Thursday, April 24, 2014

Bilis Goreng Cili Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni kongsi menu hujung bulan plak ye... hehe.. Menu poket kering namanya.  Selalunya terjadi bila dalam peti sejuk kehabisan stok lauk basah, maka ikan bilis & telur lah yang jadi penyelamat keadaan.  Walaupun lauk kering2 macam ni.. tapi makan dengan nasi panas2 memang terangkat.  Kalau ada bubur nasi pun sedap juga layan dengan lauk kering2 macam ni.  Kadang2 tu.. bukan sebab kehabisan lauk dalam peti sejuk je masak lauk macam ni.. jika dah takde selera nak makan ayam atau daging... ikan bilis masak macam ni memang boleh bangkitkan selera.  Nak pulak masa kita nak bersahur...



Ok dah... layan jelah resepi sempoi lagi pagi ni ye...

Bilis Goreng Cili Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Segengam penuh ikan bilis ~ bersihkan perut & buang kepalanya
5 biji cili hijau ~ dihiris serong
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
secubit garam

1/2 sudu kecil gula atau secukup rasa
1 sudu kecil perahan limau nipis 
minyak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak (jangan byk sgt) Goreng ikan bilis hingga garing angkat & toskan dahulu.
2. Dalam kuali yang sama tumiskan bawang besar, bang putih & cili hijau yang dihiris hingga layu.
3. Masukkan gula, garam & perahan limau nipis. Masukkan bilis goreng tadi & kacau rata.
4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!




5 comments:

lieyalatif said...

uih sedap ni kak....dpt makan ngan bubur mmg terangkat lah...

ni la lauk2 selain sardin kalo dah tak tau nak masak ape kan kak...tapi awas....mmg boleh bertambah2 nasi dibuatnye kekeekekekekeke

Fazleyatul Aini said...

warghhh sedapnya ! makan dengan nasi + kicap
nak bukak puasa makan ni la. request kat mak ! hihi

Cheida_Mymee said...

saya selalu goreng ngan cabai kering..
ni masa tengah goreng makan skali sedappp hahaha sedar2 nak hidang x cukup haha..
selalu buat letak dlm moi utk org2 sakit haha

Lydia Miza said...

Sedap ni kak. Klu sy ni mesti habis cili hijau tu sy mkn sorang

Amie said...

Madihaaaaa..... teringat lauk gini Bonda masak untuk lauk sahur time bulan puasa masa kecik2 dulu! Nostalgia betul....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...