Pagi2 tayang lauk pulak kan. Takpelah.. mana tau boleh bagi idea pada ibu2 untuk masak apa tengahari ni. Ini lauk 2 in 1 paling mudah disediakan tetapi sangat enak di makan dengan nasi putih. Ini menu express bila nak cepat... Anak2 pun suka makan lauk macam ni sebab tak pedas. Kalau nak makan berkuah.. cuma tambah dengan sup sayur je kan. Bagi yang biasa masak lauk 3, 4 jenis lauk tu.. bolehlah tambah apa2 lauk yang dirasakan sesuai. Bagi MaDiHaA kebiasaannya.. hanya masak 2 menu saja. Jarang2 jadi 3 menu dalam masakan harian kecuali ada lauk yang anak2 memang tak boleh makan kerana pedas ataupun sebab lauk tu memang bukan kegemaran anak2... Terpaksalah masak lauk untuk mereka.
Ok dah jom tengok resepi mudah ni....
Ayam Goreng Kunyit dengan Sugar Snap Peas, Celery & Capsicum
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong saiz kecil & bersihkan (MaDiHaA buang kulit ayam setiap kali sebelum memasak)
garam & serbuk kunyit
1 biji capsicum kuning saiz kecil ~ potong dadu
1 ~ 2 batang celery ~ dihiris serong
1 pek sugar snap peas (boleh juga guna snow peas jenis peas yg nipis tu) ~ buang hujung & pangkalnya
1/2 cawan air
Garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis
1 labu bawang besar ~ dimayang memanjang
1 biji cili hijau ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 inci halia ~ dihiris nipis atau hiris btg mancis
Cara menyediakan
1. Ayam digaul garam & serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak, tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan dahulu.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan tumis hingga naik bau. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit & sedikit garam. Masukan 1/2 cawan air, capsicum, celery & sugar snap peas & kacau sebentar.
3. Masukkan ayam goreng & kacau rata. Rasakan garamnya & jika dah terasa garam bolehlah matikan api & hidangkan.
Selamat mencuba!
4 comments:
salam singgah cari makan
Salam Madihaa..sedap lak menu ringkas camni..mau nambah2 nasik gak.:)
salam kenal
terliur pulak datang time lunch ni :)
Assalam
Lauk feberet ank manja sy tu Sarah
Tp kacang mamanya yg mkn la he hee
Sedap mkn dgn nasi panas kan
Post a Comment