Assalamualaikum & salam sejahtera...
Alhamdulillah... Jumaat yang barokah ini.. marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Di kesempatan yang ada.. perbanyakkanlah amalan kebaikan sesama makhluk Allah & gandakanlah ibadah terhadapNYA. Kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yg fana ini. Jika sudah tiba masanya... sesaat pun ia tidak akan tertangguh. Semuanya sudah pun tertulis di luh mahfuz... Hidup di dunia ini hanya sementara umpama kita mencelupkan jari ke dalam lautan yang luas terbentang. Air yang melekat dijari kita itulah tempoh masa kita dimuka bumi ini... sedangkan air di lautan yang luas terbentang itulah masa yang akan kita lalui di akhirat kelak. Betapa rugi jika kita tidak mengambil peluang yang ada hanya sedikit ini untuk memperbanyakkan bekalan untuk ke akhirat nanti... sama2lah kita renung2kan.. Wallahualam..
Oklah... panjang pula intro MaDiHaA hari ni ye... MaDiHaA tak pandai nak bertazkirah... sekadar yang terlintas di fikiran itulah yang MaDiHaA tulis.. Jika ada salah dan silap mohon ditegur ye.
Pagi ni MaDiHaA hidangkan sarapan ala kampong buat tatapan semua. Pisang tinggal beberapa biji & bila dilecek dapatlah dalam secawan. Buat jemput-jemput pisanglah kita... lagipun anak2 memang suka dengan jemput-jemput pisang ni. Ada juga sikit lebihan nasi dingin yang tak habis di makan malam sebelumnya. Dapatlah juga MaDiHaA buat nasi goreng. Cukuplah hidangan sarapan untuk kami 4 beranak.
Resepi Jemput-jemput Pisang je ye. Tak kisahlah walaupun semua orang dah pandai buat.. letak je resepi kat sini senang anak2 MaDiHaA nak rujuk satu masa nanti.
Jemput-Jemput Pisang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 cawan pisang yang dilecek
1 cawan tepong gandum
2 - 4 sudu besar gula (bergantung keadaan pisang... jika terlampau masak letak 2 sudu je)
secubit soda bikarbonat (ukuran sudu penyukat 'pinch') ~ diayak jika berketul2
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan
1. Campurkan pisang, gula, tepong gandum & soda bikarbonat yg diayak & gaulkan rata2.
2. Panaskan minyak & gorenglah jemput2 sehingga garing kedua2 belah. Angkat & hidangkan
Selamat bersarapan...
5 comments:
aduh kak sedapnye!! kombinasi yg perfect di pagi hari...nasi goreng ngan jemput2 pisang...air ape akak buat tu...kalo ade kopi mmg terbaik la kak....
Jemput-jemput pisang mmg feberet...kalah semua jenis kek.
jemput pisang ni lagi banyak pisang lagi sedap kak..ohhh sedapnya..
sedapnya kak madiha....fiza suka cokodok pisang ni...tp fiza x suka nak buat....huhuhu...bak sepiring kak..
mantap bener resepnya...
http://kesehatanku.net/
Post a Comment