Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, July 27, 2011

Tauhu Sos Masam Manis

Assalamualaikum...

Hari ni ku masukkan resepi ringkas2 saja yer.  Tak boleh nak membebel panjang.. ada kerja yang menanti.  Tauhu ni sebenarnya memang salah satu makanan feberet.  Tak kisah di masak bagaimana pun.. semua aku suka.  Malah kalau digoreng kosong & dicicah dengan cili kicap pun sodapp!! Apa lagi dijadikan bahan campuran dalam rojak atau pecal... memang makan tak hengat!

Oklah untuk resepi hari ni... jom layan resepi Tauhu Sos Masam Manis ni yer.... resepi ringkas yang boleh digandingkan bersama2 dengan lauk pauk yang lain sebagai menu tambahan..


Tauhu Sos Masam Manis
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan
5 ketul tauhu ~ dipotong 2 & goreng separa garing & tos
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Daun bawang ~ optional

Bahan2 Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar berserta cili kisar sehingga wangi & terbit minyak. 
2. Masukkan sos cili, sos tomato, air, garam & gula secukup rasa.
3. Biarkan seketika & biarkan secukup rasa bolehlah masukkan tauhu yang digoreng serta hirisan bawang besar. Kacau sebati atau sehingga bwg sedikit layu & bolehlah dihidangkan dengan taburan daun bawang.




Selamat mencuba!

9 comments:

cik cek said...

Ratna/madiha....

kak cek dtg singgah ni...ada tahu pulak...ringkas je resepi ni...kalau dok pening2 tak tau nak masak pe boleh try resepi ni kan ...sangat senang...cuma nak rajin masak je...he he he...:)

anymz said...

akak memang suka makan tahu..especially kalau buat sambal atau tahu sumbat.sesekali buat jugak masak cenggini..memang sedap kan?..ai like..hehe

hazila said...

tauhu, biasa jadi ganti pada daging ayam untuk vegetarian. Saya pun suka makan tauhu.

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum...wahhh..menarik ni kak..menu simple tapi mesti memikat selera..

Malay-Kadazan girl said...

Tauhu pun favourite kami. Banyak khasiat :).

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. menu yang sedap dan berkhasiat.. kalau tak tahu buat apa dengan tauhu leh buat lauk ni nanti..:)

Mamasya said...

samalah kita Ratna suka tahu...kalau kat msia mmg selalu ada stok tahu dlm peti ais...sbb macam2 boleh masak dgn tahu,buat masam manis mcm Ratna nipun nampak sedap. miss lah tahu...kat sini tak ada tahu.
re; itulah kalau kek lain kurang laku..kek choc juga yg kejap licin.aaaa hari keluarga tu lokasinya mmg ok sgt sbb redup ada pokok2 menghijau di kws resort tu..mcm kat Msia. padahal keluar sikit dr resort gersang padang pasir.

zures said...

mmmm nampak sedap boleh buat berbuka puasa nanti ni...nanti nak amik resepi ni boleh tak?

amie said...

tengok tauhu sos begini... teringin pulak nak makan tauhu sumbat,

Madiha... ada lagi ke tahu... buatkan Kak Amie tauhu sumbat, nanti dah siap bagi tau ye...kakak datang ambil...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com