Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, January 21, 2013

Ikan Gerang Asam

Assalamualaikum & selamat petang....

Lauk ni MaDiHaA masak kes GERAMMMM tengok di blog Amie... balik dari pejabat & lepas jemput anak2 di rumah pengasuh & di sekolah tu terus je ku buat masakkan yang sama seperti Amie.  Maka terhasillah IKAN GERANG ASAM ni.  Bezanya MaDiHaA tak gunakan ayam sebaliknya gunakan ikan tenggiri pastu sesedap rasa tambah kacang bendi sekali... senang jadi lauk 2 in 1 ni kan... dasar pemalas.. hehe..


Terima kasih banyak2 ye Amie sebab buatkan ku kecur liur tempohari.. hehe.. memang sedaplah Gerang Asam ni... tak banyak beza dengan asam pedas.. cuma masak gerang ni dikurangkan kuahnya.. betul ke? Entahlah MaDiHaA pun kurang pasti juga sebenarnya...

Ok kat bawah ni MaDiHaA kongsi resepinya yang diambil terus dari blog Amie dengan sedikit edit sebab bahan asas yang digunakan tak sama seperti Amie..


Ikan Gerang Asam
Sumber 1 : Chef Florence
Sumber 2 : Amie

Sumber 3 : MaDiHaA


Bahan-bahan: (Amie ubahsuai mengikut keperluan masakan)

175ml minyak

0.5 liter air

35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air (MaDiHaA lebihkan sikit)

1 kg / beberapa keping ikan tenggiri (MaDiHaA gunakan bahagian isi & ekor)

3 tangkai daun kesum

1 kuntum bunga kantan (MaDiHaA tak gunakan)

2 sudu teh gula

1.5 sudu makan serbuk ikan bilis (MaDiHaA guna 1 kiub ikan bilis)

(MaDiHaA tambah beberapa biji bendi)


Bahan kisar halus:

25 tangkai cili kering

300 gram bawang merah

3 ulas bawang putih

7 biji buah keras

2 cm kunyit hidup

2.5cm lengkuas

4 batang serai

1.5 sudu teh serbuk belacan

Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili (MaDiHAa tak gunakan)



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.

3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.

4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ikan. Biarkannya sehingga ikan masak. Sebelum dipadamkan api, masukkan kacang bendi & tunggu hingga bendi lembut.

5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.


Selamat mencuba!





12 comments:

Azueriena Norash said...

masakan nie sekali pandang mcm pajeri tp lain yer kak...mcm2 idea akak masak kann...azue nie idea mkn kat kedai jerk...hehehe

Wawa Shaklee said...

Terliurnya tengok!!Mesti Sedapkan..nyumnyum

rahsia kurus secara sihat dengan Shaklee

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saya pun dah geram tengok.balik nanti. nak buat lah kak ratna...

hazila said...

Rasanya lebih kurang macam asam pedas kan. Makan dengan nasi putih pun dah sedap ni.

Amie said...

Amie pun nak cuba gunakan ikan pula Madiha... tentang kurangkan airnya tu Amie rasa terpulang kepada citarasa kot, tapi kalau kuahnya pekat sikit mmemang terasalah segala bahan perencahnya tu kan Madiha... terima kasih sudi cuba resepi nyonya ni...

mama sara nur said...

Assalam k.madiha
kecur tgk lauk ni, laju je nikalu kena ngan nasi putih kan
tp ikan gerang tu sy tak penah makan lg atau nama lain kot he he

mama sara nur said...

Assalam k.madiha
kecur tgk lauk ni, laju je nikalu kena ngan nasi putih kan
tp ikan gerang tu sy tak penah makan lg atau nama lain kot he he

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Madiha, sedapnya ni kalau makan di tengahari yg panas, mesti berpeluh2!!

rahel said...

Salam Kak Ratna...
Hidangan ikan gerang asam tu sungguh menggiurkan....

norhidana miswan said...

penah tgk chep florence msk masa kt masterchep dulu... mcm best je tp pekat betul kuah nyer

tun_telani said...

gerammmm tun nengok kuah yg pekat tuh...

Ana said...

terliur saya tgk ikan gerang asam akak nie..balik keje nie nak cuba lar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com