Thursday, April 17, 2014

Kek Pisang Marble Cappuccino



Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Kawan MaDiHaA iaitu tuan tempat transit anak MaDiHaA si Haziq ada bagi  sesikat pisang.  Masa dia bagi tu pisang tu sedang elok boleh digoreng.  Hajat dihati nak buat pisang goreng cheese.  Tapi stok cheddar cheese plak takde. Dok tunda2 beli cheese sampai pisang pun dah naik lebam dok dalam peti sejuk.  Minggu ni giliran en. suami memasak sebab dia kerja malam... jadi keraplah dia buka peti sejuk tu.. maka selalulah ternampak pisang dalam tu... en. husband dah perli2 katanya "aiii... dari secantik2 pisang sampai dah naik lebam kulit pisang ni..." hahahaha... Kesian pisang tu terbiar disebabkan kesibukan pun ye juga.  Aduiii... sekarang ni memang semakin hari semakin sibuk rutin harian MaDiHaA. Nak cuba resepi2 baru pun selalu je tertunda2.. tunggu hujung minggu konon... tapi sibuk pula dengan tempahan.. hehe..

Disebabkan pisang dah lebu kata orang Terengganu... tak sesuai dah la nak digoreng atau dipengat.  MaDiHaA buat kek jelah sebagai penyelamat walaupun tak sure sesuai atau tak pisang jenis tu dibuat kek.  Alhamdulillah.. elok je kek & sedap.  Tapi tulah.. ingatkan dah selamat.. rupanya cuma luak 2 biji aje pun.. pisang tu besar, kuantiti pisang yang digunakan dalam kek pulak tak banyak... jadi masih ada lagilah pisang dalam peti sejuk tu... nanti kita fikir2 nak godek apa pula ye.. hehehe...

Terima kasih pada Mat Gebu untuk resepi kek ni ye.  Memang sedap & gebu yang amat. Manis pun sedang2 je... cuma pisangnya tak begitu terasa sangat sebab hanya guna 2 biji je kan.  MaDiHaA terpaksa ubah nama kek ni jadi Kek Pisang Marble Cappuccino.  Nama resepi asal ialah Banana Mocha Marble Cake.  Rupanya kat rumah dah kehabisan perisa mocha. Yang ada hanya cappuccino... so kita belasah jelah... Untuk resepi asal boleh tengok kat blog Mat Gebu kat link kat bawah tu ye.  MaDiHaA ada ubah2 sikit dari resepi asal ikut bahan yang ada kat rumah MaDiHaA... Harap Mat tak marah ye..


Kek Pisang Marble Cappuccino

By : MaDiHaA aka Ratna



BAHAN-BAHANNYA 
250 gram tepung gandum* 
1 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
5 biji telur gred A
15 gram ovallate
100 gram mentega, dicairkan
125 gram minyak jagung
250 gram pisang, dilecek halus
120 gram gula kastor (nak manis sikit boleh tambah sikit lagi gula ye)
1 1/2 camca teh perisa cappuccino

1 camca teh pewarna perang/brown colour




CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan bunt pan dengan mentega. Taburkan tepong pada acuan hingga rata kemudian tepuk2 acuan & buangkan lebihan tepong. Ketepikan. Putar gula kastor, ovallate & telur dengan kelajuan tinggi hingga pekat seperti adunan kuih baulu. 

2. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang yang telah dilecek, putar rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga sebati. Tuang mentega cair dan minyak jagung, gaul rata dengan spatula hingga sebati. 

3. Cedok keluar 2 cawan adunan kek dan masukkan perisa cappuccino dan pewarna perang. Kacau hingga rata. Tuang adunan pisang ke dalam acuan kek, kemudian sudukan adunan perisa cappuccino, lorekkan dengan cop stick untuk mendapat kesan marble. 

4. Bakar selama 35 - 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven anda. Bila masak, sejukkan kek sekejap, kemudian keluarkan dari acuan dan biar sejuk sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan untuk minum petang dan sebagainya..


Selamat mencuba! 

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

feveret kek pisanggggggggggg

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam.Bau kek pisang dah mai sini..!!!!sedapnya

LiNa_Pg said...

Cantik sangatttt...gebu

hazila said...

Sedap nampak kek pisang, tak jemu di makan bila bila masa.

Sweet red cherry said...

salam kak..

pasti kek pisang ni tambah sedap dengan perisa cappucino

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik gebusss akak tengok kek pisang Mocca Madihah ni... rasa nak ambil sepotong jer :)

IeRA said...

salam pagi kak..

saya mmg suka kek pisang ni, pantang ada stok pisang mesti buat kek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...