Assalamualaikum & salam sejahtera....
Dah bersarapan ke semua? Ini sarapan ringkas yang sempat dibuat untuk anak2 & suami pagi ni. Nampak roti sandwich yang dibeli lambat je luak. Lebih baik digoreng macam ni.. tentu habis. Anak-anak & suami memang tak suka makan roti dengan jem atau kaya pagi-pagi. Selera mereka memang tak boleh terima sarapan manis2 di pagi hari. Kalau nak buat makanan manis atau kuih2 versi manis... wajib ada sarapan yang tak manis juga... Kalau buat untuk minum petang barulah mereka makan. Kalau dah hari bekerja & bersekolah.. bila masa pula nak minum petang di rumah. Balik kerja je dah sibuk nak memasak untuk makan malam... hihihi....
Oklah dah selamat dah roti tu MaDiHaA buat French Toast pagi tadi. Alin pun berbekal roti ni juga ke sekolah. Cuma Haziq tak taulah selera makan atau tidak. Dah 2 hari tak ke sekolah sebab demam, pening & tak selesa perutnya. Selera pun kurang. Mujur ayahnya kerja shift malam minggu ni.. dapatlah tinggalkan Haziq dengan ayah dia. Harap2 esok dah boleh ke sekolah.
French toast kali ni MaDiHaA buat berlainan sikit caranya. Bahan2 asas yang lain sama je.. cuma penggunaan susu je berbeza. Biasanya MaDiHaA campurkan dengan susu tepong dalam bancuhan telur. Tapi kali ni dicampurkan dengan susu segar idea yang dikongsi oleh Lieya Latif tak lama dulu. Senang nak bancuh berbanding susu serbuk sebab guna susu segar susu mudah bercampur dengan telur. Kalau susu serbuk tu kadang2 masih ada yang berketul2 tak larut betul.... Apa pun terima kasih pada Lieya kongsi idea & tips yang bagus ni ye... Akak minta halal kongsi idea Lieya ni kat blog akak pula... TQ dear...
French Toast (cara Lieya Latif)
Sumber : Lieya Latif
By MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
Roti sandwich secukupnya
Butter/ marjerin secukupnya
5 biji telur A
Garam secukup rasa
1 sudu kecil rata serbuk lada sulah atau secukupnya
3 sudu besar susu segar
Cara menyediakan
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah & susu segar. Kacau rata.
2. Panaskan non stick pan. Masukkan sedikit butter/marjerin.
3. Roti dipotong 3 segi atau ikut suka. Nak letak sekeping pun boleh. Celupkan roti dalam bancuhan telur tadi dan masukkan dalam pan tadi hingga memenuhi pan.
4. Goreng hingga agak garing kedua2 belah.
5. Siap dihidangkan begitu saja atau dengan sos kegemaran.
Selamat mencuba!
4 comments:
Salam ukhwah, 1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking..sedap freach toast tu, kalau mkn time sarapan mmg best tu.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita
Menu simple tapi memang sedap...
Salam Kak..saya panggil roti telur..masa saya kecil arwah abah saya suka masak untuk kami adik beradik..sedap..masak garing2 skit..
Akak pun suka buat roti goreng telur ni untuk anak2 pergi sekolah mandihah..
Senang dan disukai oleh anak2 kan :)
Post a Comment