Pasar Payang pun banyak.. dah alang2 pegi ke sini.. beli jelah sebab kat sini lebih segar..
Dah penat membeli.. sebelum sampai ke jeti singgah kedai kopi berhampiran jeti untuk minum2 hilangkan dahaga. Awal2 pagi tadi dah bedal nasi lemak bungkus & teh o di homestay yang en hubby beli tapau di gerai berhampiran.. Jadi kami makan ringan2 jelah kat sini.. hilangkan dahaga je. Pekena keropok lekor cicah dengan air cuka (sos buatan sendiri) ni.. Orang Terengganu dah biasa makan keropok lekor tanpa digoreng ni tau...
Nasi dagang pun ada.. sekadar nak merasa je... sepinggan kongsi 2 org sebab perut pun masih kenyang lagi.. selain tu ada juga roti paun inti kaya.. sedap & lembut sangat.
Adik bergambar di kaunter tiket dulu sambil2 tunggu bot penambang sampai. Jangan lupa ye.. tahun 2013 ialah Tahun Melawat Terengganu. Jadi.. selamat datang ke Terengganu diucapkan! Waktu tu kami terpaksa beri laluan pada penumpang yang nak ke Kuala Terengganu (seberang) dulu sebab bot ni memang khas untuk penumpang. Bukan bot untuk ronda pusing Sungai Terengganu.. Tambah pula waktu tu.. banyak bot penambang yang lain sedang sibuk di'solek' kerana bakal menyertai pertandingan bot berhias yang akan diadakan beberapa hari lagi semasa kami di sana waktu tu. Untuk melihat keindahan bot-bot berhias semasa pertandingan itu berlangsung bolehlah klik di EXPLORE TERENGGANU yang dikongsi oleh saudara Tolahah (suami Kak Nor Secubit Garam). Oleh kerana itu bot penambang untuk penumpang agak berkuranglah pada waktu tu.. Jadi kami terpaksa menunggu sehingga ada bot yang free & takde penumpang yang nak ke seberang...
Dan akhirnya ada juga rezeki kami... waktu tu bot penambang yang lain baru saja berlepas.. jadi bot ni bolehlah kami sewa untuk family kami dengan kadar sewa hanya RM40.00 menyusuri sungai Terengganu. Rasanya hampir sejam juga dok dalam bot tu..
Hanya keluarga kami dalam bot penambang ni.... hehe... semua seronok terutama anak2lah sebab belum pernah naik bot seumpama ni... bot tradisi gitu... hehe..
Tak lepas peluang bergambar kenangan...
Puas melihat keindahan suasana ditepi sungai dengan bot2 nelayan & bot2 syarikat yang berlabuh di sebelah kanan kami..
Manakala di sebelah kiri pula dipenuhi dengan pelbagai pokok...
Berselisih dengan River Cruise Taman Tamadun Islam dari arah bertentangan..
Lagi bot nelayan yang ada... di mana2 sentiasa ada bot2 nelayan seperti ini... suasana yang sukar dilihat di Kuala Lumpur.. hehe...
Di sinilah jeti River Cruise Taman Tamadun Islam...
Dan akhirnya... tercapai juga hasrat di hati untuk melihat sendiri keindahan Masjid Kristal yang berkilauan ni... alhamdulillah ada juga rezeki kami untuk ke sini walaupun hanya lihat dari kejauhan saja... barulah lengkap pakej anak jati Terengganu macam ni.. dah tengok sendiri Masjid Kristal... hehe...
Ok berhenti dulu setakat ini & jika ada masa terluang MaDiHaA sambung lagi part 2 ye...
Terima kasih semua..
Lagi bot nelayan yang ada... di mana2 sentiasa ada bot2 nelayan seperti ini... suasana yang sukar dilihat di Kuala Lumpur.. hehe...
Di sinilah jeti River Cruise Taman Tamadun Islam...
