Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, July 19, 2011

Ayam Masak Merah Berempah

Assalamualaikum.....


Ingat tadi nak masuk n3 awal sikit.. tapi ada pulak tugasan yang perlu dibereskan segera.  Takpelah kan... yang wajib didahulukan... 

Cuti baru2 ni aku cuba resepi Ayam Masak Merah Berempah resepi dari Kak Nor Secubit Garam.  Teringin nak cuba dah lama sejak Kak Nor tayang  masa dia buat Nasi Ketumbar tempohari... baru-baru ni nampak pulak Zaliedana masak... terus rasa macam tak sabar2 nak mencuba jugak.  Kalau lauk merah2 macam ni... Kakak Dini memang suka sangatlah... cuma ayah dia jer yang agak kureng.. hehe.. Tapi makan jugaklah kan... Budak berdua tu pulak.. ibu kenalah masak lauk yg tak pedas untuk dorang tu.. lauk tak pedas tu apalagi kalau bukan sup!

Terima kasih Kak Nor untuk resepi ni yer.. Memang sedaplah lauk ni.. lain dari ayam masak merah yang biasa tu.. bolehlah masak lagi lauk ni.. Sesuai dihidang dengan sebarang nasi.. samada nasi putih atau nasi berperisa... Masak untuk hidangan raya gandingkan dengan nasi minyak pun sesuai gak ni.. hehe.. Biasa kalau belah2 Trengganu kat kampong belah ma atau arwah ayah.. biasa sangat jumpa orang masak nasi minyak masa raya.. hehehe.. Ehh.. puasa pun belum dah sibuk cerita pasal raya.. kekeke.. Oklah Kak Nor.. saya mintak izin ye letak resepi kat sini.. Terima kasih banyak2!



Ayam Masak Merah Berempah
Resipi : Kak Nor Secubit Garam
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
½ ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil garam

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan Dikisar Halus:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

Bahan2 Sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1 bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Cara Menyediakan
1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste),  sos tiram & kicap.
4. Masak hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.  Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
6. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar).  Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba!

18 comments:

Kak Sam said...

Seronoknya tengok resepi berangkai macam ni. Tak tahu dah dalam senarai no berapa resepi ni. Hehehe jamu mata kat dapur orang je la jawabnya.

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna...

Lapar Perut Kak Lin Tgk Ayam Masak Merah Tu...Sedapnya!

Zaliedana said...

Assalam kak Ratna,uiss cam janggal lak kan..Sy pon suke lauk pauk cam nih kak,tapi nape tah yg sy nmpak merah betoi,tapi mmg xpedas pon kan..Sedap ajer..Wah akak mkn ngan nasi ketumbar lagilah sedap kan,

cik cek said...

Salam Madiha/Ratna...

Waa...bestnya ayam masak merah ni....makan ngan nasi minyak memang kena sgt ni...kalau anak bujang kak cek...lauk fav diala ni...kalau ada lauk ni tak yah makan lauk lain dah...

p/s...Madiha...nanti amik award kat blog akak ek...tq...:)

anymz said...

nampak sedap je tu..boleh lah masuk list resepi ni..:)

tun_telani said...

malasnyer nk masak.. nk tumpang mkn boleh tak? huhu.. mak sedara tun menu tiap2 tahun time raya is nasi minyak. hihi.. ayam masak merah sah2 laa ada kan..
ps: tun menghitung hari tunggu enchik abg balik dr kursus.. huhu

quinnie said...

sedapnya kak ratna...saya memang suka makan ayam masak merah...tak kira la style apa pun...kekekek

K.Nor said...

tq ratna sudi cuba resipi ni.. mmg sedap makan dgn nasi berperisa kan :)

HomeKreation said...

Wah, sedap nampak ni...

cikmanggis said...

masuk list untuk raya nanti nak makan dgn nasi minyak.Pagi pagi kat medan selera P9 putrajaya ada orang ganu jual nasi minyak untuk sarapan:) dan nasi dagangnya sangat sedap:)

kzai said...

lapor lah plk tgk ayam msk merah madiha ni..blh wat hidangan hr raya nnt..

Juwita Jamaludin said...

salam kak .. sedapnya nampak ayam akak ni malam2 datang lapor la pulak.. hihihi

Malay-Kadazan girl said...

Teringinnya. Any left-overs? Menarik kalau ada kesempatan rasa nak try ni. Saya hari tu teringin nak buat labu donut akak. Tapi ada satu bahan tu saya tak dapat cari.

Nurul said...

Salam, K Madiha...

Nampah sedapppp plak ayam masak merah berempah tu, akak... tetiba lapar plak ni... ;D

# Akak nanti singgah amik award yer... ;)

Nieza said...

wahh sedapnya tgk ayam ni kak...sungguh menyelerakan...harus dicuba ni:)

Anonymous said...

kak madiha, mohon izin salin resepi ini....nampak macam lazat...nak try.....tenkiu for sharing

Anonymous said...

minta izin copy resepi ye..

ummiza said...

Minta izin copy resepi ye...npk sedaaaapp...sgt... dah meleleh liur ni. Lapar tang tu jgk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com