Monday, May 19, 2014

Murtabak Megi Simple

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seminggu lebih tak update blog.. rindu sangat rasanya.  Tak tau kenapa tiba-tiba takde mood nak update... Malas bebenor nak edit semua gambar2 tu. Adatlah manusia ni kan... pasti ada pasang surutnya.  Harap hari ini permulaan yang baik dan akan membawa kerajinan yang terus menerus buat ku untuk update blog masak-masak ku ini.. hehehe...


Untuk permulaan.. resepi mudah lagi sempoi... pertama kali buat untuk anak2 setelah sekian lama.  Teringat mula2 makan benda ni sorang kakak atendan pam masa zaman kerja dengan Mobil Jalan Selangor dulu... hehehe..  Teringat kenangan kerja kat situ... semuanya manis belaka untuk dikenang.  Sekarang semuanya tinggal kenangan tersemat indah dalam sanubari... hehe...

Oklah dah merapu meraban pulak makcik ni nak jiwang karat... hahaha..... mari tengok resepi mudah ni. Takde letak daging apa2 pun.. hanya guna telur saja.  Tapi sajalah nak guna nama murtabak juga. kikikikii...

Murtabak Megi Simple
by : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 bungkus kecil megi kari
4 biji telur
1/2 biji lobak merah ~ disagat strip
1/2 biji bawang besar ~ didadu
sedikit hirisan daun sup & daun bawang
sebiji cili merah ~ hiris ambil kulitnya sahaja.. buang bahagian biji & dadu halus (optional)

Cara Menyediakan
1. Rebus mee hingga lembut & toskan
2. Pecahkan telur & taburkan 1 1/2 perencah kari megi dalam telur & bancuh rata.
3. Masukkan semua bahan2 lain serta mee yang ditos.  Gaul rata.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick atau kuali biasa.  Sendukkan mee & ratakan mee supaya nipis.  Masak hingga kekuningan kedua2 belahnya.  Masak sehingga habis.
5. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili jika suka.

Selamat mencuba!

9 comments:

LiNa_Pg said...

Sedap ni makan panas2.Cuti sekolah nk dekat dah...mmg kena plan macam2 menu kudapan la kat depa

Sweet red cherry said...

simple tapi sedap ni kak

MamaFaMi said...

Huwaaaa... laparlah tetiber!

lieyalatif said...

tu le kak...ternanti2 mane laa pic makanan akak nie...baru nak cuci mate heheheeheh

wahh kak sedap nie....biase yg megi2 ni mmg budak2 suke.... sesekali buat syok gak kan kak....nanti nak try la...cantik jek versi akak nieh...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam mudah tu Madihah.. boleh akak mencubanya nanti :)

Lydia Miza said...

Nmpk sedap murtabak kak ratna ni . Perut tgh lapar:)

Fazleyatul Aini said...

semalam pun kita buat murtabak megi buat minum petang

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. tun pon biasanya kalau wat murtabak megi ni letak telur je. mmg xde nk letak2 daging ke ayam ke.. dh nama menu express kan. hihi

ICook4Fun said...

I suka murtabak especially makan dengan jeruk bawang besar. Tapi tak pernah buat dengan mee maggi. Ni I kena try buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...