Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tak tahan dengan godaan dari Makcik Manggis kat FB minggu lepas. Lepas FB nampak pulak Makcik Manggis tayang kat blog. Paling tak tahan tu... Makcik Manggis atau Kak Nah kata inilah roti paling sedap yang pernah dia makan. Pastu yang menaikkan semangat nak mencuba... bila Kak Nah komen... kalau siapa2 rasa nak cuba tu jangan teragak-agak lagi... Jadi dengan jiwa & semangat yang kental & berapi2... maka menjadilah roti ini pada petang Sabtu yang lalu walaupun sebenarnya ada bahan yang tiada stok kat rumah... hahaha... Ok.. eksperimen kali ni sangat2 memuaskan hati...
Memang betul la apa yang Kak Nah cakap... roti ni memang sedap! Tambah sedap bila ada topping dari sos butterscoth tu. Memang wallah! Oleh kerana nampak resepi ni dapat sikit je rotinya... terus MaDiHaA buat sekali ganda lagi resepi kat bawah tu. Tapi sos tu buat satu resepi je... itupun berlebih2 siap boleh gunakan untuk cicah2 dengan roti.
Terima kasih pada kak Nah yang berkongsi resepi yang diambil dari Kelab Roti FB. MaDiHaA tak pasti siapa empunya sebenar resepi... apapun minta halal ye kongsi resepi kat blog MaDiHaA ni...
Jom cuba resepi roti yang sedang jadi fenomena sekarang ni.... Roti tetap sedap & gebu walaupun sebenarnya ada bahan yang MaDiHaA takde masa buat roti ni.. Jadi guna apa yang ada ajelah.. hehe..
Roti Sarang Lebah
Resipi Asal:Kelab Roti Fb.
Sumber : Makcik Manggis
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Doh Roti
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum (MaDiHaA guna 1/2 gandum + 1/2 tepong roti)
1/2 tsp yis serbuk.
1/4 tsp garam halus.
1/2 tsp baking powder.
1 tbsp gula halus.
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik. (MaDiHaA ganti dengan susu cair)
1/4 cawan minyak jagung.
1/2 cawan air suam.+-
Sapu-1 biji kuning telur.
Tabur_badam dan kuaci serta bijan.
Cara-caranya
- Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
- Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Tumbuk doh buang anginnya.Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
- Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Sapukan dengan kuning telur.Taburkan dengan badam,kuaci dan bijan.
- Bakar sehingga masak.
Sos Butterscotch
Bahan-bahannya:
1/2 cawan whipping ccream. (MaDiHaA ganti dengan susu cair tp kurangkan sikit)
Secubit garam.
1/2 tsp essen vanila.
25 gm butter.
Cara-caranya:
- Cairkan butter.Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
- Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan.
- Akhir sekali masukkan essen vanila.Padamkan api.Kacau sehingga rata.Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
- Tuangkan ke atas permukaan roti.
Selamat mencuba!
8 comments:
nampak sedap. tapi tak manis ke kak
Amboi! Rasa-rasa nak cubit sikit...
salam singgah
sedapnya kak...
salam singgah
sedapnya kak...
wah, sedapnya bun tu kak..
Wah! gojesnyaaa....
Nampak sedapnya kak roti sarang lebah tu ha
sedapnyeee..nak try gak ler..mekasih share resepi..
Post a Comment