Assalamualaikum...
Hari Sabtu kelmarin jiran sebelah rumah ada buat majlis sikit. Majlis pertunangan anak perempuannya. Jadi secara tak langsung aku pun sibuklah jugak.. walaupun taklah sibuk sangat sebab makanan semua order dari catering.. (almaklum.. rumah apartment gini.. mana ada tempat yang sesuai nak masak untuk kenduri) tapi sebagai jiran haruslah menyibukkan diri betul tak? hehee... Alhamdulillah.. malam sebelum majlis.. sempat jugak tolong gubahkan bakul cookies untuk hantaran sebab Kak Ina & Nana anaknya yang nak bertunang tu tak berapa mahir bab2 menggubah ni.. Gubahan yg lain semua dah disiapkan oleh sedara maranya.. hanya cookies tu aje yang belum bergubah. Alahh.. pada aku takdelah susah sangat.. cucuk cucuk aje cookies dengan bunga2 yang ada kat dalam bakul tu... Kak Ina kata dia memang tak reti langsung bab2 menggubah ni & alat2 pun memang takde sebab bukan ahli (menggubah).
Disebabkan tak cukup peralatan.. jadi.. aku pun baliklah rumah semula ambil playar, dawai & span hijau yang tak mencukupi utk kemas2kan bakul sebelum meneruskan gubahan. Dah siap gubah.. Kak Ina kata... haaa.. tengok tangan orang kalau dah berseni.. cucuk2 dah jadi lawa ha.. kikikiiki... Hmm.. pada aku biasa2 aje.. sebab gubah2 macam tu ikut basic macam nak gubah bunga aje.. takdelah special sangat pun.. Oklah.. ni sebenarnya nak bagitau disebabkan kesibukan tu.. tak sempat nak buka blog. Hari Ahad pun tak sempat jugak nak berblog sebab byk kerja yg terbengkalai tak sempat siapkan hari Sabtu.. jadi hari Ahad tu teramatlah sibuk ngan macam2 kerja.

Pagi Isnin barulah dapat tau yang aku dapat award & TAG dari kawan2 yang sangat baik hati ni.. Terima kasih Azlita Masam Manis , Mama Hawa , dan Kak Ayu yang sudi bagi award & TAG ni yer..
Sebagai memenuhi syarat.. MaDiHaA kena menulis 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri kita ni. Apalah yang nak dituliskan ni yer.. ? Rasanya masa berfotopages dulu dah banyak kali juga dah tulis tentang diri sendiri. Mungkin ada yang dituliskan kat sini nanti sama seperti di fotopages dulu tu mintak maaflah yer. Tapi rasanya mungkin kawan2 di blog belum pernah baca kot ye. Yelah.. mungkin dulu2 tak ramai yg mengikuti fotopages MaDiHaA sebab fotopages ni tak sepopular blogger. Oklah.. kita teruskan dengan syarat2 yang diminta ye...
1. MaDiHaA adalah singkatan dari perkataan ini :
Ma = Mama / ma (sebenarnya aku membahasakan diri dengan anak2 sebagai ibu!)
Di = Dini (nama anak perempuan sulung).
Ha = Haziq (nama anak lelaki no. 2) &
huruf A besar di belakang sekali tu A = Alin... (nama anak yang paling kecil/bongsu)
singkatan dari perkataan di atas.. maka jadilah MaDiHaA yang sengaja ditulis bercampur2 huruf besar & kecil mewakili panggilan ibu/mama & dituruti oleh nama anak2 ku yang bertiga itu. Nama sebenar MaDiHaA ialah Ratna Husna binti Ismail. Campuran nama India/Indonesia/Arab... Daku tak kisah samada teman2 nak panggil MaDiHaA atau Ratna... semuanya diterima pakai...hehe..
