Friday, October 22, 2010

Laksa Lemak


Salam Jumaat semua....


Masa SIL (yg bagi mangga muda tuh) datang beraya tempohari.. sempat gak aku buat laksa lemak untuk dia.. Sebenarnya memang tekak ni teringin nak makan.. tak puas makan laksa lemak masa pegi  beraya rumah sepupu kat Trengganu aritu (cerita ada dlm fotopages).. buat utk SIL ni pun dah 2nd time ler..  kira dah berturut hari jugaklah buat laksa ni.. sebab hari sebelumnya tu dah buat dah sekali.. siap boleh bagi kat jiran lagi... anak2 tak cukup mintak dibuat lagi.. disebabkan ikan rebus masih banyak.. aku pun buatlah lagi 2nd time.. alang2 SIL pun nak dtg dgn kawannya... kawannya pulak ore Kelate... memang molek benarlaa..  kawannya siap makan laksa dengan tangan lagiiii... memang gitulah cara orang2 tua dulu2 belah Trengganu atau Kelantan makan laksa lemak ni.. arwah ayah aku dulu pun lebih suka gunakan tangan bila makan laksa lemak ni... org2 muda zaman skrg je yg akan rasa pelik bila nampak org mkn laksa guna tangan lebih2 yang dok kat bandar ni.. hehe..  hmmm.. kalau sapa2 makan laksa lemak guna tangan tu.. kiranya memang piorlah dia tu org Trengganu / Kelantan..  hehehe..  Nak tau kenapa makan laksa lemak kena guna tangan? Sebab... senang nak perah asam limau & nak hancurkan & gaul belacan dalam kuah tu.. hehehehe...

Resepi ni sangat mudah.. ada macam2 versi jugak.. tak kisah.. yang penting sedap..
Bahan2
1 kilo laksa segar ~ rendam dalam air panas seminit kemudian di toskan.
atau
1 pkt laksa kering ~ direndam dan direbus hingga lembut
atau
boleh juga buat laksa sendiri... (lom pernah wt sendiri laksa... cuma pernah tgk ma buat dulu2)

Bahan2 Kuah Laksa
600 gm ikan kembung/ikan selayang ~ bersihkan & rebus + 3 keping asam gelugur + 1 s/k garam + 1 cwn air
6-7 ulas bawang merah ~ belah 4
2 sudu kecil lada hitam ~ tumbuk halus (boleh ganti dgn lada sulah jika nak kuah cantik)
1 biji kelapa/ 1/2 kg santan pekat + air lagi ~ ambil santan secukupnya (agak2 ikut kepekatan kuah)
2 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 (optional)
garam & serbuk perasa
tambah air ikut kepekatan kuah

Bahan2 Ulam & Sampingan Yang Lain
Belacan bakar
Garam halus
Cili kering + cili merah giling (MaDiHaA blend jer)
Timun ~ hiris halus memanjang
Kubis ~ hiris halus
Taugeh ~ buang akar
Kacang Panjang ~ hiris halus (takde stok)
Limau nipis 

Cara2 Menyediakan Kuah Laksa
1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.  Kisar isi ikan + bawang merah + air sikit hingga halus.  Tuang dalam periuk.
2. Jika suka.. boleh blend tulang/kepala ikan rebus tadi dengan air & tapis 2 kali sebelum dimasukkan ke dalam periuk kuah.  Jika tak suka.. abaikan step ini.
3. Masukkan santan ke dalam periuk secukupnya. (Jika masih pekat boleh campurkan lagi dengan air)  masukkan dlm periuk kuah tadi asam gelugur, bunga kantan serta garam & perasa.  Masak hingga mendidih & secukup rasa sambil sentiasa dikacau. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Nota MaDiHaA :  Semasa nak makan laksa... taburkan atas laksa dengan ulaman, cili & sikit belacan.  Perahkan asam limau & hancurkan belacan dalam pinggan kemudian digaul rata. Rasakan masinnya.. jika kurang masin.. boleh tambah lagi serbuk garam sebelum makan. Kalau ikut cara orang Trengganu atau Kelantan.. semasa masak kuah tak perlu letak garam.  Garam diletak semasa nak makan. Maksudnya.. sapa nak makan.. kena ambil sendiri garam ikut citarasanya sendiri. Tapi dalam resepi tu MaDiHaA terus masukkan garam.. & jika ada sesiapa yang 'kuat masin' bolehlah tambah lg garam semasa atas darat.


Selamat Mencuba!!

4 comments:

Anonymous said...

salam madiha...wahhh sedapnya tengok laksa lemak tu...lama betul ima tak buat...sejak dah jumpa kedai yang jual laksa ikut selera kita...hihi

K.Nor said...

tumpang makan laksa.. kalau ada daun selasih lagi terangkat kan :)

mamasya said...

Laksa lemak ni mmg suka sokmo....tambah set lengkap sambal..belacan dan garam..kalau org Kelate mkn gini caranya.
re; Syakirah mulut ringan tp jln baru skrg ni laju... org tua2 cakap kalau ringan kaki..mulut berat sikit dan sebaliknya....
Alin...nanti pelan-pelan dpt cakap jugak tu...dah pandai cakap ni jenuh nak melayan nanti..dok pot pet pot pet...hi.hi

Syarih said...

Wah lama tak pekena laksa lemak Kelantan nih...nanti kena pergi beli lah..nampak sedap sangat la gambar tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...