Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, January 16, 2013

Ikan Goreng Pedas Ala Niara



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Nampaknya gambar2 dalam handphone ku yang rosak dah takleh nak diselamatkan kecuali jika hp tersebut boleh diperbaiki.  Dah puas en. hubby cuba bermacam cara tp tak boleh jugak.  Mujurlah ada antara gambar2 dalam tu sempat MaDiHaA bluetooth ke handphone en. hubby sebelum hp MaDiHaA nazak... hihihi...  Tapi masih ralat sebab tak sempat bluetooth kesemuanya... hp dah pegi wat selamanya... huhu... sedih! 4 tahun je riwayatnya bersama MaDiHaA... nak buat macamana jodoh tak panjang..  jika masih boleh diperbaiki dengan kos under RM50 cadangnya nak baiki jugak.. hihi... Kalau tak boleh atau kosnya mahal sangat.. kita simpan dalam muzium jelah!  Ada hikmah disebaliknya & alhamdulillah.. kini dah ada penggantinya... :-)


Oklah ini antara gambar2 yang sempat MaDiHaA selamatkan... ini pun baru malam tadi sempat MaDiHaA transfer ke laptop kat rumah.. yelah.. takkan nak hangkut handphone en. hubby ke ofis pulak semata2 sebab nak transfer gambar? kakakakaaa....   Yang sebenarnya MaDiHaA sekarang memang jarang2 sangat on lappy kat rumah tu... lappy tu selalunya anak2 je yang dok konker main games atau tengok dvd.  Memang rutin harian terlalu sibuk terutama hari bekerja memang tak sempat nak curi2 buat perkara yang kita suka... balik kerja tu lah waktunya untuk ibu bekerja macam MaDiHaA ni nak uruskan semua benda walaupun kadang kala sampai rumah pun dah lewat petang.. antaranya memasak untuk dinner, siapkan anak2, pantau anak wat kerja sekolah, sidai kain yang mesin basuh tolong basuhkan.. hihi, gosok baju sekolah & baju kerja, buat jadual waktu anak, menyapu lantai... dan macam2 lagilah kalau nak ditulis kat sini memang berjela2lah jawapnya... hihi.. senang sungguh orang perempuan ni nak dapat pahala kan... alhamdulillah... :-)

Ok jom nak kongsikan resepi Ikan Goreng Pedas Ala Niara yang sedap ni.. Resepi dari Liza yang diolahnya sendiri mengikut citarasa Restoren Niara.. katanya masakan ikan kat restoren tu sangat sedap dan menepati seleranya.. jadi digodek2nya sendiri kat rumah ikut bahan yang dirasakan sesuai & alhamdulillah hasilnya mengikut kata Liza memang sebiji macam ikan yang dimakan kat Restoren Niara tu... Terima kasih ye Liza sudi kongsi2kan dengan kami... tak dapat pegi ke restoran tu.. dapat juga merasanya bila dah ada resepi ni kan.. 


IKAN GORENG PEDAS ALA NIARA

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
Bhn2:  
1 ekor ikan siakap / kerapu /kembong besar - gaul dgn garam dan grg hingga masak
1 btg serai - dihiris
5 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bwg besar - potong dadu
3 ulas bwg pth - potong dadu
1/2 kiub perencah tomyam
Sdkt kicap manis
5 biji cili padi - hiris (MaDiHaA tak hiris sbb anak2 tak tahan pedas)
2-3 s/b cili mesin (MaDiHaA tumbuk 2 biji cili merah)
Sdkt minyak masak

- panaskan minyak bekas gorengan ikan td dan masukkan semua bwg dan bhn hiris, cili mesin dan daun limau purut.
- bila dah naik bau, masukkan perencah tomyam dan sedikit air.
- bila dah agak kering, tambahkan kicap manis dan ikan yg telah digoreng td..
- gaul sebati dan angkat..


Selamat mencuba!

15 comments:

Ummi Syafiq said...

Salam kak ratna. Mesti sedih nk2 byk gmbr dlm tu kan? Huhu

Kak sedapnye ikan tu. tgk pun blh agak dgn garingnyaaaa

GK Arusuvai said...

Kak Madihaa....memang kerja rumah have no ending!! btw ikan goreng pedas ala niara nampak sedap....best kalau makan dgn nasi putih and one sayur goreng!!

m.u.l.a.n said...

wooaaahh.... baru nak ke dapor ni nampak menu sedaaappp...

Marsita yahya said...

Sedapnya...nanti nak cuba...

lieyalatif said...

sedapnye kak....lieya pelik tgk name, pastu cepat2 bace resepi sebab geram tgk sos pekat tu....oo ala2 rase tomyam la kak yeak...perghhh sedap ni dpt ngan nasi panas....

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! meriah sungguh tengok sambal ikan tu Kak Ratna... sure sodap tu :D

Nooriah Abdullah said...

salam Madihaa..
mmg sayangkan sbb hp mmg benda yg paling rapat dgn kita,bak isi dngn kuku, kalau boleh biarlah ia berlama2 dgn kita selagi boleh pakai, alhmdulillah dah ada pengganti mesti lebih hebat lagi gambar2 lepas ni kan..berbalik pada cerita ikan goreng ni mmg nmpak mengancam, boleh try ni mesti sedap dan wangi limau purut tu kan

Melly Octaviana said...

sedsp nya ikan goreng..apalagi kalo pedas.. nyam..nyam

tun_telani said...

Sedapnyer kalau dpt makan ngan nasi panas2 nih.. tun kalu ikan goreng2 gini mmg laju..
ps: nk tergelak baca perkataan 'konker' tu, selalu guna, tp lucu je bila eja :p

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tun.. tu ejaan 'pasar' tu.. hehe.. laju sangat menaip tak dan nak fikir ejaan yg betul dlm BI yang sepatutnya conquer kan? hehehe... sorry cikgu :-P

Qasey Honey said...

nmpk pon dh tau kesedapannya kak...bselera tgk..

Rohah said...

tak cukup seekor ni kak gayannya kalau makan ngan nasi, menjilat jari bila tgk kuah dia berselaput penuh kat body ikan tu..perghh..

cikmanggis said...

wah nampak ikan goreng ni sungguh sedap.Makan dengan nasi panas..korek korek sambalnya...hai bertambah tambah nasi ni Madiha :)

tak apa lah Madiha..yang pergi tetap pergi usah di kenang lagi..kan dah dapat pengganti hehe:)

Yana Shaiful said...

~Dah terasa kesedapan ikan ni..pasti cuba nnt..best dpt mkn dgn nasi panas2..

ieda said...

haa kak .. kalau saya masak macam nie kami panggil grg tauchu asam ;)
sedap2 nie kak ..
makan nasi panas2 kan ..
x yah ikan besar .. ikan selar punn sedap ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...