Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bila anak2 semua ada kat rumah.. bersemangat sikit nak godek2 makanan kat rumah ni. Yelah.. ramai si tukang makan.. yang tak selera nak makan pun boleh makan dengan banyak bila dah berebut2.. biasalah kan budak2.. bila berebut2 tu yang buat mereka seronok... Tambah pula makanan savoury yang memang menjadi kegemaran mereka...
Kebetulan suami kerja shift malam sepanjang cuti sekolah.. jadi anak2 ku tinggalkan saja di rumah. Kesian pula nak hantar ke rumah pengasuh.. nanti bertambah sesak pulak rumah mak Ani tu. Anak2 asuhannya pun dah ada 3 orang belum masuk Alin. Kalau ditambah dengan Alin, Haziq & kakak Dini.. nanti letih mak Ani nak melayan... hehehe.. Cuma.. hari Rabu lepas je hantar Alin ke sana termasuk tumpangkan Haziq sebab kakak Dini sibuk nak siapkan assigment.
Baru2 ni, sempat buat Kare Pan atau roti berinti kari sebagai kudapan anak-anak. Kare Pan ni sebenarnya bahasa Jepun yang membawa maksud Japanese Curry Bread. Menurut En. Wiki, Kare Pan sangat popular di Jepun. Ye ke? Wallaualammm sebab belum pernah jejak negara matahari terbit tu lagi.. hehehe... Sebenarnya.. Kare Pan versi MaDiHaA ni boleh juga dikatakan sebagai Donut Kari.. Sebab resepi asas yang digunakan hanyalah menggunakan resepi donut & intinya pula menggunakan inti kentang serupa macam kita nak buat karipap. Jadi kawan2 yang nak mencuba.. boleh je guna mana2 resepi donut kegemaran & juga inti versi masing2 ye..
Sebenarnya dah lama teringin nak buat Kare Pan ni bila Izah berkongsi resepi di blog beliau tak lama dulu. Tapi tulah.. waktu tu seru belum datang lagi walaupun memang teringin sangat nak merasanya.. Bukan senang nak memulakan satu2 resepi kalau hati tak berapa ikhlas nak membuatnya. Bila vitamin M terlalu banyak sangat berkumpul.. tu sebab resepi yang betul2 berkenan pun belum tentu lagi akan dicuba.. Tambah pula resepi yang memerlukan ketekunan & perhatian penuh macam ni.
Oklah membebel tak sudah2.. jomlah kita tengok resepinya.. MaDiHaA menggunakan resepi sendiri jer.. kawan2 boleh je nak guna mana2 resepi donut & resepi inti tu pun boleh je buat ikut versi kesukaan masing2 ye.. Resepi yang MaDiHaA buat ni dapat agak banyak iaitu lebih kurang 26 biji Kare Pan.. Boleh buat setengah dari resepi kalau rasa ianya terlalu banyak.. Sedap makan masa suam2.. bread crumb tu garing & roti lembut. Memang sesuai sebagai sarapan.. sedap & mengenyangkan.
Kare Pan/ Japanese Curry Bread/ Roti Kari
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 doh
420 gm tepong gandum
240 ml air suam
1 - 2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula kastor
1/2 sudu teh garam
3 sudu teh yis segera
3 sudu besar marjerin
Bahan tambahan
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur ~ dipukul sedikit
Berus makanan
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan
1. Sebelum menguli, siapkan dahulu intinya (seperti resepi di bawah). Susu pekat dibancuh bersama2 dengan air suam hingga larut.
2. Masukkan tepong gandum, gula kastor, garam dalam satu bekas menguli yang sesuai. Gaulkan. Masukkan yis segera. Tuangkan air susu suam sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tambahkan marjerin & uli lagi sehingga rata & doh tak melekat di tangan. Masukkan bekas berisi doh ke dalam plastik beg yang bersih. Ikat plastik & biarkan doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk2 doh untuk membuang angin & uli sebentar. Timbang doh 30 gm setiap satu untuk mendapatkan saiz roti yang sama. Bulat2kan doh & buat sehingga habis.
