Wednesday, May 29, 2013

Kek Buah Kukus



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kebelakangan ni sana sini ada tayangan Kek Buah Kukus di blog kawan-kawan.  Bila dah kerap sangat nampak kawan-kawan buat tayangan.. hati MaDiHaA tak keruan dibuatnya... hehe.. Sebenarnya dah banyak juga MaDiHaA simpan resepi kek buah sejak beberapa tahun yang lalu.  Cuma seru untuk membuat belum begitu kuat.  Bukan sebab takut tak jadi.. tapi takut takde sambutan dari anak2 & suami.  Tambahan pula kek buah memang terkenal dengan rasanya yang agak manis.. jadi kalau takde sapa yang makan kat rumah... MaDiHaA juga yang jadi mangsanya.  Kek buah bukanlah menjadi kegemaran no. 1 MaDiHaA.. tapi jika dihidang didepan mata.. habis jugalah 2, 3 potong.. hehe..  Yang buat risau jika hari2 terhidang depan mata.. nanti jadi berpotong-potong pulak masuk mulut.. hahaha.. Alhamdulillah nampaknya suami & anak2 dara MaDiHaA sudi juga menjamah kek buah ni.  Cuma... macam biasalah si Haziq memang tak layan kalau buat kek atau kuih2 manis ni...



MaDiHaA kerap dengar orang merungut bila buat kek buah.. buahnya akan turun ke bawah.  Tapi nampaknya review dari kawan-kawan pasal resepi ini sangat baik.  Semua kawan2 yang mencuba mendapat hasil yang sangat memuaskan. Buah2nya elok je berselerak dalam kek & tak mendap ke bawah.  Memang puas hati dengan resepi ni.. Nak buatnya pun tak susah mana.  Cuma perlukan masa yang agak lama untuk mengukus.  Oleh kerana kek ini hanya untuk makan2 & bukan untuk disimpan lama.. MaDiHaA hanya kukus selama 3 jam sahaja.  Alhamdulillah elok masak & bila dipotong keesokkannya.. kek cantik lembab & lembut walaupun kek nampak padat.  Rasa pun sedap.  Sesuai sekali dibuat untuk hidangan hari raya nanti..  



MaDiHaA kongsikan juga resepinya kat sini ye.  Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog Hana.  Resepi asalnya adalah dari Chef Zubaidah Chepa. Terima kasih kepada semua yang terlibat ye.  Kek yang MaDiHaA buat ni MaDiHaA dah kurangkan sukatan gulanya kepada 290gm sahaja... tapi bagi tekak MaDiHaA ianya masih juga tersangat manis.. maklumlah..  buah2an kering tu sendiri pun menyumbang juga akan rasa manisnya kan.. so.. terpulang pada selera masing2 ye... bagi yang suka manis dan tiada masalah dengan pengambilan gula.. boleh je guna sukatan resepi yang asal.  Jika nak buat untuk raya elok gunakan sukatan gula yang asal sebab bila kek manis.. ia boleh memanjangkan sedikit hayat kek kita.. wallahualam..


KEK BUAH KUKUS
Resepi : Chef Zubaidah Chepa(buku Steamed Cake terbitan One Publisher)
Sumber : Hanamemories

sumber rujukan : kak.sheila.spices journey



Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA guna 250gm buah campuran + 200gm sultana + 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla


Cara Menyediakan

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.

5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.

6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).  Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji.  Petang keesokkannya barulah dipotong.


27 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya kurang minat kek buah. kalau saya makan, habis buah2 tu saya korek2 hehehe

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
nani datang amik resepi.. hari tu nampak kat rumah ummu fiji tu wat kek buah kukus.. nampak terliur sudah.. hari ni nampak kat sini.. nampak gayanya hujung minggu ni keje nani ngan sakinah, membaking nampak gayanya.. :) mekasih kak...
3 jam ye... mmg lama ni.. kalau buat kek ni, lepas tu letak dlm peti ais... nanti nak balik kg hari khamis malam.. boleh bawa kan.. :) sbb kalau letak kat luar.. of coz takde org nak abiskan.. melainkan makan ramai2 ngan adik kakak kat kampung + anak buah yg berduyun..

norhanim md zain said...

kek buah kukus nie menjadi kesukaan mak saya..nak kena cuba nie...:0)

kurus said...

alaaaaaa akak
sedapnyeeeeeeeeeeeeee
sokmoo sedap2 kak

kak pos lah sini .. saya nak order kak huhuh

Mori Said said...

