Tuesday, April 22, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Nismilan Ketam dengan Timun Tua

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Panjangnya nama resepi... Semua nak bagi masuk belaka... gasakk... hehe... Selera kami kalau masak lemak cili padi lebih suka masak gaya Negeri Sembilan yang tak guna bawang.  Hanya menggunakan cilipadi & kunyit hidup semata2.  Dahla jimat belanja... rasa pulak sedap sangat!  Biasanya bila masakan berasaskan lauk memang masak macam ni.  Tapi kalau berasaskan sayuran barulah letak bawang bagai.  Ma MaDiHaA belajar masak ni dengan kawannya masa mula2 masuk Felda dulu.. masa tu MaDiHaA masih sekolah rendah lagi.  Kat Terengganu memang takde masak gini.. kalau masak lemak biasanya gunakan lada hitam jarang guna cili padi.  Bila dah kawin rupanya mertua pun masak gaya gini juga.  Rupanya orang Pahang pun pandai masak style gini.  Biasanya mertua masak cara ni bila menggulai ayam, daging atau siput sedut.  Memang sedap!


Ni lauk hujung minggu beberapa minggu lepas ni.. Kebetulan suami cuti minggu tu & MaDiHaA pula takde tempahan.  Dapatlah pergi ke pasar besar PJ.  Dah berbulan2 entah2 dah setahun lebih tak pegi ke pasar besar tu maklumlah jarak pun jauh sikit dari rumah.. Bila dah ke pasar  barulah dapat beli lauk2 yang jarang beli sebab biasanya suami beli lauk kat kedai runcit berhampiran rumah je.  Tak banyak pilihan sangat.   Bila nampak ketam ni belilah sekilo menghilangkan rasa teringin.  Dapat 4 ekor.. ngam2 sekor sorang.  (masa ni kakak Dini kat asrama tak balik PJ). 

Oklah kongsi jugalah resepi mudah ni buat koleksi di blog kesayangan MaDiHaA ni....

Gulai Lemak Cili Padi Nismilan Ketam dengan Timun Tua
by MaDiHaA

Bahan2
1kg ketam bunga ~ disiang & dibersihkan (boleh potong dua jika suka)
1/2 biji timun tua ~ dibelah, buang biji & hiris tebal (optional)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

Bahan tumbuk halus
15 biji cili padi (nak pedas lagi boleh lebihkan)
2 inci kunyit hidup

Cara menyediakan
1. Campurkan santan dengan bahan tumbuk, serai & ketam. Jerang hingga mendidih sambil dikacau2 supaya santan tidak membuak.
2. Masukkan asam gelugur, timun tua & garam secukup rasa.
3. Bila timun dah lembut sikit bolehlah matikan api & sedia dihidangkan.

Selamat memasak...

 

6 comments:

lieyalatif said...

ya Allah kak...telan2 air liur lieya tgk kak oiiii..sedapnye...issshh ni rase weekend ni nak cari ketam ni kak.... sedap ni mkn gitujek ngan nasi...tak yah dah lauk2 lain ekekekekeke....

Fazleyatul Aini said...

wuishhh lama tak pekena lemak ketam. biasa ketam masak sup makan dengan cili kicap. fuih keliur plak hihi

LiNa_Pg said...

Sedapnya..lama tak makan ketam..

Bbwana adienia said...

seleranya saya tengok ketam tu kak..

Ayu said...

Assalam Ratna,
wah ketam masak lemak cili api sedap ni..tengok isi ketam tu mampat2...:)

Yana Shaiful said...

Nsb baik akk xletak nenas kan..klu x lg panjang nama resepi tu hihii..

Sedapnya tgk ketam tu..dh lama xmkn..mst pedas menyengat nii lemak cili api nismilan..sodappp ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...