2. Dari lahir lagi aku ni dikategorikan BESAR! Ma kata berat ku semasa lahir ialah 9 pound = 4.09 kg! Besarkan? Aku terus membesar dengan saiz yang besar dari kanak2 yang sebaya usiaku. Ditambah dengan rangka besar & agak tinggi ikut arwah ayah & to'ki.. sememangnya aku menjadi orang yang paling besar dalam kelas bermula dari darjah 1 hingga ke menengah tingkatan 5.. akulah yang paling besar dalam kelas! Ma kata semasa kecik.. aku hanya membesar dengan susu.. menyusu badan sampai umur dah 2 tahun lebih. Tak reti nak makan benda lain sampai susu ma pun dah cair badan aku agak susut. Ma beri aku susu Dumex pulak lepas tu... lepas tu badan terus kembali sihat. Agaknya sebab tu yang aku jadi sihat bebenor sampai sekarang.. hehe.. Sampai dah tua2 ni pun.. aku tak jelak2 minum susu.. susu yang aku ambil sekarang tentulah Anlene! Ohh.. kalau kawan2 nak tau.. seumur hidup aku tak pernah merasai badan slim melim macam orang lain. Dari baby hingga ke sekolah rendah, naik menengah & jadi anak dara hingga abis sekolah, mula bekerja dapat pakwe hinggalah kawin & dapat anak 3.. aku tak pernah merasa slim!! Berat badan paling ringan atau paling slim yang pernah aku merasa sebelum kawin ialah 70kg! (sila bayangkan dengan ketinggian 166cm.. berat 70 kg... layakkah dipanggil slim??? hahahaha..) itupun macam orang nazak berdiet sebab nak naik pelamin & takut baju kebaya songket tak muat punya pasal.. wakakakaka... Sekarang bila dah beranak 3.. badan kembali BESAR & GEMUK seperti azali... pandai cik abang jaga kan kan kan.. hehe..
3. Minat memasak sejak bersekolah lagi. Masuk sekolah menengah.. dah mula berjinak2 mencuba pelbagai kuih muih. Tiada siapa yang menggalakkan. Tapi memang minat datang dari dalam diri sendiri di samping memang suka makan.. hehe.. Kalau masa sekolah dulu.. hari cuti mesti nak buat kuih utk minum petang utk ayah & ma. Ayah & ma masa tu memang sibuk dengan berkebun. Yang jadi mangsa kena pegi kedai beli bahan2 mestilah adik2. hahaha.. Yang kelakarnya.. tiap kali adik balik dari kedai mesti akan keluar dialog begini: Kak Ngah! / Bie...! (merujuk adik no. 2 atau adik no. 3) kat kedai tadi makcik tu (merujuk makcik tuan kedai runcit) tak tanya ke nak buat apa dengan tepong ni? ataupun.. makcik tu tak tanya ke beras pulut ni nak masak apa? Sampai satu tahap.. adik2 pun dah naik boring + bengang.. pastu adik sound (adik masa tu masih bersekolah rendah lagi): Kaklong ni kalau orang balik kedai mesti sibuk tanya itu tanya ni.. lain kali taknak dah pegi kedai.. Hah.. ko.. padan muka.. wakakakakaka.....Motif dok tanya itu & ini tu bukan apa.. taulah kan budak2.. kononnya kalau org tanya tu.. rasa banggalah bila adik jawab kaklong nak buat kuih... wakakaka...
4. Haa... cerita pasal saiz badan besar ni.. actually bukan setakat badan je yg besar. Tapi kaki pun besar jugak. Sampai ke tahap susah nak cari saiz kasut. Masa tinggal kat Felda kat Pahang dulu masa dah meningkat remaja.. selalu time nak raya ayah & ma selalu bawak gi shopping kat Segamat sebab itu bandar yang paling dekat. Biasanya memang takkan berjumpa dengan kedai yang menjual kasut bersaiz besar. Kiranya memang tak merasalah nak pakai kasut lawa2 & bertumit sikit macam anak2 dara lain. Yang biasa merasa pun setakat pakai selipar/sandal Bata aje.. itupun saiz besar setakat saiz 8 je kot. Bila dah lepas sekolah & saiz kaki makin membesar..(dah tak muat sandal Bata yang biasa beli tu) biasanya sandal yang orang lelaki selalu dok pakai tu yang biasa jadi pilihan.. pilihan bukan sebab suka.. tapi sebab terpaksa! Kadang2 kalau arwah Ayah ada duit lebih.. dapatlah merasa pakai kasut Scholl tu.. Nasib badanlah tak dpt merasa pakai kasut wanita yang cantik2... apa nak buat kan.. dah anugerah tuhan mcm tu. Tapi bila dah berhijrah ke KL ni.. alhamdulillah.. kat sini ada kedai yang menjual kasut dengan extra size. Biasanya aku dpt cari kasut bersaiz besar di kedai kasut Princess. Selain tu.. dulu2 ada satu kedai yang jual kasut bersaiz besar dekat Pertama Kompleks. Sekarang ni tak taulah kedai tu masih ada atau tak. Sebab dah jarang pegi situ. Sebab kat PJ ni aku dah jumpa satu kedai yang ada jual kasut bersaiz besar di State PJ. Nama kedai tu Meiko.. berhadapan dengan Menara MBPJ. Jadi hanya kedai Meiko atau kedai Princess jer yang biasa aku pegi utk beli kasut extra size utk kaki aku yg memang besar sejak azali lagi ni.. hehehe.. memang betul2 ikut saiz kaki arwah ayah.. hahah..
