Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, January 8, 2013

Ketam Masala

Assalamualaikum...

Jom masak ketam!  Ketam sememangnya sedap, tapi agak malas nak masak sebab 'bercinta' waktu nak makan.  Ketam ni sedap dimakan ratah2 je... kalau makan dengan nasi macam lambat je habis nasi tu kan kan kan... hehehehe...

Resepi ala2 masakan India ni boleh tahan sedapnya.. cuba2lah ye!

 
Ketam Masala
Olahan : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2
1 kg ketam
2 peket serbuk kari ikan
5~6 s/b sos cili (boleh tambah lg kalau suka)
2 s/b serbuk cili
1 biji tomato masak saiz sedang ~ didadu halus
5 ulas bwg merah ~ dimayang
2 ulas bwg putih ~ dimayang
1 s/k garam masala
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
5 kuntum cengkih
minyak masak
Sedikit air.
garam & gula secukup rasa
bahan hiasan - daun sup/daun bawang/tomato (optional)

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 hiris, cengkih, daun kari & tomato dadu hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, jintan manis, kayu manis dan garam masala. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili & gaul sebati.
4. Masukkan ketam, sedikit air, bahan2 lain & perasa secukup rasa.
5. Hias dengan daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

13 comments:

Saya Disini said...

sedpnye,,teringin sya

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Garam masala tu mana nak dapat kak ratna...

Qhaifa Nur said...

nak makan ketam ni..semangat kena kuat he..he..
sedapnya...

Zee Suhaini said...

baru makan ketam msk lemak semalam..tgk akak punya gambar,terliur nak makan masakan ni pulak..

Anina said...

lunch td masak ketam lemak cili api..mmg bcinta lah time mkn,smpaikn tgn berplaster terkena kulit ketam yg tajam

zila norazila said...

akk kecur tgok..x pernah buat lgi masak camne..haruuss di try jgk nnt nie..:)

Mamasya22 said...

Aslmkum Ratna.
betul tu ketam sedap dimkn...nak korek isi tu yg bercinta....mana nak kopek isi utk kita...anak2 lagi...hi..hi..
bagel kat bwah tu tak pernah mkn....kalau kat bakery sini mmg byk...org aRAB mcm org putih suka roti2 gini. tp yg nampak menarik bebola keledek goreng itu...boleh dicuba.
re; bilalah kita dpt jumpakan...dah dkt 6 thn dok sembang alam maya...tak pernah bersua....

mama sara nur said...

sedaplah ketam he he satu-satunya seafood yg sy boleh terima makan
ni tak cukup seekor mesti nak lebih

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak...mmg pun kalau makan ketam ni bercinta...kalau fiza mmg makan nasik bg habih dulu baru pulun ketam kalau x mmg x habih la nasik dlm pinggan tu...he he he

Qasey Honey said...

ok kak QH dh siap kaji resepi ni..terus bkenan la haiii..hehe...QH amik resepi ni ehh...nmpk sedap..xsabo nk cuba...tq kak

Gee® said...

Aaarghhh....!! dah lama tak makan ketam... sedapnyaaa

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

garam masala ada terjual di kedai2 runcit atau pasaraya..

Norasikin Basri said...

Minggu depan masakan India, berkari kari lah nampaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...