Friday, December 14, 2012

Pais Ayam Temasek



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....

Pertamanya nak ucapkan tahniah buat Izah Muffin Lover & CT Zaliedana yang telah selamat melahirkan anak ke tiga masing2 pada 12.12.12 yang lalu.... Izah dapat baby boy lagi & CT dapat baby girl lagi... Alhamdulillah rezeki dariNYA.  Seronoknya kan... dapat tarikh lahir anak yang cantik... baru je ku perkatakan tempohari.. rupa2nya dua sahabat geng masak2 ni telah lahirkan baby masing2 secara normal pada tarikh tersebut.  Tahniah ye Izah & CT.. akak ucapkan selamat berpantang buat kalian berdua..

Oklah hari ni nak share resepi yang mendapat pujian dari suami & anak2.  Semua suka! Memang sedap & ada iras2 macam ayam percik juga rasa dia... Cuma takde aroma halba je.. kalau letak halba pasti sebiji dah jadi ayam percik.. hehe.. 

Terima kasih penyumbang asal resepi iaitu Puan Aini Salim.  Dah nampak di blog kak Ayu.. tapi resepi ni MaDiHaA copy dari blog Kak Nor Secubit Garam.  Terima kasih pada semua yang berkenaan.. mohon izin letak resepi kat blog MaDiHaA pula ye.. sure ada ulangannya ni...

PAIS AYAM TEMASEK
sumber: Puan Aini Salim
sumber: Ayu@curlybabesatisfaction, K.Nor & MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan:-
1 ekor ayam dibelah dua-dibersihkan (Ayu gunakan ayam yang dah dipotng 16 aje ~ MaDiHaA potong 4)
1 helai daun kunyit dihiris
2 helai daun limau purut disiat~ MaDiHaA tak letak
2 cawan santan (1 biji kelapa)-(Ayu gunakn 1 kotak santan 200ml aje)
2 sudu makan gula melaka-(Ayu gunakan 1 sudu makan aje ~ letak sama mcm kak Ayu)
1 sudu makan asam jawa + 1/2 cawan air campurkan
garam & perasa secukupnya
daun pisang secukupnya ~ MaDiHaA guna aluminium foil je

Bahan kisar:-
15 tangkai lada kering-(Ayu gunkana 4 sudu besar cili kisar)
12 ulas bawang merah-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji bawang putih)
8 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 batang serai dihiris-(Ayu gunakan 2 batang serai)
beberapa cili padi -(Ayu tambah) ~ MaDiHaA tak letak
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih

Cara:-
Panaskan 1/2 cawan minyak lalu tumiskan bahan giling, serbuk ketumbar dan jintan halus, biarkan garing. Masukkan santan, air asam, garam, gula., daun limau serta ayam.
Masak balik-balikkan hingga hampir kering.
Bubuh ayam di atas daun pisang, taburkan daun kunyit (MaDiHaA campur terus daun kunyit dalam kuahnya) dan bungkus serta semat dengan lidi, bakar dibara api atau dalam oven, lebih kurang 15-20 minit.


 
Selamat mencuba!

11 comments:

Unknown said...

mesti wangi sangat ayam bila buka foil tu kan sbb ada daun limau dan daun kunyit tu, akak pun nak pujian jugak dari hubby nk try resepi ni esuk ke lusa heee tunggu mood rajin dulu lah ni sbb banyak bahan jugak tu kan Madihaa

PH said...

Wow, PH pun teruja nak masak pais ayam ni :) I love ayam with lots of rempah-rempah :)

Fazleyatul Aini said...

biasa makan pais ikan atau udang je. yang ni, mesti sedap!

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
memang patut anak2 puji ni.. sbb tengok pun dah tau sedap...
suka kita kan, kalau anak2 suka makan benda yg kita wat... kadang2 tu anak2 memilih gak kan.. ade yg depa suka.. ade yg depa tak suka.. hahahahah sabo je ler.. paksa2 pun tak makan saman gak.. dah benda yg tak suka.. hmmmm..

Amie said...

Dah pernah tengok resepi pais ayam temasek beberapa kali tapi belum lagi terbuat... seronokkan dapat baby Madiha... harum, wangi!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh sedap pulak Pais ayam termasek ni makan tengahari ni Ratna...

rahel said...

Selalu nak try buat pais ayam...tapi selalu gak mood malas noi datang...sudahnya ayam kicap jer...hehehe...
Nampak sangat sedap la kak...tentu aromanya menarik perhatian...

tun_telani said...

fuhhhhhhhhhhh.... menitik air liur atas keyboard.. sedapnyer!!!

zila norazila said...

tgk ptg2 camne sedapnya kak..:) nnt nak cuba jgk la..nampak best.

HomeKreation said...

Nampak sedap.... makan dgn nasi lemak sure best ni Madiha..

Love2cook Malaysia said...

Uish, sedap betul dish ayam ni kak!!! Terliur...ngam with plain white rice!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...