5. Oh ya.. walaupun badan besar & segalanya besar.. jangan tak percaya aku aktif jugak dalam bersukan ni tau. Masa sekolah rendah aku pernah mewakili sekolah dalam acara bola jaring. Bila masuk sekolah menengah.. aktif main bola jaring dengan bola tampar.. selain tu.. sesuai dengan badan org yang besar.. apalagi kan.. mestilah terpilih masuk acara lontar peluru dengan cakera tu.. kekekek... tapi semua2 acara tu.. setakat mewakili 'rumah' sukan ajelah.. bola jaring pulak.. selalunya hanya jadi GD atau GK.. kekeke... uikk.. teringat pulak kat anak sulung aku tu.. dia pun wakil sekolah jugak tu.. boleh pulak jadi GS?? wahh.. kalah ibunya!! hahaha..
6. Aku sudah 3 kali masuk dewan bedah dengan 3 kes yang berlainan.. pertama kali lepas bersalin anak sulung. Disebabkan kecuaian pihak hospital (lebih tepat lagi budak yg menjahit tu) jahitan masa bersalin tak sembuh2.. rupa2nya ada bahagian yang tak berjahit ditengah2 jahitan. Patutlah masa berjalan rasa sakit2 aje dari awal bersalin sampai ke habis pantang... sampai anak dah umur 3 bulan lebih.. Sampai ma pun hairan.. dah masuk 2 minggu takkan rasa sakit sangat2 lagi kan.. masa tu adik no. 2 pun sama2 pantang.. dia lepas seminggu pun kat tempat jahit tu dah kurang sakit.. yang aku ni masih rasa pedih2 lagi tiap kali berjalan.. bila check.. rupanya ada bahagian yg terbuka kat tengah2 barisan jahitan tu.. apalagi.. terpaksalah masuk dewan bedah utk jahit semula selepas 3 bulan lebih umur baby sulung aku masa tu.. nasib baik dibius pengsan terus.. kalau idak memang maluuuu.. hahaha.. yelah.. kalau time bersalin tu memang dah terlupa malu sebab sakit sgt kan.. tp kes aku ni kiranya badan dah sihat.. cuma kat tutt je yg sakit.. wakakaka.. disebabkan kena jahit tu.. hahh.. dapat MC panjang lagi walaupun baru je lepas MC 2 bulan... kawan2 ofis semua hairan.. hehe.. Ok.. kali ke dua masuk dewan bedah sebab nak kena operation appendix. Pun bius sepenuhnya. Kali ke 3 masuk dewan bedah sebab bersalinkan anak no. 3.. pengalaman pertama bersalin kena bedah.. bius separuh badan.. kenangan yang sangat2 berharga.. hehe..
