Bertemu
lagi kita di hari Jumaat yang mulia. Marilah kita sama2 perbanyakkan
berselawat ke atas Nabi S.A.W junjungan kita kerana terlalu banyak
fadhilat & kelebihannya jika kita mengamalkannya... tak dapat
MaDiHaA nak huraikan kat sini fadhilat & kelebihannya kerana ia
terlalu banyak... tapi antaranya ialah Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa
yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.). Rugi kita jika tidak merebut peluang ini sementara kita masih
menumpang di bumi Allah S.W.T yang sementara ini.
Oklah di hari Jumaat yang mulia ini MaDiHaA ingin berkongsi
gambar2 tempahan pulut kuning berhias yang ditempah oleh En. Khalid baru2
ni. Beliau menempah 2 biji pulut kuning berhias... satu untuk hantaran
& satu lagi untuk majlis hari jadi.
Permintaan En. Khalid minta dideko seperti pulut kuning yang ditempah oleh Puan Kamariah DULU
untuk kedua2 pulut kuning tersebut iaitu menggunakan hiasan capsicum
berisi serunding, telur dadar, tomato ceri & bunga dari timun
Jepun. Tapi MaDiHaA
gubah kedua2nya dengan gubahan yang berlainan sedikit dari gubahan yang
dulu
tu. Jadi takdelah nampak sama 100% seperti pulut yang dulu tu. Harap
customer
berpuas hati ye..
Masih mengekalkan kedudukan capsicum yang berisi serunding
daging di bahagian tepi.. & dihiasi gubahan bunga dari timun jepun, tomato
ceri dan lain2.
Customer minta diisikan dalam kotak transparent untuk pulut
hantaran ni. MaDiHaA kenakan caj tambahan untuk kotak ini ye sebab kotak
ni lebih mahal dari kotak kek yang biasa tu.
Untuk pulut hari jadi pula.. MaDiHaA gubah dengan meletakkan
capsicum di tengah2 pulut & dikelilingi bunga2 dari timun Jepun & juga
tomato ceri.
Terima kasih di atas tempahan ini ye En. Khalid. Jika
ada yang terkurang mohon di halalkan.
Jika ada yang berminat nak menempah bolehlah hubungi MaDiHaA
di nombor yang tertera di sebelah kanan tu ye. Tapi sekarang ni MaDiHaA
hadkan pengambilan tempahan mengikut jadual catuan air di kawasan rumah
MaDiHaA. Susah juga bila air takde nak ambil tempahan. Harap
pelanggan semua memahami ye.
Terima kasih.
7 comments:
Salam, kalau nak tempah yang macam ni, charge berapa?
kita suka akak punya pulut kuning. kalau kawen nak tempah la. eh tiba2 hihi
Cantiknya pulut kuning...aritu ada kastemer nk tempah pulut kuning,tp tiada keberanian nk amek order tu..kesian juga terpaksa hampakan hajat org..
Nak tanya tomato ceri n telur dadar gulung tu ada cucuk ngan apa2 tak?nampak elok jer kedudukan tu?
Mana tau kan pasni berani amek order hihiiii..boleh sekodeng sini sbgai sumber inspirasi
Cantik!
salam kak madihaa..
mengancamnya pulut kuning tu..memang cantik..
salam singgah..
Menarik jadikan kek hantaran dan majlis kesyukuran😀
Post a Comment