Friday, January 21, 2011

Garlic Mashed Potato

Salam Jumaat buat semua... 
Hari ni rasa macam malas je nak bangun bersiap pegi kerja.  Sebab semalam dah seronok cuti kan... hehe.. Tapi sebab anak nak sekolah.. tak boleh nak mengelat.  Nak ambik cuti pun malas sebab alang-alang nak bangun pagi jugak.  Baik kerja aje. Lagipun takde nak kemana2... 
Oklah.. hari ni nak masukkan menu kesukaan anak-anak..  menu kentang lagi ni.. hehe.. buat ni pun sebab nak habiskan lebihan kentang masa buat baked potato hari tu... kentang yang dikorek keluar tu takkan nak dibuang pulak.. tak elok membazir kan? Jadi aku godek2lah buat kentang putar ni... Aku cuma tambah sikit je lagi kentang.  Pernah buat sekali dulu garlic mashed potato ni... tapi masa tu malas nak buat kuah/sosnya.. kali ni baru rajin sikit. Resepinya ambil dari dapur Hana. Resepi asal dari MyR. Terima kasih pada empunya resepi & juga Hana.. Akak C&P kat dapur akak pulak ye..

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper 
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( MaDiHaA guna sos hoisin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY! 
Ok.. selamat mencuba!

13 comments:

Siti Mariam Hussain Zaki said...

Salam kak,mariam baru teringat nak buat chicken chop mlm ni,nak buat kentang putar jugak tapi dok cari2 resepi yg sesuai,sebelum nih buat kentang tuh suami ckp kenapa rasa mcm nestum je..kali nih nak try resepi ni pulak la..mintak izin nak cnp nanti ye kak..hehe.. ;-)

izahdaut said...

akak...saya pun dah pernah try resepi ni...memang suka...sedap wangi..dlm hati rasa cam sedap dari restoren lagi..hihihi..

So Shy Lady (SSL) said...

salam jumaat,

dtg jguk dapur madiha..heheh, nk cari idea utk msk ptg ni...

anymz said...

sedap kan Diha,akak pun suka.selalu buat setiap kali goreng ayam kepci atau buat chicken teriyaki.

KakAsma said...

mmg thumbsup nie...hasil tangan sendiri..penah gak buat sedap cam izah kata...ni yang nak buat lagi nie..aduh!!! dah panjang senarai

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MARIAM: sedang eloklah boleh cuba resepi ni.. harap menepati selera cik abang mariam ye.. hehe.. akak pun tiru resepi orang gak ni..

IZAH DAUT: yelah.. ramai yg dah cuba resepi ni.. akak je yg ketinggalan keretapi.. hehe...

SO SHY LADY: sila2... tengok2 apa yg berkenan yer..

ANYMZ: a'ah kak sedap.. anak2 suka.. aritu buat sbb nak habiskan kentang lebihan yg ada tu... takde perancangan nak buat benda lain pun.. lenkali leh buat side dishes kalau2 rajin steak atau goreng ayam ala kfc tu.. heee..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAK ASMA: tulah.. tak rugi mencuba & lebih jimat buat sendiri gini kan? samalah ngan saya kak.. senarai berjela2... sudahnya.. pilih mana yg mudah jelah.. kihkih..

Sofea said...

madiha..anak2 akak suka niiii. tapi mak dia yg malas nak buat..!;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

SOFEA: kak.. sy pun bukanlah rajin sangat.. buat tu sebab nak perabihkan kentang lebih tu je.. hehe..

hana said...

salam kak..
aduhhh mmg sedap kentang nieh! suka tuang sos banyak2 macam gtu... hihi....

ilahjy said...

salam madiha
pandainya adik kak ni nak kecek hehe.. tak kan la kak ilah nak juai 1 acuan takoyaki yg dtg dr jauh nun baharain tuu...tak relaaa hhehe.. kenangan dari maz...atas susah payah maz..

kak cadangkan madiha p ke c4 wangsa maju ada stok insyllah.. masa kak beli tu hari kak ada beri cadangan pada pomoter dia supaya letak kat situ wpun dah habis pomosi..dia kata mmg mereka akan letak disitu.. sampai la ni masih ada disitu madiha.. tapi kak tak pasan la sarang tokoyaki ada ker tak.. tapi yg lain semua kak nmpak dari jauh tergantung..tapi dah mahal la sekarang ni..naik mdadak selepas kak ilah beli.. nasib kak baik hehehe..nanti kak p tgok ada tak sarang tokoyaki... kalu ada kak bgtau madiha...

Unknown said...

mashed potato ni memang sedap..akak dah pernah cuba dah

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HANA: tau takper... akak pun suka banjir2 sosnya.. hehe..

ILAHJY: salam kak ilah.. hehehe.. kecek2 mana tau kot2 orang nak bagi.. hehe... terima kasih kak untuk info tu.. susah2 je akak nak gi surveykan utk saya.. thanks again kak..

KAK INA KL: alamak.. terharunya kak ina masuk blog sya... hehe.. a'ah kak mmg best kentang putar ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...