Salam..
Ok.. hari ni layan menu kampong yer.. thanks to my hubby & MIL yang perkenalkan resepi best nih..
Bahan2
30 keping jering cambah/ jering tanam (30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat
30 keping jering cambah/ jering tanam (30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya
Bahan2 Ditumbuk Halus
15 - 20 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
15 - 20 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup
Cara2 Memasak
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit arinya jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi seperti dalam gambar kemudian dibasuh & tos.
1. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
3. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak.
4. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
5. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...
5. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...
Selamat mencuba!
6 comments:
salah satu menu kegemaranku yg diulangtayang oleh kak madiha membuatkan aku rasa nak belari gi pasor dungun cari jering kemo haha
Waduhh..boleh penggsann ni kalau makan..hehe
sedapnya madiha!!!cm memang suka sangat sambal camni tapi tak dapat "kelulusan" sirim haha bau selepas makan kihkih.
wahh cam sedap jerr petai leh tak wat camni.. nak cubalah..
Jering cambah...teringat masa kecik2 dulu..atok dg nenek kalau beli byk jering, tanam dlm pasir..ingatkan nak tanam... tp lepas tu atok korek balik..basuh dan makan buat ulam..baru tahu rupa2 kalau nak mkn jering cambah gitu caranya dan salah satu cara agar jering tahan lama. tp skrg mmg dah tak dpt merasa...kat kg pun dah tak da peminat jering cambah
re; ketam kat sinipun mahal..yg size besar RM18 kg..kalau yg kecik dptlah murah sikit.susah nak dpt yg fresh....
dh lama tak makan sambal jering...blk umah mertua kene survey buah jering tepi umah tu..hehehehe
Post a Comment