7. Uihhh.. dah masuk 7 eikk.. Oklah.. nak perkenalkan asal usul diri ku yang sebenarnya.. Aku dilahirkan & dibesarkan di Terengganu.. Ayah & ma memang asal dari Terengganu. Masuk darjah satu.. kami berhijah ke Pahang kerana parents masuk FELDA. (actually dorang dah pegi dulu ke Pahang & aku bersekolah di Dungun tinggal dengan tok & mak sedara sebab masa tu Felda baru buka & banyak kemudahan yg masih belum begitu lengkap.. bila keadaan dah stabil barulah aku dok dengan ayah & ma) Tu sebab aku ada 2 kampung. Kadang2 balik Trengganu & kadang2 balik Pahang.. hehe.. Arwah ayah dulu minat berkebun. Bukan setakat berkebun utk makan sendiri tapi untuk komersial. Kami adik beradik boleh dikatakan semua ada pengalaman membantu arwah ayah & ma berkebun. Kiranya taulah jugak macamana buat kerja kebun. Antara kerja kebun yang pernah aku lakukan ialah.. membuat batas (batas ditutup dengan plastik berkilat (aku panggil plastik marching) untuk mengelakkan rumput tumbuh & juga untuk pembalikan cahaya matahari bagi mengurangkan serangga perosak pada tanaman), menanam cili & sayuran (ada jenis2 sayur yang dibesarkan dalam polibag terlebih dahulu dan ada jenis sayur yang ditanam terus pada batas), membaja sayur, menyiram (guna hos/getah panjang tu), meracun rumput atau meracun sayuran/cili, memetik sayur, mengred sayuran & bermacam2 lagi kerja2 kebun yang lain. Antara tanaman yg biasa arwah ayah tanam untuk komersial ialah cili besar, tembikai, kobis, labu kuning, jagung, kacang panjang, timun, terung, bendi & peria. Hasil dari kebun biasanya dijual kepada peraih di pasar besar Segamat. Ada juga sayur dijual pada pekedai2 kecil kat kampong.. tapi yang dalam jumlah besar semua hantar ke Segamat. Cili besar tu sekali hantar ke pasar Segamat kadang2 hingga mencecah 10 guni besar & mencecah beratus2 kg! Seronok sangat sebab tiap kali lepas hantar sayur ke Segamat.. arwah ayah akan bawa balik macam2 makanan.. yelah sebab dapat payment cash! hehehe.. yang ditunggu2 masa tu tentulah Ayamas.. kekeke.. Kat kampong.. nama arwah ayah & ma dah lekat dengan nama gelaran Mail Sayur & Zai Sayur.. hehehe.. Sekarang sejak arwah ayah dah takde.. tanah kebun dipenuhi dengan kelapa sawit aje.. sesekali kami balik kampong.. adalah jugak bawak anak2 masuk kebun sawit ma tu..
Okaylah.. dah panjang lebar menulis.. aku kalau dah mula menulis memang akan berjela2.. hehee.. Ok harap pada Ita, Kak Ayu & mama Hawa berpuas hati ye dengan apa yang dituliskan.. Jangan sampai boring pulak membacanya.. tulisan ni ambil masa 2 hari untuk disiapkan ni tau... 2 hari tapi berhenti2 buat kerja lainlah.. hehe.. sekadar berkongsi apa yang orang lain tak tau tentang diri ku.. yelah.. selama ni orang hanya tau aku minat masak2 jekan.. haha.. Oklah.. cukup sampai sini dulu & thanks pada yg memberikan award & TAG ni ye..
Alamakk...!! kena cari 5 orang yang perlu di TAG? Boleh tak kalau nak KIV dulu? rasa2 dah ramai teman2 yang dah kena ni.. tak tau nak TAG sapa lagi.. nanti kalau dah ada senarainya baru MaDiHaA letakkan nama mereka kat sini yer... nanti kita tengok sapa yang kena... hehe.. nak kena BW dulu check sapa yg belum kena...
Updated : Okay.. setelah ku BW sebentar tadi.. inilah senarai 5 orang rakan2 yang kurasakan belum kena TAG lagi.. hehe.. harap kawan2 jangan marah yer... & buat bila rasa free...
