Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, April 23, 2012

Calzone Ala Turki

Assalamualaikum....

Hari ni tak payah bebel banyak2 ye... dah kesuntukan masa sebenarnya ni... lunch time nanti nak keluar ambil Haziq kat tadika pulak.. So.. kita teruskan dengan resepi yer.


Sebelum tu.. terima kasih pada Mat Gebu untuk perkongsian resepi Calzone Ala Turki ni yang di salin dari majalah lama katanya.  Menurut Noorsha pula.. resepi ni milik Chef Wan. Jadi MaDiHaA tulis jelah resepi Chef Wan kat resepi tu ye... Ini resepi hasil skodeng kat dapur Noorsha tak lama dulu... terliur dibuatnya kalau tengok gambar2 dari blog Noorsha.  Semua nampak sedap!  Jadi masa buat kuih Bingka Cheese Berlauk hari tu.. terus buat inti lebih sikit... esoknya bolehlah buat calzone ni.... jimat masa tak payah buat inti dua tiga kali.. hahaha.. kira nak mudah kerja aje!  Kawan2 kalau nak buat.. boleh guna resepi inti yang diberi tu yer.. mesti lagi best.  MaDiHaA punya guna inti daging + kentang dan ada tambahan parutan mozarella cheese di dalamnya ikut cara Noorsha.. bertambah2 la sedap & lemak2 yg dah sedia banyak ni.. hehehe.. Terima kasih pada Noorsha jugak ye... mintak izin letak resepi kat sini pulak.


Calzone Ala Turki (versi mudah)
Resepi Asal : Chef Wan
Sumber & olahan : Mat Gebu
Sumber 2 : Noorsha

BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
1 sb mayonis - Noorsha tambah (MaDiHaA tak letak)
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-) (MaDiHaA guna inti resepi INI)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
 
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah)
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA tak letak tp letak hirisan daun sup)
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah) (MaDiHaA guna mozarella cheese)
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad (MaDiHaA tak letak),  1/4 bahagian inti ayam, (MaDiHaA tabur daun sup sikit) dan taburkan parutan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

Selamat mencuba !

    25 comments:

    Qasey Honey said...

    asslm Kak Madihaa....wah bestnye ade ala2 karipap giant...hehehe...nmpk sedap...dgn inti yg penuh tu...blurppp...teliur n kecur tgk tu...QH nk amik resepi ni yer...tq

    Bicara Kak Noor said...

    Salam Madiha aduh sedapnya akak nampak karipap besar tu betul kata QH karipap giant makan 1/2 biji pun kenyang tu...

    Nuridah said...

    Assalamualaikum Madiha,

    nampak sedap sangat2..mmg rasanya resipi chef wan...terliur kak Nur tengok...rasa pernah lihat di tv chef wan promote menu ini...ish kecur akak tengok....mesti nk masuk list dulu ya.

    Amie said...

    Cantik berkilat calzone ala turkinya tu... kenyang makan sebijik ni Madiha....besar saiznya!

    Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

    Salam Madiha...akak pun try resipi chef wan ni...sedap...lagi banyak cheeselagi sedap

    Sari Yusa Ibrahim said...

    Salam, Kak Madiha.. bolehlah saya cuba nanti... nampak macam sedap sangat, mesti puas hati

    Mama Gee said...

    alaaa ni yg malas masuk blog kak madi ni...
    bukan sbb apa...sbb teruja anak tekak tgk makanan2 manarik
    bila g nk rajin masak ni kak? hehee

    rahel said...

    Selamat tengah hari Ratna,resepi calzone ni memang masih asing bagi Rahel,tapi nampak sedap dan menarik..nanti ada senang nak terai jugak..my laling pasti suka banget ni..

    norhidana said...

    alamak sedapnyer kak... dana nih kalu yg ada kene bt cam roti2 mmg maleh kak hehehe... bile lah dpt rasa ni agaknyer ek

    FnF Simple Life said...

    sedapnye...tak penah lagi makan calzone...

    sabar dubai said...

    kak madiha..kt sini jgk jual calzone...tp mahaiii gileeeee......bile akak tayang ni teringin laa plak nk buatt ehhe

    zila 4ever said...

    rasanya camna kak?..sedap x?..bab buat kulit tue yg malas..he hehe..klu ganti dgn pastry puff redymde tu ok x?

    kakna said...

    wau.. sedap nampak.macam karipap besar.tapi nampak lembut roti tu.dapat sebiji kenyang sehari.

    ieda said...

    aduhh sedap nyee akk ..
    huhuhuh bile lahh saya nak mencuba nie ! .. ;)

    Liza said...

    salam madiha, liza dah lama simpan resepi ni, tp xbuat2 pun lg...eekekekke
    nmpk madiha punya terus terliur...hihiihhi

    tun_telani said...

    salam kak madihaa.. tun pun x terbuat lagi calzone nih.. mkn sebijik tu mesti kenyang sepanjang hari. hihi

    Yana Shaiful said...

    Calzone @ karipap besar hihii..yana pnh bt skali bln puasa ari tu lepas sha tayang kat dapur dia..mkn sebijik pun dh kenyang.. letak cheese byk2 lg sedapp :-)

    Ayu said...

    Assalam Ratna,
    alahai sedapnya akak tengok ni..dohnya tu macam roti kan ratna..
    memang nak cuba tapi entah ler bilanya..heheh..akak suka makan savoury macam gini ...macam epok2 turkilah ni..:)

    Mat Gebu said...

    Terus macam nak terbuat pulak dah....

    a'in fajar said...

    salam k.diha: waaaahhh sedapnyer..nak nak..ain salin dr dapur akk je lah..mmg terus jatuh hati

    nOOrsha said...

    Salam kak..mmg sedap kn..resepi ni mmg resepi chef wan..che mat pun ade mention kt n3 lame die...hihi..teringat2 calzone ni..peberet en hb....sedaaaapppp sgt ampai pulun tiga biji calzone ni serentak..x dan nak nyimpqn...tiga biji size giant mkn berdua..btul2 buruk lantak..hahaha

    shidah ar said...

    Salam,

    Lama sungguh i tak bertandang kat ini. Ni akibatpc yg dah lama rosak. Nak bloghop guna ipod, seksa sungguh. Calzone tu nampak so yummy! :)

    Ilhamkreatif said...

    Salam kak madiha,makan sebijik pun dah kenyang noo....

    Ilhamkreatif said...

    Salam kak madiha,makan sebijik pun dah kenyang noo....

    Ilhamkreatif said...

    Salam kak madiha,makan sebijik pun dah kenyang noo....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...