Nampak sedap kek buah ni Madiha... Tapi lama sungguh nak mengukus yer...

Unknown said...

aah la kak manis kek buah ni..tapi zila pun ada dpn mata mkn je..lagi kalau sedap moist gini mau berpotong2 hehee

umi's cup cake said...

Kak madihaa,
umi pun dah buat cuma kurangkan sukatan gula tu..sedap kan..

Che Kem said...

mewah betul buahnya, nampak lembab dan kecur liur saya.

As father, i also pratic the same way. Come visit my blog
www.ladabenar.blogspot.com

norhidana said...

sedapnyer kak... antar skit kt kl hehehhe

INA said...

Salam Kak...mmg sedap resepi nie kan..saya x tunggu seminggu..2 ari dah abis..hihiii..

Ita Rossi said...

Salam Madiha..saya pun dah cuba kek ni. memang sedap berbaloi2. Jemput jenguk di dapor kita : http://pdapor.blogspot.com/

Ummi said...

Ratna,rajinnya kukus kek buah...terliur lak akak, tengok Yatie pun buat, Suejoshua pun buat...aish rasa nak raya pulak...bila la ruang ada utk akak ni...

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
nampak moist kek buah Ratna ni...pasti sedap.dulu tak suka sgt kek buah tp skrg kalau nampak kek buat nampak sedapnya.

EmbunRosaliza said...

Assalam madiha, demam kek buah kan sekarang ni, tu saya pun tak buat2 lagi, rasanya dah tentu anak2 kureng sikit kek yg ada ` sayur' mcm ni, tak pasal2 nak pilih buang dulu buah2 tu. tapi nakjuga cuba . Cantik elok je kek tu

zila norazila said...

akk mmg nmpak sedap..ramai geng2 blogger dh cuba zila masih lg keep resepi..tp suami mmg minat klu manis2 camne..tgh berkira-kira nk buat ke x..h ehhheee

cikmanggis said...

akak memang minat sangat dengan kek buah kukus ni.Sedar tak sedar habis sebiji kek jika tak kuat iman.Makan sikit sikit lama lama habis :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.madiha
memang betul2 tergoda tgk org tayang kek buah ni kan he hee sy salah sorangnya hihiik dah cuba buat memang sedaplah
tp anak2 sy x layan pun , kena bw blk kg minggu ni nampaknya
mula nampak kat blog KSheila, terus beli sepeket buah2 kering tu
ahad lepas dpt gian masak2 kek buah dan rvc

Rohah said...

Klu ada dlm simpanan, mmg berpotong2 masuk mulut ku..heheee

Sweet red cherry said...

salam kak..

kek buah ni antara kek yang ramai peminatnya..tidak terkecuali kami sekeluarga sangat suka makan kek buah ni..harus ada setiap kali raya..

tok_chik said...

asssalam madiha
ini antara kek kegemaran arwah bonda tc, juga kegemaran tc
tc pun kalau buat kek ni akan kurangkan gula...kerana buah kering yang digunakan tu akan memberikan rasa manis..

kek ni lebih sedap setelah beberapa hari,

Gee® said...

Waaaa...sedapnya kek buah... nk mintak ckit buat minum petang...

hana said...

best kan kak kan kan.... kita dah amik order kek buah nih... rata2 guna sultana berbanding mix fruits. alhamdulillah..... semua suka. mintak sket akak punyer! hehehe

rahel said...

Kita memang jeles gak tengok kawan2 tayang kek buah....ni macam dah kena panggil gak tuk buat kek buah....takpe ambik resepi dulu....in sha Allah akan dibuat..tq share resepi yg enak....mmuah..

Qasey Honey said...

wah akak pon dh try yer kek ni...jd fenomena dh kek ni skrg..rmi duk tyg sna sni..jeles lg..hihi

Kenari Putih said...

Sedapnya kek buah kukus ni... One day nak buat n nak refer resepi ni ;D

Unknown said...

Bolih share resepi ke puan,

fad4370 said...

Salam Kak,

Saya dah cuba resipe ni... Memang sedap!!!
tapi nak Tanya.. kenapa kek saya teenggelam di tengah? Air kukusan dah panas betul. Adakah sebabnya saya selalu buka kukusan untuk tambah air jadi keknya tak naik betul?

Terima kasih... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...