1. Sizuka

2. CT Zaliedana
14 comments:
kak.. ita datang nak ambil homework... hehe
oo... nama akak ratna.. la.. ita dok panggil kak Madiha pulak.. ok lah ita pangil kak ratna lah pulak.. hihi
kak madiha, kita sama lah, umur dah 24 ni belum merasa pinggang ramping lagii!! tuh yg sebok diet. nanti nak kawen nak pakai baju cantik2. huhu
tapi alhamdulillah kasut tuh xde masalah sgt la. size 8 ok lagi
eh kita berketurunan terengganu jugak. mak kita org tganu. dekat chendering. seronok plak baca entry akak ni.hehehe. mcm2 cerita
uishhh tak leh duk sebelah ratna ni, tenggelam k.nor kut hehhe
Salam Madihaa...
Tq sbb buat tugasan yg di beri..
Baru lah mama tahu... kite ni serupa bab yg no 2 & 4..hehehe. Mama pun siap ckp ngan cik hubby " besok2 lps kahwin & beranak kite bertambah gemok cam mana eh??? alah yg gemuk badan kan bukan ati hehehe hubby jwb. madihaa pkai kasut size brapa? Mama pkai size 9 atau 10.
Kalau Nor duduk ngan kite orang agak nyer tenggelam...ki3x
kak...mmg ramai yang kena tag kan?
kak kena 3 lagi..
pengsan..
ahh!! ayu mmg kena tiak kak ratna..
bab... susu, kita serupa,. ayu pun minum anlen.. dan mempunyai tulang yang besor..
tak pernah merasa kurus,,
sedih kan...
salam,
aisey! ingatkan nama madihaa, asyik ler panggil madihaa, rupanya tu nama combination. ok, lepas ni panggil k.ratna pulak. tq for the tag, malam ni akan disiapkan :D
salam kak..
seronoknya baca celoteh akak..ilang ngantuk :)
mana gmbr gubahan tu? akak kreatif...buat apa pun mesti menjadi...
ngeri la baca pasal 'jahitan terbukak' tu...adoiiii...
saya dulu pun doktor pelatih tersilap jahit (senget)...tp masa tu jugak diorang bukak semula..huhuh
(zura/wiera)
Salam kak madiha!! hihihi besar ya kak? mcm kak nur jugak aklau duk sebelah akak mesti kita jadi ank akak :D tak sangka mmg aktif ya, kita pun dulu2 aktif sukan :D tp bdn kita tak besar sgt jdnyer tak leh masuk lempar cakera atau lontar peluru tp baling bola softball kita pandai :D yg pasal jahitan terbukak tu SERIAUUUU!!! ngilu terus rasa kat perut kita ni kak hihihi... sampai sekrang tempat jahitan kita ni kebas2 gituuu :D
Assalam...Ratna aka Madiha...hehe...
nak ambik tugasan ni tp kalau siapkan lewat boleh kan? tak kena saman kan? lepas tu akak kena tag org lain ke?? adohai, asignment la pulak.....
salam ratna..smlm tak leh bw letrik 1 kem tak dakkk huhuuu..tenet la ni kacauuu kak byk kali cuba msuk komen tak dpt..ade jer yg tak kena..kak dh baca dah n3 ni baru la kak tau madiha tuuuapa.. hehe..seronok kenal ratna lebih rapat lagi..bagus kan ada tag2 ni..kak sihat jer cuma sakit tekak sbb jerebuuu kl ni teruk juga.
Takutnya baca tentang jahitan tu.. Nasib baik diorg check dan buat balik.. Baca cerita akak mcm akak bercerita depan2 dgn ita tau
Assalam ratna,
heheh..tersenyum akak baca coretan ratna ni..
eh nak ikutkan akak pun berbadan besar tau..tapi semenjak dah kahwin lah..heheh..dulu pakai size M, sekakarng paling kecik size XL..kiki..kalau cari baju mesti selalu tak ada size, kena pergi kedai yang jual baju size besar2..heheh..give 5 juga!!..thanks ratna sudi buat homework ni ya..akak kasi 100 marks!!..pass!! boleh dapat degree dah..haha
Assalam kak ratna, best juga baca kisah akak ni...saya pun besar gak kan...sejak lepas kahwin dan tak keja ni membesar bagaikan juara lagi ...hehe ada persamaan juga kita bila main netball kita pun selalu main posisi GD/GK kes malas nk lari jauhx2..hehe
akk kedai kasut meiko dpn mbpj tu ad lg ke.? nk pi jugk la
Post a Comment