Thursday, January 17, 2013

Sup Wantan dan Bebola Sotong



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Masih lagi dengan menu yang tertunda iaitu gambar yang berjaya di selamatkan iaitu Sup Wantan dan Bebola Sotong.  MaDiHaA agak ketinggalan sebab baru pertama kali menggunakan kulit wantan ni.  Memang tak pernah mencuba sebelum ni.  Keinginan tu ada.. tapi tak sempat nak tinjau2 untuk dapatkan kulit wantan tu.  Maklumlah sebab MaDiHaA ni jarang sangat berpeluang pegi ke pasaraya2 besar.  Yang selalu dok beli barang dapur pun en. husband.. itupun beli barang kat pasaraya kecik 99 Speedmart atau kat CH je sbb dekat dengan rumah.  Terkadang je MaDiHaA sempat menyinggah ke Giant atau Checkers yang tak jauh dari ofis ni.. yang selalu menyinggahnya setakat ke kedai runcit belakang ofis ni jer... heheheee... 


Hari tu masa pegi Checkers, terperasanlah kulit wantan ni.. kecik je saiznya.. lebih kecil dari saiz disket floppy disk yang selalu kita guna dulu2 tu.. tebal pulak lebih kurang setengah inci kot.  Harga RM2.30 kalau tak silap.. & bila nampak ada tanda halal yang sah tu... teruslah MaDiHaA ambil sepeket tu walau dalam hati kata.. cukup ke sekali masak byk ni? hehee.. 

Alhamdulillah bila dapat resepi dari blog Diana@SkyblueMelleymey tu... balik teruslah mencubanya.  Sedap di tekak MaDiHaA & suami dengan syarat wajiblah ada sambal kicap!  Tapi anak2 tak suka pulak makan wantannya tu.. yang diaorang makan hanya bebola sotong, carrot dan cendawan.  hehe.. Sebenarnya bukan diaorang tak suka.. tapi diaorang tak mahu mencuba pun sebab nampak pelik (maklum ibunya tak pernah masak sebelum ni) walau dah kata ada ayam kat dalam tu.. tapi tetaplah taknak cuba juga.  Jadi  berbakilah dinner malam tu... & esoknya MaDiHaA panaskan & berbekal ke ofis.. hehe.. Haa kauu.. lebih dari cukup sepeket kecik tu rupanya & masih berbaki lagi (yg belum diletak inti) kat dalam pegi sejuk kat rumah tu.. muai kulit wantan ni kan? Kalau kakak Dini ada.. ngam2lah sebanyak yang MaDiHaA masak tu..


Terima kasih ye Diana untuk resepinya tu.. akak mohon kongsi kat sini pulak untuk rujukan diri sendiri & kawan2 lain yang ingin mencuba. Ada sedikit edit atau penambahan bahan dengan tulisan warna biru tu... sebab ikut bahan yang ada kat rumah.
 
Sup Wantan dan Bebola Sotong

Bhn²
Kulit wantan
Bebola ketam ( ready made punya.. :D ~ MaDiHaA guna bebola sotong)
1 tangkai daun sup _ d cincang (takde jadi tak letak)
2 inci halia _ d hiris halus (MaDiHaA kurangkan sikit)
250 gm cendawan tiram ~ dibelah2 sederhana kecil (MaDiHaA tambah ini)
setengah biji cauliflower ~ dipotong floret (MaDiHaA tambah ini)
1 biji lobak merah _ d potong bulat atau potong mengikut citarasa masing² (MaDiHaA guna 2/3 dari sebiji carrot lebihan inti)
3 ulas bawang merah _ d cincang
5 ulas bawang putih _ d cincang
Garam
Perencah pati ayam Tumix (MaDiHaA ganti dgn 1 kiub ayam)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Serbuk lada putih
1 biji telur ~ dikocok sedikit (MaDiHaA guna sbgai pelekat kulit wantan)

