Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, January 10, 2013

Chilled Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Lagi resepi yang dah lama dibuat ku abadikan di blog ini... mohon ampun & maaf ya ibu2, kakak2 & adik2... tuan blog belum berkesempatan mencari kamera baru atau handphone baru menggantikan handphone ku yang dah jahanam secara tiba2 tu... belum ada masa terluang.. buat sementara ni dok meminjam handphone milik en. husband.  Mujur dia ada hp spare.. hihihi... Masih mencuba2 untuk transfer gambar2 dalam handphone yang dah rosak tu... harap2 masih boleh diselamatkan... Impian nak memilik dslr pun terpaksa dipendamkan dulu... bak kata orang.. ukur baju di badan sendiri.. kekekeke...

Jom ternak lemak! hehe...

   
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 untuk dasarnya
200 gm biskut (boleh guna sebarang biskut spt, marie, chipsmore, oreo, digestive & cream crackers) 

75 gm mentega (dilembutkan terlebih dulu - keluarkan dari peti ais)
Bahan2 keknya

2 sudu besar gelatin halal (Halalgel)
150 ml air panas
500 gm cream cheese
120 gm gula kastor 

300 ml yogurt perisa blueberry (2 cups yg tersedia dr pasaraya)
Hiasan
Blueberry filling
Whipping cream (MaDihaA tak sapu sebarang cream pun)

Cara Menyediakannya
1. Kisar halus biskut lalu digaul sebati dengan mentega.
2. Ratakan ke dasar acuan spring foam (acuan yg boleh dibuka tepinya) lalu ditekan2 padat.
3. Bakar dengan suhu 170C selama 8 - 10 minit. Bila siap.. keluarkan dari oven dan sejukkan.
4. Sementara tu.. larutkan gelatin ke dalam air panas dah kacau sebati hingga hilang ketul2 gelatin tersebut. Ketepikan sebentar.
5. Pukul cream cheese bersama gula kastor hingga kembang & rata menggunakan mixer.
6. Masukkan yogurt perisa blueberry dan pukul lagi hingga rata.
7. Akhir sekali tuangkan larutan gelatin (yg dah sejuk) ke dalam bancuhan dan pukul perlahan hingga rata.
8. Tuangkan ke dalam acuan yg sediaada lapisan biskut tadi dan sejukkan ke dalam petiais semalaman. (jangan letak kat tempat beku pulak)
9. Esoknya.. buka tepi loyang spring foam & cungkilkan perlahan2 tepi base biskut tadi dah alihkan perlahan2 ke atas alas kek atau pinggan lain sebelum dideko & dihias dengan blueberry filling mengikut kreativiti masing2.



Selamat mencuba!

12 comments:

Nooriah Abdullah said...

Assalamualaikum Madihaa aduh menternak lemak ke hari ni, tapi best ape kan cheese kek ni

oh rupa nya belum settle lagi bab hp ni takpe ada hikmah nya tu kot kan,rupanya hubby ada hp extra oklah tu kan settle masaalah drpd buntu, zaman skrg ni kita dah terbiasa dgn hp kalau rosak je aduiiii mmg mati kutu kan dibuat nya..

Amie said...

Jomlah ternak lemak sama Madiha... lama juga kita berdiet-dietan ni he he he heh

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ratna~ adusss pagi2 lg nmpk cis kek..dap dap dap ^__^

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rasa nak pitam pagi2 tengok cheese cake kat dapur Kak Madiha, hehehehe

norhidana miswan said...

alahai sdapnyer, aritu dh amik resepi kt kwn tp lum kesempatan nk bt lg... dhla dana nih peminat cheese

rahel said...

Salam Kak Ratna...banyak menggoda itu blueberi cheese cake...klu dapat satu slice kan bagus...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kak Ratna ... meleleh air luir tengok cake blueberry ni... adusss mengancam :D

Phong Hong said...

Ternak lemak, hee..hee...hee....Cantik cheesecake tu. PH pun mengidam nak kamera DSLR tapi poket tak cukup duit lagi huhuhu....

Kakizan Omar said...

hihihihi.. memang syok kak makan cheese cake nie.. tapi saya nie kena hati2 skit sebab sebelah mak n mak mertua dah ada diabetis.. :D

faa.rosli said...

sedapnya sedapnya sedapnya! nak jugak ternak lemak yg dah sedia banyak ni..heheh

m.u.l.a.n said...

waahhh.. best ni utk yg oven tenat dalam icu ni..

Rohah said...

waduhai kak, menjilat jari jemari..mehlah pos kat kita ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...