5. Ambil sebiji doh & leperkan. Masukkan 1 sudu besar inti atau secukupnya. Tutup inti kemas2 & bentukkan roti ikut bentuk yang disukai. Sapu roti yang siap dibentuk dengan telur nipis2 (yang ni ikut cara Kak Nor Secubit Garam) kemudian masukkan dalam bekas yang berisi bread crumb. Biar seluruh roti bersalut dengan breadcrumb. Susun di atas talam / tray yang telah ditabur tepong. Buat sehingga habis. Biar seketika supaya roti naik sedikit. (sementara proses memasukkan inti ke semua doh.. doh yang pertama & seterusnya dah mulai naik)
6. Panaskan minyak yang banyak. Goreng roti dengan api sederhana sehingga roti bertukar warna perang. Terbalikkan roti kemudian bolehlah diangkat & tuskan. Susun roti di dalam pinggan yang beralas kicthen towel & bolehlah dihidangkan.
Inti Kari Kentang & Ayam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
450 gm kentang
1 cawan isi ayam yang didadu
1 biji bawang besar ~ didadu
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
sedikit minyak
air secukupnya
Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & dicuci bersih. Potong dadu kecil kentang sehingga habis. Cucur air paip kentang dadu & toskan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar dadu. Serbuk kari & serbuk cili dicampurkan sedikit air dijadikan pes. Bila bawang besar layu, masukkan pes kari tadi. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan isi ayam dan gaul rata sehingga ayam bertukar warna.
4. Masukkan kentang & air. Kuantiti air biar lebih anggaran 1 cm dari paras kentang. Masukkan garam & gula & biar sehingga kentang empuk. Sekali sekali kacau kentang agar tidak berkerak.
5. Rasa inti biar secukup rasa & bila inti agak kering, bolehlah dimatikan api & biarkan sehingga inti sejuk sebelum digunakan.
Selamat mencuba!
17 comments:
wah..nampak sedap sgt...ngences jap
aslmkum madiha.. teringin gak nak buat.. tpi kene tunggu rakyat ramai baru syok buat ..
assalamualaikum kak..
sedap nya.. nani kalau kuih2 bergoreng ni mmg suka la... lagi2 spesis camni.. ada inti tu.. macam dah jadi roti goreng la ni kan kak.. boleh cuba kalau akak dah kata leh guna resepi donat.. buat roti belum pas ni kak.. asyik dap je.. :P kekekeke..
ingat tadi akak kepilkan ngan roti potong.. lepas tu salut ngan serbuk roti.. hihihi
Saya suke kare pan ni.suke rangup2nya tu lembut n ada inti.best!!trasa2 kt tekak bila tgok karepan kak diha.haisshh.
Salam Kak ..sdp tu budak2 sure suka ni..ingat nak juga buat bila sklh nnit boleh buat sarapan pg dan bekalan...gebus npk luar pun ragup
sedapnya...
lapar la plk nengok nya..
dah pernah jugak buat kare pan ni...memang sedap sangat...
Wah ...Jepun resepi pulak kak ratna... Aduh Bila lah nak buat ni... tengok dah Tergoda ni ;-)
sedapnyer kak...nanti nak try gak lah kare pan ni...fiza ambik dulu yer kak resepi ni...=)
Assalam kak,leh bayangkan rsa kare pan nih camner,lmbut kat dlm n rangup diluar,sedapnyer..Ank2 sy pon suka savoury gini gak..
wah kak teruja zile tengok...dlm esbok ada ckit lg inti karipap belen tapi keledek la..boleh jugak la kn..
bole nampak kerangupannya...
sedapnya...
kan bgus ad jual utk bli bekpes pagi sni.
Wah mengidamnya nak makan....meleleh air liur saya. Akak punya menu semua meletop bahaya diet saya.
assalamualaikum Madihaa
wah cantik karepan tu nampak sangat ranggup tu mesti akak nak try sbb kalau yg berinti macam ni anak2 fav ni termasuk akak jugak heee
sedapnya buat minum petang kak..
salam,
Amalkan makanan sunnah?
Sila layari http://ijustbought.blogspot.com/
Facebook http://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise
untuk berbagai produk dari timur tengah.
Terima kasih.
Post a Comment