Tuesday, January 15, 2013

Beka / Beko Pulut

Assalamualaikum.... bersua lagi kita...

Kuih ni kuih yang wajib MaDiHaA cari bila tiba bulan puasa.  Kalau kat bazar Ramadan berhampiran ofis ni kadang2 tak jumpa juga orang jual kuih ni.  Kira nasib2 je.. Yelah sebab ni kan kuih tradisi orang pantai timur... kalau yang berniaga tu orang dari sana.. ada kemungkinan besarlah kuih ni ada dijual.. sebab bukan semua orang pandai buat kuih ni... hehe...  Jadi jalan terbaik jika teringin nak makan atau berbuka dengan kuih ini.. kenalah buat sendiri.. hehe..

Jom tengok resepinya.  Resepinya MaDiHaA ambil dari Alaf21 dikongsikan oleh Chef Norzailina... terima kasih ye kak Lina... 


BEKA / BEKO PULUT
Resepi : Alaf21 ~ Chef Norz

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
150 g tepung pulut
80 g gula pasir
80 g kelapa parut putih
1 biji telur, dipukul sedikit
75-80 ml air
sedikit garam
minyak/marjerin untuk melengser

Gaul tepung, garam dengan kelapa parut. Masukkan air, telur dan gula. Kacau sebati. Panaskan acuan bahulu di atas api perlahan, (acuan bahulu takde.. MaDiHaA guna acuan kuih cara jer) lengserkan dengan minyak/marjerin. Sudukan adunan tadi hingga penuh dan tutup acuan dengan kemas. . Biar selama 3-4 min atau hingga masak. Bila bahagian bawahnya keperangan, bolehlah diangkat.

Nota: Pastikan acuan betul-betul panas baru dilengser. Jika tidak, kuih akan melekat.
Apa yang MaDiHaA buat.. masa bakar tu tak tutup acuan dia (acuan MaDiHaA penutupnya mmg takde).. tapi angkat dari dapur & sambung bakar dalam oven..suhu 170C guna api atas bawah dlm 3 minit tukar ke api atas sahaja biar hingga masak & bolehlah diangkat.


Selamat mencuba! 

20 comments:

hazila said...

Tak pernah makan tapi macam pernah dengar nama kuih ni.

Marsita Yahya said...

Emm, nampak cam sedap..tak pernah jumpa dan tak pernah rasapun...tgk cam senang je nak buat...mesti teksturnyer ala liat2 gitu ke kak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kuih ni popular kat Kelantan, Terengganu & Pahang.. adalah tu kot dengar org sebut..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

senang je membuatnya Marsita.. tekstur dia takdelah liat2 sangat sebab tepong pulut tu bercampur dengan kelapa parut yg agak byk juga... bagi akak memang sedap.. selalu cari time bulan puasa... kuih ni biasa terjual di pantai timur ala2 mcm kuih akok juga...

Sheila Shafeareen said...

Assalmualaikum kak hemm pernah mkn kuih ni tp dah lama x jumpa..mmg sdp rasa lemak2 bekelapa.. yep juga kuih2 yg asa di sebelah pantai timur ni....tq kak... salah satu kuih yg perlu di buat ni...

faa.rosli said...

ok da google baru taw faa penah makan kuih ni sebenarnya...just tak taw nama..hehehe

izahdaut said...

akak.. saya ta pernah dengar nama kuih ni. memula tengok ingat kan bolu.. kak madihaaa miss u too terharu bila saya dipedulikan juga diarena blogging oleh akak yang pakar memasak mcm kak madihaa.. jgn sebut saya sifu. saya siput je.. jauh panggang dri api. tapi rasa cam dekat je kan panggang ngan api.. ok jauh langit ngan bumi nak digelar sifu.. aa tu betul.. hehee..

zila norazila said...

sy pun x pernah makan kak..tp rasanya mcm pernah nampak di pasar malam..nnt klu jumpa nk beli jgk la..nk rasa ..

Amie said...

Pertama kali dengar kuih beko... tq for sharing ye Madiha.

adda syuhada said...

tengok kuih beko ni terasa mcm nk cuba jer...

tun_telani said...

yayy!!!! dh boleh komen!! tun SUKEEEE sgt2 makan beko nih! meleleh air liur nengoknyer.. tp sah2 laa xpenah buat sendiri. duk kt kg senang nk cari, dh duk jauh ni, nak xnk kene la berusaha buat jugak. nnti nk gi cari acuan. xpenah ada acuan kuih2 gini.

Hasidah Bt Awang said...

senang je nak buatnya..hehe boleh cuba buat ni..puah hati buat sendri..boleh makan lebih..hahah..jarang nak jumpa kalau bkn bulan puasa..

JaSSNaNi said...

beka ni tadi nampak kniedaz tunjuk kat blog dia.. tapi dlm balutan daun pisang mcm lepat.. ni plak beka pulut.. serius nani tak penah dengar kuih ni... tak penah makan gak.. hmmmm.. apo lah kan.. itu pun tak penah..

HomeKreation said...

Aslmkm Madiha. Along pun tak pnh rasa lagi kuih ni. Nampak cam senang, insyaallah, kl ada masa nak cuba buat. TQ berkongsi ya.

Gee® said...

Sy suka kuih ni lebih2 kalau hangus sikit... sedapppp!!

AZLINA said...

Assalamualaikum, kan dah bagitau kalau air tgn Ratna ni semuanya menjadi. mmg akak tabik la kesungguhan Ratna dlm bidang masakan ni. Insya Allah dah pencen nanti boleh jadi usahawan masak memasak :))

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
pernah mkn beberapa kali kuih ni...tp belum pernah buat sendiri..

EmbunRosaliza said...

Assalam madiha, selalunya kuih beko ni di jual bersama kuih akok, sedapnya lama tak mkn kuih ni, akk pun tak tau resipi buat kuih beko ni, tq berkongsi

Unknown said...

nampak comel and sedap kuih ini...

Unknown said...

Kuih ni jual kat asam pedas bangi. Panas panas,tapi mahal :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...