Thursday, March 7, 2013

Suji Carrot Upma


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Syukur dapat bersua lagi hari ini.. Hidup dikelilingi insan2 tersayang.  Dapat bebas kemana-mana tanpa ada siapa pun yang akan menahan... Entah apa khabarnya sahabat2 kita & juga para perajurit negara yang sedang bersabung nyawa di Lahad Datu.  Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan & keselamatan mereka semua di sana.  Bersyukurlah kita kerana di sini kita berada dalam keadaan aman & sentosa...  Bila berlaku perkara2 sebegini barulah kita dapat menilai betapa nikmatnya sebuah keamanan... 



Pagi ini MaDiHaA nak berkongsi menu sarapan pagi kami yang sudah berulang kali dibuat ni..  Tak tau kenapa MaDiHaA sangat menyukainya bila pertama kali MaDiHaA buat & rasa dulu.  Kali ini MaDiHaA ada buat ubah suai sikit ikut apa bahan yang ada dalam simpanan & juga ikut selera tekak sendiri.  Merujuk kepada resepi yang pernah MaDiHaA buat dulu & rujukan dari resepi dari Rakskitchen... maka terhasillah Suji Carrot Upma versi sendiri ni... hehe... Biasalah kan.. kalau boleh dalam semua masakan pun nak ku tambahkan sayur supaya mendapat khasiat yang seimbanglah konon-kononnya... hehe..

Versi tekap dalam acuan apam..

Untuk bulan lepas sahaja... sudah 3 kali MaDiHaA buat upma ni... Nampaknya upma ni memang kena dengan selera MaDiHaA & suami.  Kalau dah makan.. rasa tak cukup satu... ambil lagi & lagi... Tapi sayang sekali anak-anak berdua kat rumah tu.. langsung takmau mencuba.. hmmm... kadang-kadang susah nak meramal selera anak-anak.  Agak susah bila kita nak memperkenalkan satu-satu masakan baru.. walaupun benda tu sedap, mereka terus menolak bulat2 hanya kerana ia tak pernah disajikan sebelum ini... haiilah anak...  Takpelah.. harap-harap bila mereka dah besar nanti mereka akan mencuba juga...

Untuk satu resepi di bawah dapat satu loyang ini.. ini versi hiris...

Ok jom semak resepi.  Pada mereka yang suka kuih-muih versi savoury sebegini jangan lupa mencuba ye.  Memang sedap sangat... bau harum dari aroma daun kari & tepong suji yang di sangai sudah cukup menggamit selera.  Kunyahan demi kunyahan rasa tak puas apalagi bila tergigit kacang dhal yang empuk di dalam kuih ni... hmm..  kalau nak tau akan rasanya.. silalah mencubanya sendiri ya...


Suji Carrot Upma
Olahan MaDiHaA 
Sumber : MaDiHaA  & Rakskitchen

Bahan2
1 cawan tepong suji
2 1/2 cawan air
1 biji bawang besar - didadu
5 biji cili padi hijau - dihiris
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tumix/serbuk pati ayam
sedikit minyak masak
1/2 biji carrot - disagat

Bahan menumis
2 pelepah daun kari
3/4 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar kacang dhal

Cara menyediakannya
1. Sangai tepong suji dengan api sederhana sehingga terbit aroma & tepong nampak ringan tetapi JANGAN tunggu sehingga ia bertukar warna.  Angkat & sejukkan sebentar.
2. Panaskan minyak masak, tumiskan bahan penumis sehingga wangi.  Masukkan bawang dadu & hirisan cili padi.  Kacau lagi hingga bawang layu.  Masukkan air, tumix & juga garam. Biarkan mendidih.
3. Bila air mendidih, sendukkan tepong suji & masukkan ke dalam air mendidih secara menabur sikit demi sedikit sambil sentiasa dikacau supaya tepong dapat larut dengan rata.  Habiskan tepong dan sentiasa di kacau rata.  Apabila nampak likat, segera masukkan carrot yang disagat & kacau rata.  Biarkan sehingga upma memekat & kental.  Bila nampak tepong suji cukup masak segera matikan api.  
4. Angkat upma & bolehlah dihidangkan.  Jika rajin boleh tekapkan di dalam acuan yang telah dilengserkan dengan sedikit minyak atau masukkan dalam loyang yang juga dilengserkan dengan sedikit minyak & kemudian boleh dihiris2 ketika menghidang.

Nota : Jika suka upma yang agak pejal atau jenis kering sedikit.. boleh kurangkan sukatan air ke 2 1/4 cawan. Boleh hidang ke dalam piring & makan dengan sudu.  Terpulang selera masing2.




Selamat mencuba!

10 comments:

sabar dubai said...

Pernah dgr kt sini upma ni kak madihaa tp xtau ape kne cube ni...cantik carrot tuh hihi

Sizuka said...

assalamualaikum kak,

peh! nampak sedap! tapi tak tau la penghuni rumah ni yg lain makan ke tak. akak apa khabar? lama i tak singgah sini :(

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh kak ratna bikin terliur sudah... nampak sgt kelazatan dengan tayangan yg sungguh indah itu :D

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..emmm pertama kali tgk ni..dan masih lagi terfikir2 macamana cara makannya..ada cicahan ke atau macam tu ajeeeee

Azueriena said...

hmm unik ler sarapan nie kak...dier mcm kuih ker rasanya...sebab pakai tepung sugi kann...

tun_telani said...

Owh.. terasa sungguh kejakunan di sini.. haha.. xpenah penah dgr lgsg perkataan upma tuh.. baca 2-3 kali gak td kot2 la salah baca.. hihi..

Amie said...

Alahai Madiha.... kalau Madiha dah kata sedap ini yang tahan godaan ni... tak lena tidurlah jawabnya malam ni mimpi buat Suji Carrot Upma!

Unknown said...

Wow madihaa....ini one of my fav bfast....im impressed tat u suka n took time to make this urself!! Thumbs up to u

rahel said...

Pertama kali dengar menu ni tp nampak menarik bahan2nya pun senang dapat....

PH said...

Patutlah MaDiHaA suka dengan upma. Dari bahan-bahan yang digunakan, memang boleh nampak yang upma ni very aromatic dan sedap. Nanti kalau ada kelapangan, PH pun nak cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...