Thursday, January 13, 2011

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang


Assalamualaikum...

Tak tau sebenarnya nak letak nama apa resepi aku ni... Sesaja mencuba masak gini gara2 dah jatuh cinta dengan sayur gini sejak2 terjumpa kat satu restoren berdekatan ofis yang biasa aku menapau masa lunch.  Pantang nampak sayur kacang tu... mesti itulah yang aku cedok dulu... Sayurnya macam ada campur rempah samada rempah sup atau rempah kurma gitu.. Sedap pulak bila makan.  Tapi yang aku buat ni.. ada tambahan lain iaitu fucuk & so'un.. malah aku lebihkan benda2 ni daripada kacang panjang tu sendiri.  Yang kat kedai tu cuma ada kacang panjang, hati, pedal & leher ayam.. hehehe...  Masih tak dapat nak menyamai menu yang kat kedai tu.. tapi.. yang aku masak ni pun not bad jugaklah.. malah rasanya lagi 'rich' dari yang kat kedai tu.. hehehe.. Tapi ini ikut tekak akulah yer... tekak orang lain tak taulah pulak.. so kalau nak mencuba.. try on your own risk! hehehe...  Oh ya.. ada satu lagi menu favourite aku iaitu sambal goreng jawa..  kalau ada menu tu kat kenduri-kendara mesti aku suka...

Ok.. ni resepinya kalau ada yang nak mencuba..

Goreng Berempah Fucuk & Kacang Panjang by mamawandiha@MaDiHaA

Bahan2
10 batang kacang panjang ~ hiris menyerong nipis
4 batang fucuk jenis batang (kalau fucuk nipis tu tak sesuai sangat sebab cepat hancur.. tp kalau nak guna boleh jugak.. jangan masak lama sgt) ~ direndam & potong pendek
½  cekak so'un ~ rendam 
2 ketul hati ayam ~ hiris kecil (boleh abaikan jika tak suka ~ boleh juga gantikan dengan tauhu/tempe yg digoreng)
2 ketul mempedal ayam ~ hiris kecil
½  sudu kecil lada sulah
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* ~ tumbuk/kisar bahan2 bertanda*
8 ~ 10 biji cili padi*
1 sudu besar serbuk rempah sup/kurma ~ dicampur dengan bahan2 tumbuk
½ kiub ayam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 ½ senduk kecil minyak
1 cawan air
½ cawan pati santan (jika suka)
garam (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak. Gorengkan hati & mempedal ayam hingga garing. Angkat & ketepikan. 
2. Dalam kuali yang sama.. tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing & wangi.  Masukkan air, kiub ayam, kicap cair, sos tiram & fucuk.  Kacau rata & biarkan sehingga fucuk lembut. (jika guna fucuk nipis.. boleh letak serentak fucuk bersama2 dengan so'un & kacang panjang)
3. Masukkan santan, kacang panjang, so'un serta hati & mempedal ayam yang digoreng. 
4. Masukkan serbuk lada sulah & kacau hingga kacang & so'un masak.  
5. Biarkan secukup rasa.. jika kurang masin bolehlah tambah sedikit garam. (rasa2nya tak perlu garam sebab dah secukup masin bagi aku). Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

5 comments:

RynaHakimi said...

Sedapnya fucuk goreng berempah tu kak..kecur daaa air liur ni..nak cuba la nnti..

Unknown said...

Salam Ratna...

Suami Kak Lin Suka Sangat Kalau Kacang Panjang Masak Macam Ni...

Ayu said...

salam madiha,
kita suka lauk sayur kering2 macam gini..buat ratah2..pun sedap..lagilah kena fucuk & kacang panjang uish best..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

WAN RYNA: akak yg tukang masak pun kecur gak masa masak.. rasa mcm tak nyempat2 nak rasa.. kikiki.. sebabnya akak ni memang suka produk dari soya tak kira fucuk ke tauhu ke.. semua suka termasuk air soya!

LINROSLY: tulah kak.. sy pun feberet.. tu yg kalau jumpa kat kedai lauk gini mesti yg tulah yg sy ambik lebih..

AYU: samalah kita ayu.. kita pun suka lauk gini & memang tak syak lagi.. lepas jer masak lauk ni.. kita dah ratah dulu satu piring kikikiki...

Unknown said...

salam kak Madiha, saya suka mkn sayur fucuk tu tapi lum pernah try masak mcm ni lagi...nanti boleh juga cuba ni..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...