Assalamualaikum & salam sejahtera....
Jumaat kembali lagi.. Alhamdulillah aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi MU ini ya Allah...
Pagi Jumaat yang mulia ini seperti biasa MaDiHaA kongsikan dahulu tempahan baru2 ni ye. Tempahan Pulut Kuning Berhias untuk hantaran yang ditempah oleh Lala dari Kajang. Sanggup mak & abang Lala datang jauh2 ambil pulut kuning ni. Awal pagi dah sampai.. ye lah.. banyak lagi perkara yang perlu diuruskan di rumah untuk majlis pertunangan tu kan. MaDiHaA sedia maklum dan memang MaDiHaA akan siapkan sebelum customer datang. Terima kasih tak terhingga di atas kesudian puan (ibu Lala) yang sudi menempah pulut kuning ni dengan MaDiHaA. Jika ada yang terkurang mohon dihalalkan dunia & akhirat ye.
Lala inginkan deko yang sama seperti deko yang pernah MaDiHaA buat terdahulu. Senanglah MaDiHaA tak payah pening2 fikir nak deko macamana bila dah ada contoh diberikan.. hehe... Cuma macam biasalah setiap kali mendeko pasti ada sikit kelainan bergantung pada bahan yang ada pada hari tu..
Pada yang teringin nak menempah bolehlah hubungi MaDiHaA di talian yang tertera di sebelah kanan tu ye.
Terima kasih..
2 comments:
cantik kak !
alahaiii...sayangnya nak otong2..nak makan...comel ja burung tu..
Post a Comment