Bhn² Untuk Inti Wantan
100 gm daging ayam cincang (MaDiHaA guna isi dada dari seekor ayam ~ dicincang)
1/2 tbsp lobak merah cincang ( nak letak lebih pun boleh juga yer ~ MaDiHaA guna 1/3 dari sebiji carrot & selebihnya dicampurkan ke dalam kuah sup)
1/2 tsp daun sup cincang ( jangan letak banyak sangat tau.. nanti pahit ~ MaDiHaA tak letak )
1 ulas bawang putih _ d cincang
Serbuk lada putih
1/3 tsp perencah pati ayam Tumix (MaDiHaA tak letak)
1/3 tsp minyak bijan
Garam secukup rasa



Cara²
  1. Satukan kesemua bhn² inti.. Gaul sebati. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian.. ambil sekeping kulit wantan.. Bubuh intinya, sapukan sedikit telur di sekeliling kulit wantan dan lipatkan dengan kemas. (MaDiHaA punjutkan je) Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik baunya dan sedikit garing. Ambil separuh daripadanya dan ketepikan.
  4. Masukkan lobak merah dan tumis sekejap bersama separuh lagi bawang merah, bawang putih dan halia yang d tumis tadi. (MaDiHaA letak lobak kemudian sekali dengan bebola & wantan sebab lobak tu MaDiHaA hiris agak nipis)
  5. Setelah itu.. bolehlah d masukkan air secukupnya, perencah pati ayam, serbuk lada putih, cendawan dan garam secukup rasa.
  6. Setelah mendidih.. masukkan bebola ketam, lobak merah, cauliflower dan wantan. Masak sekejap sehingga wantan masak.
  7. Akhir sekali taburkan daun sup cincang dan separuh lagi bawang merah, bawang putih dan halia yang d tumis tadi.
  8. Angkat dan hidang bersama sambal kicap.

 Selamat mencuba!

11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kak ratna... boleh cuba ni sebab satu keluarga penggemar sup :D

JaSSNaNi said...

telan air liur jap.. walaupun baru lepas makan nasi.. terasa hirup kuah sup tu yg pedas2 sambal kicap lagi.. uwaaaaaa.. dlm pantang leh makan wantan tak? aisehhhh.. lagi 28 hari ni.. jenuh nak kira hari.. nafsu makan membuak2.. ade ke chance nak kurus,. kurus dlm pantang je la.. lepas pantang jadi buntal balik.. hahahahaha..

Ina Mohamed said...

nampak sedap. rasa mcm nak pegi cari kulit wantan sekarang jgk, hehe. kulit tu ada byk brand jgk ke kt pasaraya?

EmbunRosaliza said...

Assalam madihaa, akk tak pernah buat watan la, nampak sedap je ni, masalahnya susah nak cari kulit watan tu

Unknown said...

sedapnya Madihaa, biasa makan wantan yg di kukus je, nanti boleh try resepi ni lagi akak nak copy resepi ya anak2 suka ni dngn masakan cina macam ni sbb mmg ada keturunan cina pun tapi mama nya jarang masak yg ala2 cina selalu ikut selera melayu je heee

zila norazila said...

akk kecur liur tgk nie..klu dapat hirup2 nie sedapnya..
buat time lpas demam pun ok jgk kan ...

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. sedapnyer! dh lama tun xmakan wantan nih. dulu2 selalu gak beli wantan skin, pastu musim dumpling menyerang, duk beli dumpling skin manjang.. skrg dh rasa mcm nk mulakan musim wantan semula. hihi

Obat Sakit said...

baru dengar yang namanya wantan ini Bun..
sejenis apa itu?

rahel said...

Sup wantan memang sedap...tapi jarang buat...selalu makan kat kdi jer...hehe

Amie said...

Tumpang semangkuk Madiha... nak bubuh wantan banyak2, tak cukup 2-3 biji ni...sedapnya!

Malay-Kadazan girl said...

Sup sup ni anak-anak saya suka sangat. Sedap ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...