Dan akhirnya... tercapai juga hasrat di hati untuk melihat sendiri keindahan Masjid Kristal yang berkilauan ni... alhamdulillah ada juga rezeki kami untuk ke sini walaupun hanya lihat dari kejauhan saja... barulah lengkap pakej anak jati Terengganu macam ni.. dah tengok sendiri Masjid Kristal... hehe...
Ok berhenti dulu setakat ini & jika ada masa terluang MaDiHaA sambung lagi part 2 ye...
Terima kasih semua..
12 comments:
assalamualaikum...
alhamdullillah kak.. walau mcm mana gambarnya.. itu kenangan kita kan.. sayang kalau tak amik gambar.. biar pun dengan camera bape MP pun... janji ada.. kan kan.. nani pun.. kadang2 camera 1.3MP pun jadi.. janji adooo.. kakakaka.. :D sonoknya jalan2 ganu.. banyak tempat mnarik.. nani tak penah sampai, ganu, klate, johor.. hmmm tempat2 lain alhamdullillah.. dah.. :) nanti ada bajet bley la terjah tmpt2 blom penah pegi.. asyik dok umah je la.. tak de bajet kan.. heheh
Wah, saya pun teringin nak tengok Masjid Kristal tu kak ratna... last saya pergi trengganu tahun 2000 kot... itu pun ikut trip ke sana ..
ratna, bangunan yg dikatakan berwarna putih tu, tu la masjid putih :)
Ye...bangunan putih tu adalah masjid... Kami orang Ganu panggil masjid putih.. masjid tuh ada nama sebenarnya, tapi lebih glamor dengan nama itu je...
Rindunyer kat Negeri tanah tumpah darah..hihih
Baru balik jugak bulan lepas... Bestnyer kalo boleh balik tiap2 bulan...
Seronok nyer nampak berjalan2 ke Terengganu...
Selamat Datang ke Negeri Pesisir Pantai tau... harap-harap gembira hendaknya.. :-)
masyaAllah Kak Nor.. masjid putih ye... Ratna ingatkan bangunan apa.. sebab dalam fikiran ni dok teringat bangunan putih mcm bangunan sultan abdul samad di KL... tu yang cakap bangunan tu... Masjid rupanya.. terima kasih kak nor bagitau ye...
Aalalalal rindunyaaaa dengan dak Alin, comeinyaaaaa.. Auntie gomol pipi Alin banyak2 eh..
walau guna camera hp gmbr tetap cantik dimata sy kak...seronok ye kak sambil menyelam minum air...hehe..wah alin makin bam bam..
As-salam
Wow, macam-macam ada di Terengganu sekarang. Sudah berpuluh tahun tak ke sana. Insya-Allah, 2013 kena cari angin kat sana. Ada dua tarikan yang Pak Temuk mesti cari nanti, penjelajahan sungai dengan bot + keropok lekor di Losong.
saya ni nama aje dok kat paka..ke Kt tu setahun sekali aje rasanya..last pergi aritu ikut kg che lijah pastu masuk highway.Sekejap saja dah tiba KT tapi g hari jumaat kedai payang tak dapat masuk laa.Sempat encik suami solat kat masjid putih tu.
bestnya boleh cuti2 malaysia,kita yang dok Langkawi x kemana la kak..dah duduk kat tempat percutian dah pun..hihi
Assalamualaikum Madiha,
terakhir pergi Terengganu pada 1987... makan nasi dagang harga 50 sen sebungkus.... tak tahu bila lagi boleh ke sana. Banyak gambar kenangan Madiha ye...
Aslmkum Ratna. pasti seronok bila sekeluarga ramai2 naik bot...tengok pemandangan sepjg sg. sy belum pernah rasa naik bot sepjg sg Trg gini wpun kg inlaw kat Trg....asyik bertangguh tiap kali balik bercuti. pernah sekali dah sampai di jeti plan nak naik bot ke seberang takir tp tak jadi juga...hanya posing je kat bot.
Post a Comment